Tuesday, 7 May 2013

Fasal ke empat drpd kitab Penawar Bagi Hati.

Fasal yang Ke empat pada menyatakan Perut.

 

Ketahui oleh mu bahawa sanya Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa ugama dan beberapa faedah yang bangsa dunia.

Adapun faedahnya yang bangsa ugama maka iaitu memberi oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan kepada darah dan air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia maka dengan sejahtera segala perut ( seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar) nescaya sejahteralah yang tinggal  daripada segala badan daripada segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ibadah dengan sempurna.

Adapun faedahnya yang bangsa dunia maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jimak kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sehat perut.

Dan bermula mensyukurkan nikmat perut itu iaitu dengan memeliharanya* daripada makanan yang haram dan yang subhah ertinya yang tiada di yakinkan akan halanya dan tiada di yakinkan akan haramnya,

*Dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang, maka hendaklah bersungguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada yang haram dan subhah kerana tiga perkara.

Pertamanya :

Kerana takut daripada seksa Api Neraka, telah berfirman Allah taala:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Ertinya bahawa sanya sekelian mereka yang makan mereka itu akan harta anak yatim kerana/secara zalim hanya sanya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api nereka yang bernyala-nyala.

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ حَرَامٍ

Ertinya tiada masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram,

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam

كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ

Ertinya tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka api neraka itu lebih utama dengan dia.

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Ertinya barang siapa memelihara dirinya daripada segala subhah maka sesungguhnya telah menuntut bersih ia akan ugamanya dan dirinya.

Keduanya:

Bahawa sanya yang makan akan makanan yang haram dan subhah itu tiada di beri petunjuk akan dia kepada ibadah kerana tiada patut bagi mengerjakan ibadah itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran sama ada kotoran yang dapat di lihat dengan mata seperti najis atau kekotoran yang tiada dapat di lihat seperti hadas kecil dan hadas besar dan makan yang haram dan subhah.

Ketiganya:

Bahawa sanya yang makanan yang haram dan yang subhah itu di tegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan dan jika mengerjakan ia akan dia nescaya tiada di terima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua. Sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

َكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ و كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الظَّمَأُ ،

Ertinya berapa banyak daripada yang sembahyang malam yang tiada ada baginya daripada sembahyangnya melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.

Diriwayatkan daripada Ibni Abbas radiallahuanhuma:

لاَ يَقْبَلُ اللهُّ صَلاَةَ امْرِئٍ فِى جًوْفِهِ حَرَامٌ

Ertinya tiada menerima Allah akan sembahyang sesaorang yang ada di dalam perutnya yang haram.

Adapun bersangatan kenyang maka hanya sanya dituntut menjauhkannya kerana beberapa perkara;

1.       Pertama kerana bahawa sanya makan itu sebab bagi keras hati.

2.       Keduanya bahawa sanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan dan

3.       Ketiganya ada pada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikkan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan. Dan

4.       Ke empatnya: bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah kerana bahawa sanya manusia itu apabila membanyakan ia akan makan nescaya berat badannya dan mengantuk matanya dan

5.       kelimanya bahawa sanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadah dan

6.       Ke enamnya bahawa sanya pada membanyakkan makan itu di takuti jatuh kepada yang haram dan yang subhah dan

7.       Ketujuhnya bahawa sanya pada membanyakkan makan itu sebab menyusahkan hati dan mempenatkan badan pada mencarinya dan mensediakannya dan memakannya dan melepaskannya daripada mudharatnya dan

8.       Kedelapannya bahawa sanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati  kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia.

9.       Kesembilannya bahawa sanya padanya mengurangkan pahala akhirat dan

10.   Ke sepuluhnya bahawa sanya padanya hisab pada hari kiamat.

Telah menyebutkan kesepuluh perkara ini oleh Imam al Ghazali di dalam Minhajul Abidin.

Telah datang beberapa hadis Nabi sallahu alaihis salam pada mencelakan akan kenyang.

Setengah daripadanya:

الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ حَسْبُ ابْنِ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فَإِنْ كَانَ وَلَا بُدَّ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ

Ertinya bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadakan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya, jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas.


sumber: kitab Penawar Bagi Hati.bagi Sheikh Abdul kader al Mandeli

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment