Wednesday, 17 April 2013

Pengajian kitab Penawar bagi hati 01.

Kitab Yang Pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh.

 

Ada padanya tujuh fasal:

 

Fasal yang pertama pada menyatakan MATA:

 

Ketahui oleh mu bahawa sa Mata  engkau itu menjadikan dia oleh Allah taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia.

Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat iaitu memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaannya dan atas kuasanya.

Dan setengah daripada faedahnya melihat akan al quran dan melihat akan jalan ke masjid dan kepada tempat menuntut ilmu.

Dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti seperti jatuh dan berlaga.

Dan bermula mensyukurkan mata itu iaitu memeliharanya daripada tiap-tiap melihat yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sahayanya dan mahramnya dan seperti melihat akan muda belia dan seperti melihat akan aurat lelaki maka lazimkan oleh mu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala:


 قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Ertinya bersabda oleh mu wahai Rasulullah  bagi sekelian yang beriman: Pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu.

Dan suruh oleh mu akan mereka itu dengan memeliharakan faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia dan yang demikian itu ( memelihara itu ) lebih baik bagi mereka itu bahawa sa Allah taala sangat mengetahui akan bathin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya dan membalas ia akan mereka itu atasnya.

Ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan.

Maka adapun mengajar adab maka firmanNya:

"bersabda oleh mu wahai Rasulullah  bagi sekelian yang beriman: Pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu."

Daripada barang yang tiada halal oleh melihatnya kepadanya dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan kelakuan yang baik iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kelakuannya daripada yang tiada halal di kerjakan dengan dia.

Maka wajib sekelian hambanya menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia di murkai dan di seksa.

Dan adapun  memberitahu maka firmanNya:

" bermula demikian memejamkan mata dan memelhara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu".

Memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawa sanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membaikkan pekerjaan kebajikan.

Dan adapun menakutkan maka firmanNya:

"bahawa sanya allah taala sangat mengetahui ia akan bathin  barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya"

Maka selagi akan membalas  Allah akan dia  jika ada ia yang baik nescaya membalas Allah dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia kejahatan maka membalas Allah dengan seksa dan api neraka.

Dan firman Allah taala:

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Ertinya; mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu akan memandang kepada yang diharamkan dan mengetahui Ia akan barang yang menyembunyi oleh segala mata daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita-cita mengerjakan kebaikkan dan

Sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

" النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومَةٌ فَمَنْ تَرَكَهَا مِنْ خَوْفِ اللَّهِ أَثَابَهُ جَلَّ وَعَزَّ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ "

Ertinya bahawa sa memendang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis(pada sangat membinasakan) maka barang siapa meninggalkan kan dia kerana takut akan Allah taala nescaya memperasakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadah yang membukakan ia akan dia. Dan menceritakan akan ini hadis oleh Hakim daripada Huzaifah radiallahu anh dan menghukumkan ia akan sanadnya dengan sahih dan

Sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ

 

Ertinya ada bagi setiap manusia itu bahagiannya daripada zina maka dua mata itu berzina keduanya dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya dan zina keduanya menampar akan yang di larang menamparnya dan kedua kaki berzina keduanya dan zina keduanya iaitu berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya iaitu mengkucup akan yang tiada hala dikucupnya dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencita-cita ia dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustakan ia akan dia ( dengan bahawa tertegah ia daripadanya).

Menceritakan akan ini hadis oleh Muslim dan Baihaqi daripada Abi Hurairah radiallahu anh dan ada pada hadis ini menunjuki atas bahawa sa asal bagi zina faraj itu dua mata.

Hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau dengan apa pekerjaan yang patut ia dan akan apa pekerjaan yang di nanti-nanti baginya. Maka memelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan pekerjaan yang di nanti baginya itu. Maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan.

Maka bermula kaki itu adalah di nanti-nanti baginya berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buahan syurga dan minumannya seperti itulah segala anggota yang lain.

Maka mata hanya sanya ia kerana memandang kepada zat Allah taala di dalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat Tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang di nanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga-hingga pelihara dan di muliakan dia sehabis-habis mulia dan bahawa tiada di kotorkan dia dengan memandang akan yang di haram.

Wallahuiaalam.

 

 

 

No comments:

Post a Comment