Wednesday 21 August 2013

Bab Kelima pada menyatakan kikir

Bab yang Ke lima Pada menyatakan Kikir dan Kasih akan Harta.

 

Ketahui oleh mu bahawa sa kikir itu setengah daripada sebesar-besar yang membinasakan, telah berfirman Allah Taala:

وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Ertinya  dan barang siapa di pelihara akan dia akan kikir dirinya maka mereka itu jua yang mendapat kemenangan.

Dan firman Allah taala:

وَلَا يَحْسِبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya dan jangan menyangka oleh mereka yang kikir mereka itu dengan barang yang memberi akan mereka itu oleh Allah taala daripada limpah kurnianya ia kebaikan bagi mereka itu bahkan ia kejahatan bagi mereka itu ertinya jangan menyangka mereka itu akan bahawa sa kikir mereka itu kebajikan bagi mereka itu bahkan kikir itu kejahatan bagi mereka itu, selagi akan dijadikan harta yang kikir mereka itu dengan ia kalung daripada api pada leher mereka itu pada hari kiamat dan bersabda Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالشُّحِّ

Ertinya jauhkan oleh mu akan diri kamu daripada kikir dan akan kikir daripada kamu kerana bahawa sa kebinasaan umat yang ada ia dahulu daripada kamu dengan sebab kikir.[1]

Sabda Nabi saw

قَالَ : سَمِعْتُ الْحَسَنَ يُحَدِّثُ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ مِنَ الْخُيَلَاءِ

Ertinya bermula tiga perkara sebab bagi binasa:

1.       Kikir yang dituruti

2.       Keinginan yang di ikuti.

3.       Tercengang oleh sesaorang akan dirinya daripada bermegah-megah.[2]

Dan sabda Nabi saw:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّخِيُّ قَرِيبٌ مِنْ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْجَنَّةِ قَرِيبٌ مِنْ النَّاسِ بَعِيدٌ مِنْ النَّارِ وَالْبَخِيلُ بَعِيدٌ مِنْ اللَّهِ بَعِيدٌ مِنْ الْجَنَّةِ بَعِيدٌ مِنْ النَّاسِ قَرِيبٌ مِنْ النَّارِ وَلَجَاهِلٌ سَخِيٌّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ عَالِمٍ بَخِيلٍ

Ertinya orang yang pemurah itu hampir ia daripada Allah taala lagi hampir ia daripada manusia lagi hampir ia daripada syurga dan orang yang kikir itu jauh ia daripada Allah taala lagi jauh ia daripada manusia lagi jauh ia daripada syurga, hampir ia daripada api neraka dan yang jahil yang pemurah lebih kasih kepada Allah daripada yang mengerjakan ibadah yang kikir[3].

Dan dikehendaki dengan hampir daripada Allah taala iaitu hampir daripada rahmatNya dan pahalaNya dan dikehendaki hamper daripada manusia iaitu kasih mereka itu akan dia dan dikehendaki dengan hampirr daripada syurga iaitu diangkatkan hijab antaranya dan antara syurga itu dan dikehendaki dengan jauh daripada Allah taala iaitu jauh daripada rahmatnya dan pahalanya dan dikehendaki dengan jauh daripada manusia benci mereka itu akan dia dan dikehendaki dengan jauh daripada syurga  iaitu banyak hijab antaranya dan antara syurga itu.

Dan ketahui oleh mu bahawa sa asal bagi kikir itu kasih akan harta dan ia kelakuan yang dicela. Dan bermula mereka yang tiada baginya harta tiada nyata kikirnya dengan menahan daripada umpama sedekah tetapi nyata ia dengan kasihnya akan harta berapa banyak orang yang pemurah tetapinya kasih akan harta maka murah ia dengan memberikan hartanya supaya dipuji akan dia dengan pemurah dan yang demikian itu dicela juga pada syara' kerana bahawa sa kasih akan harta itu melalaikan ia daripada zikirillah dan memalaingkan ia akan hati kepada dunia dan meneguhkan ia akan sangkutannya dengan dunia hingga berat atasnya oleh hati yang padanya menjumpai Allah taala telah berfirman Allah Taala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ

Ertinya wahai orang-orang yang beriman jangan melalaikan akan kamu oleh segala harta kamu dan jangan mwlalaikan akan kamu oleh sekelian anak kamu daripada menyebut nama Allah taala.

Dan firman Allah taala;

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ .  

Ertinya hanya sa nya segala harta kamu dan sekelian anak kamu percubaab atas kamu daripada Allah taala.

Dan sabda Nabi saw:

حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ مَرْفُوعًا لَا تَتَّخِذُوا الضَّيْعَةَ فَتَرْغَبُوا فِي الدُّنْيَا

Ertinya jangan menjadikan oleh kamu akan kampong yang di ambil daripada perhasil maka sebab bagi gemar kamu pada dunia.

Adapun mereka yang tiada melalaikan akan dia oleh kampong itu maka harus baginya menjadikannya maka tiada ada hadis ini mansukh dengan menjadikan oleh Nbai saw dan sahabat ra. Akan kebun.

Firman Allah taala

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ

Ertinya beberapa lelaki yang tiada melalaikan akan mereka itu oleh berniaga dan tiada berjual beli daripada zikirillah.

Dan ketahui oleh mu bahawa sa harta itu tiada dicela akan dia semata-mata bahkan yang dicela itu harta yang melalaikan daripada ibadah.

Adapun harta yang menolong atas ibadah maka iaitu dipuji. Bersabda Nabi saw:

قَالَ : نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

Sesuatu harta yang baik bagi sesaorang yang baik tetapi tiada sayugia membanyakan akan dia bahkan yang lebih utama di ambil harta itu sekadar yang memadai sahaja kerana doa Nabi saw

  اللَّهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ آلِ مُحَمَّدٍ قُوتًا َفِي الدنيا  كَفَافًا

Ertinya Wahai Allah jadikan oleh mu akan rezki keluarga Muhammad barang yang tiada ada ia berlebih daripada memadai bahkan sekadar hajat sahaja, menunjuki oleh Rasulullah saw dengan ini doa kepada bahawa sa tiada sayugia bagi mereka yang berakal bahawa penat pada menuntut akan yang lebih daripada sekadar hajat kerana tiada ada kebajikan padanya.

Bermula kadar hajat itu bersalah-salahan ia dengan sebab bersalaha-salahan kelakuan manusia tetapi yang dipuji yang kuat ia mengerjakan ibadah dengan sebabnya.

Adapun yang lebih daripada kadar memadai maka ada padanya tiga kebinasaan

1.            Menyeru ia kepada maksiat. Maka bahawa sa orang yang kaya lebih kuasa atas mengerjakan maksiat daripada orang yang miskin.

Dan setengah daripada memelihara daripada maksiat itu bahawa tiada kuasa engkau mengerjakannya dan sabar pada ketika kuasa itu lebih sukar daripada sabar pada ketika lemah. Dan

2.            Bahawa menyeru ia kepada bersedap-sedap dengan segala yang harus dan yang halal dan apabila adalah badannya biasa bersedap-sedap nescaya tiada kuasa ia meninggalkannya dan nescaya bersangatan kasihnya akan harta.

Dan apabila kasih ia akan harta  nescaya terjadi padanya beberapa kesalahan. Sabda Nabi Isa alaihis salam:

حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ

Ertinya kasih akan dunia itu kepala tiap-tiap kesalahan kerana mula menjatuhkan ia kepada yang subahat kemudian kepada yang makruh kemudian kepada yang haram. Dan

3.            Bahawa melalaikan ia daripada zikrillah kerana berhimpun di dalam hati itu berbantahan dengan umpama kuli dan perhitungan dengan umpama kungsi dan segala fikiran pada menghasilkan dan pada menambah harta itu mula-mula kemudian pada memeliharanya kemudian paa mengeluarkannya sekelian yang tersebut menghitamkan ia akan hati dan menghilangkan ia akan jernihnya dan melalaikan ia daripada zikrillah taala seperti firmanNya:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ  حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Ertinya Melalaikan akan kamu daripada mengerjakan amal ibadah oleh bermegah-megah dengan harta dan anak dan lainnya hingga ziarah kamu akan perkuburan. Ertinya hingga kamu mati dan ditanam kamu dalam kubur.

Ketahuilah oleh mu bahawa sa makna kikir itu menegah barang yang mewajibkan akan dia oleh syara' atau muruah:

1.            Pertama seperti zakat dan nafkah isteri. Dan

2.            Kedua seperti harata yang diberikan kepada penyair ( tukang syair) kerana menegah cercanya maka mereka yang tiada memberi akan isterinya akan sesuap makanan yang lebih daripada nafkah yang wajib tiada dinamakan ia kikir dan pangkat pemurah itu memberi barang yang lebih atas yang wajib pada syara' dan pada muruah dan

Bahawa sa ubat bagi kikir itu di campur pengetahuan dengan pekerjaan.

Adapun pengetahuan maka bahawa sa

1.       Mengetahui  engkau akan seksa pada negeri akhirat dan di cela manusia di dalam dunia

2.       Dan mengetahui engkau akan bahawa sa harta itu tiada bersama-sama dengan dikau ke dalam kubur.

3.       Dan hanya sa nya yang menyertai akan dikau ke dalam kubur engkau itu segala amal engkau yang baik dan yang jahat seperti sedekah dan kikir.

4.       Dan bahawa sa segala harta itu milik bagi Allah taala dan memberi ia akan dikau daripadanya supaya engkau belanjakan pada pekerjaan engkau yang berfaedah.

5.       Dan bahawa engkau ketahui  bahawa sa menahan akan harata itu jika kerana hendak bersedap-sedap dengan dia pada keinginan, maka pahala akhirat lebih sedap daripadanya.

6.       Dan menunaikan keinginan itu tabiat binatang dan membelanjakan harata pada taat itu tabiat mereka yang berakal dan jika adalah ia menegah harta dan menahannya itu kerana di cadang untuk anak maka seolah-olah ia meninggalkan anaknya dengan kebaikan dan datang ia akan Tuhannya dengan kejahatanmaka ini sehabis-habis bodoh kerana menyenagkan ia akan orang yang lain dengan memberi mudharat ia akan dirinya sendiri.

Dan adapun pekerjaan maka bahawa sa

1.       Memberati engkau akan diri engkau dan menggagahi engkau akan dia atas memberi dan atas murah.

2.       Dan sentiasa memperbuat engkau akan yang demikian tiu hingga jadilah murah itu adat bagi engkau.

3.       Dan bahawa menipu engkau akan diri engkau dengan baik nama jika engkau pemurah.

4.       Dan dengan mendapat balasan dunia dan akhirat  maka kemudian daripada sudah beradat engkau mengeluarkan harta dan pemurah maka hendaklah menghilangkan engkau akan ini tipu daya dengan beransur-ansur.

Wallahuaalam.

 



[1]  Hadis riwayat Abi daud dalam Sunannya di Bab Zakat.

[2] Hadis riwayat aT Tabrani dalam awsat dan Imam Baihaqi dalam Suaabbil imannya.

[3] Hadis riwayat imam Tarmizi dalam kitab berbuat baik dan menghubung silaturrahim.

Friday 16 August 2013

Check out Khotib's photos on Facebook.

facebook
Check out Khotib's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Sertai Khotib di Facebook
Mesej ini telah dihantar ke mashadi65.kuliahori@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please henti melaggan.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Tuesday 6 August 2013

Bicara Solat Jumaat dan solat Raya


Kitab Bicara Jumaat dan lainnya:

 

Berkata Imam Shafei rahimahullah:

Mengkhobar akan kami oleh Ibrahim bin Muhammad berkata ia, membaca hadis akan kami oleh Salama bin Ubaidillah alkhothmi drpd Muhammad bin Kaab al Qurazy bahawa sa ia mendengar akan seorang lelaki drpd Bani Wail pada hal berkata, bersabda Nabi saw:

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " تجب الجمعة على كل مسلم إلا امرأة أو صبيا أو مملوكا " .

Wajib Jumaat / solat Jumaat atas sekelian Muslim lelaki melainkan perempuan dan budak dan hamba orang.

Hadis riwayat Imam Abi Daud as Sijastani rahimahullah.

 

Berkata Imam Mawardi dalam al Hawi kabirnya:

Solat Jumaat setengah drpd beberapa Fardhu Ain dengan dalil kitab/alquran dan Sunnah dan Ijmak Ulama.

Dalil kitab:

أخبرنا الربيع بن سليمان قال أخبرنا محمد بن إدريس الشافعي قال قال الله تبارك وتعالى ) إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله ( الآية

Mengkhobar akan kami oleh Rabi' bin Sulaiman berta ia, mengkhobar akan kami oleh Muhammad bin Idris as Shafei berkata ia, telah berfirman Allah taala:

Apabila diseru akan kamu bagi solat drpd hari jumaat maka segeralah sekelian kamu kepada zikrillah…. Surah Jumaat ayat 9.

Yakni Wajib mendirikan solat Jumaat dan Wajib meninggalkan jual beli kerana Solat Jumaat kemudian berfirman Allah kemudian drpd itu atas jalan mencela/celaan bagi mereka yang menyalahi/meninggalkan Jumaat dengan firmanNya:

: وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ  

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Surah Jumaat ayat 11.

Kitab Bicara  solat dua Hari raya.

Berkata Imam Shafei rahimahullah taala:

Barang siapa wajib atasnya hadir Jumaat nescaya wajib atasnya hadir Solat dua hari Raya.

Berkata Imam mawardi dalam al hawi Kabirnya:

Asal pada hokum solat Hari raya iaitu Firman Allah taala:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) الْكَوْثَرِ (

Maka solat oleh mu bagi Tuhan engkau dan hendaklah sembelih. Surah al kauthar .

Dikatakan pada tafsir bahawa sa Ia iaitu solat  Raya.

Telah meriwayat oleh Hammad drpd Humaid darpd Anas bin Malik radiallahu anh: bahawa Rasulullah salallahu alais salam datang  Ia akan Madinah dan bagi ansar  ada dua hari yang bermain-main mereka itu pada keduanya maka bersabda Nabi saw: apakah dua hari ini? Maka jawab mereka itu : dua hari yang adalah dahulunya kami bermain-main pada keduanya pada masa Jahiliyyah, maka bersabda Nabi saw: sesungghuhnya Allah taala telah menggantikan akan kamu dengan keduanya akan yang terlebih baik drpd keduanya iaitu dua hari raya iaitu raya fitrah dan adha/haji.

Dan telahj meriwayat Imam As Shafei bahawa awal/mula-mula solat raya Rasulullah saw iaitu solat raya fitrah pada tahun yang kedua drpd hijrah dan padanya juga diwajibkan zakat Fitrah dan dinamakan Aidan/raya kerana berulang-ulangnya pada setiap tahun.

Faslun:

Tidak bersalahan pada mazhab Shafei dan sekelian ashabnya bahawa solat raya bukan drpd fardhu Ain dan akan tetapi di perselisihkan pada adakah ianya Sunat atau fardhu kifayah.

Telah menjalani oleh Abu Said al Ishtakhri kpd bahawa ia fardhu kifayah atas alas an ianya setengah drpd syiar islam yang zahir/nyata maka menutut oleh katanya demikian bahawa adalah ia fardhu kifayah seperti Jihad maka atas ini perkataan jikalau sepakat oleh ahli negeri atas meninggalkan dia nescaya boleh diperangikan mereka itu oleh Imam/pemerintah sehingga mendirikannya oleh mereka yang menggugurkan hokum fardhu kifayah dengan sebab terdirinya solat aid/raya.

Berkata Abu Ishak al Marwazi dan iaitu yang terlabih baik bagi mazhab Shafei bahawa kedua solat raya tersebut iaitu Sunnat kerana berdalilkan hadis Nabi saw:

Tiada fardhu melainkan solat lima waktu.

Maka atas ini jikalau sepakat ahli negeri atas meninggalkan dia nescaya tidak harus di perangikan mereka itu serta di ambil tindakan keras atas meninggalkan dia dengan tindakan yang keras sungguh. Dikatakan bahkan diperangikan mereka itu kerana meringan-ringankan engan agama.

Adapun perkata Shafei:

Barang siapa wajib atasnya hadir Jumaat nescaya wajib atasnya hadir solat dua hari raya seperti di nakalkan dia oleh Imam Muzani dengan tariq qadim dalam kitab berburu dan sembelihan. Dan padanya bagi ashab kami ada dua takwil atas perselisihan mereka itu pada solat raya:

Iaitu perkataan Abi Ishak: barang siapa wajib hadir jumaat atas jalan Fardhu nescaya wajib hadir solat raya atas jalan sunat.

Iaitu perkataan Abi Said: barang siapa wajib hadir jumaat atas jalan Fardhu Ain nescaya wajib hadir solat raya atas jalan jumlah lainnya/fardhu kifayah.

 

Setelah di ketahuikan akan hokum dua solat tersebut maka kita lihat pula:

1              Hadis Nabi saw:

1792 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ فَقَالَ شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَالَ وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ

Drpd Talha bin Ubaidillah bahawa seorang daratan/pendalaman dating ia kpd Rasulullah saw hal keadaannya kusut masai maka berkata ia,

Wahai Rasulullah: apa suatu yang telah memfardhu oleh Allah atas aku drpd solat,

Maka sabda Rasulullah saw: Solat lima waktu melainkan bahawa engkau solat sunat yakni selain lima waktu tersebut.

Baca oleh mu akan hadis seterusnya.

Hadis riwayat Imam Bukhari dalam kitab Saum.

2              hadis Nabi saw:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

Drpd Ibni Abbas radiallahuanh : bahawa Nabi saw menghantar Muaz kpd negeri Yaman maka bersabda Nabi saw:

Seru mereka kpd sahadah bahawa tiada tuahn melainkan Allah dan bahawa Aku Rasulullah maka jika mereka taat bagi demikian itu maka ajarkan mereka itu bahawa Allah taala telah memfardhukan atas mereka itu solat lima waktu pada setiap sehari semalam…..

Baca hadis seterusnya…

Hadis riwayat Imam Bukhari dalam kitab zakat dan Abi daud dalam kitab Zakat sa'imah dan dalam Muwattha Imam Malik dan sunan ibnu Majah dan sunan Kabir bagi imam Baihaqi dan lainnya.

Dan kewajiban solat lima waktu iaitu sembahyang yang tidak meluluskan seorang mukallaf meninggalkan dia walau dalam apa keadaan sehinggakan dalam peperangan tetap wajib dikerjakan maka apa alasan solat jumaat yang datang dengan jalan fardhu ain ini boleh di tinggalkan dengan sebab berjumpa solat raya yang datang hukumnya dengan sunat atau fardhu kifayah.

Wallahuaalam.

Rujukan kitab Hawi Kabi bagi Imam Mawardi as Shafei.