Monday 29 August 2011

ucapan selamat Hari Raya

Saya Mashadi Masyuti dan sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada sekelian sahabat FB dan segala kesalahan dan terkasar bahasa minta maaf dan redha sahabat sekelian... Maaf Zhahir dan Bathin

Sunday 28 August 2011

sambungan kuliah Minhajul Abidin masih Bab Aqabah Ilmu

Dan sungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan, lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara:

 

Pertama:  Supaya hasil bagimu ibadat dan sejahtera ia. Maka bahawasanya pertama-tama wajib bahawa mengetahui Tuhan yang disembahnya. Kemudian maka engkau ibadatkan Dia dan betapa engkau ibadatkan mereka yang tiada engkau ketahui akan namaNya dan sifat zatNya dan barang yang wajib bagiNya dan barang yang mustahil pada hakNya. Maka terkadang barang kali engkau i'tiqad padaNya dan pada sifatNya suatu yang tiada patut bagi zatNya. Dan kami berlindung dengan nama Allah barang yang menyalahi sebenarnya. Maka jadilah ibadat kamu seperti debu yang bertaburan.

Kemudian wajib atasmu bahawa belajar barang yang lazim yakni barang yang wajib atasmu mengerjakan dia daripada segala yang wajib syar'iyyah atas barang yang umpama yang disuruh dengan dia supaya engkau mengerjakan dia yang demikian itu dan barang yang lazim engkau meninggal akan dia daripada segala yang ditegah supaya engkau tinggalkan dia yang demikian itu. Dan jika tiada, maka betapa engkau mengerjakan dengan taat yang tiada engkau ketahui akan dia apa ia dan betapa ia. Maka betapa wajib bahawa engkau perbuat atau betapa engkau menjauhkan ma'ashi yang tiada engkau ketahui bahawasanya ia maksiat hingga jangan jatuh dirimu di dalamnya. Maka ibadat yang pada syara' itu seperti bersuci dan sembahyang dan puasa dan yang lain daripadanya, wajib bahawa engkau berlajar akan dia dengan segala hukumnya dan segala syaratnya hingga engkau dirikan dia. Maka terkadang engkau mengekalkan atas suatu beberapa tahun dan beberapa masa daripada barang yang membinasakan dia atasmu air sembahyang kamu dan sembahyang kamu dan yang mengeluar keduanya itu, jatuh keduanya atas yang berbetulan sunat dan engkau tiada mengetahui dengan yang demikian itu. Dan terkadang melintangi bagimu sesuatu yang kesamaran dan tiada engkau dapat akan tempat bertanya akan dia daripada yang demikian itu dan tiada engkau mengetahui dan tiada engkau berlajar akan dia.

Kemudian maka adalah edaran kelakuan ini sekalian pula atas ibadat yang batin yang iaitu tempat perjalan hati. Wajib bahawa berlajar engkau akan dia daripada tawakkal dan tafwidh, yakni menyerah diri dan redha dan sabar dan taubat dan ikhlas dan yang lain daripada yang demikian itu seperti yang lagi akan datang sebutannya, Insya' Allah Ta'ala.

Dan wajib bahawa berlajar pula akan segala manahi, yakni segala yang ditegah akan dia yang iaitu lawan bagi segala perkara ini seperti pemarah dan cita-cita yang panjang dan riya' dan kibr, supaya engkau jauhkan dia, maka bahawasanya beberapa fardhu yang sudah dinash Allah Ta'ala atas menyuruh dengan dia dan menegahkan dia daripada lawannya di dalam kitabnya yang 'Aziz di atas lidah NabiNya Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam seperti firman Allah:

 وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Dan atas Allah, maka berserah kamu jika ada kamu mukminin.  (Surah al-Ma'idah: Ayat 23)

Dan lagi firmanNya:

 

 وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ

 

Dan syukur kamu bagi Allah jika ada kamu akan dia menyembah kamu.   (Surah al-Baqarah: Ayat 172)

 

Dan lagi firmanNya:

 

Dan sabar kamu, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala serta orang yang sabar.

 

Dan lagi firmanNya:

..... وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬

Dan putuskan olehmu kepadaNya akan sebagai putus.  (Surah al-Muzzammil: Ayat 8)

 

Yakni ikhlas olehmu kepada Allah akan sebagai ikhlas. Dan umpama yang demikian itu daripada beberapa ayat, seperti yang disebutkan atas menyuruh dengan sembahyang dan puasa. Maka apa hal engkau berhadap kamu atas sembahyang dan puasa dan engkau tinggalkan segala fardhu itu. Dan disuruh dengan keduanya daripada Tuhan yang Esa di dalam kitab yang satu, tetapi engkau lupa daripadanya. Maka tiada engkau ketahui sesuatu daripadanya melainkan dengan fatwa orang yang berpakai ia dengan bersegera bahagiannya itu hal keadaannya sangatlah kasih hingga jadilah segala makruf itu munkar dan yang munkar itu jadi makruf dan orang yang mensia-sia akan 'ulum yang dinamakan dia Allah Ta'ala di dalam kitabnya Nur dan Huda dan Hikmah.

 

Dan berhadap atas barang yang dengan dia berusaha yang haram dan adalah ia memukat bagiحِطَامُ الدُّنْيَا  yakni kurang-kurang mata benda dunia. Tiadakah takut hai orang yang menunjukkan orang bahawa adalah kamu mensia-sia dengan sesuatu daripada segala yang wajibat ini tetapi kebanyakannya dan engkau masyghulkan dengan sembahyang sunat dan puasa sunat. Maka adalah ia daripada orang yang tiada suatu dan terkadang ada kamu mengekalkan atas maksiat daripada segala ma'ashi yang mewajibkan dengan dia api neraka dan kamu meninggalkan yang mubah daripada makanan atau minuman atau tidur engkau menuntut dengan dia qurbah kepada Allah Ta'ala. Maka adalah ia daripada orang yang tiada suatu perolehannya dan yang bersangat daripada yang demikian sekaliannya adalah kamu jatuh di dalam cita-cita dan mencita-cita itu maksiat yang semata-mata. Maka kamu menyangka niat kebajikan dengan sebab jahil kamu dengan perceraian antara keduanya atau dengan sebab hampir keduanya daripada setengah kelakuannya. Dan demikian lagi terkadang ada kamu di dalam gopoh dan marah, maka kamu sangka akan dia merendahkan diri dan bersungguh minta kepada Allah Ta'ala. Atau ada kamu di dalam riya' semata-mata dan kamu menyangkakan memuji akan Allah atau menyeru akan manusia kepada kebajikan, maka mengambil kamu membilang-bilang atas Allah Ta'ala ma'ashi dengan taat dan menyangka pahala yang amat besar pada tempat siksa, maka adalah kamu di dalam tipu daya yang amat besar dan lalai yang amat jahat. Maka inilah demi Allah bala yang memutuskan bagi orang yang mengerjakan amal dengan ketiadaan ilmu. Kemudian serta yang demikian sekaliannya bahawasanya bagi segala amal yang zahir tergantung dengan daripada perjalanan amal batin yang membaikkan dia dan yang membinasakan dia seperti ikhlas dan riya' dan 'ujub dan menyebutkan nikmat dan yang lain daripadanya. Maka barang siapa tiada mengetahui akan perjalanan ini yang batin dan jalan memberi  bekasnya di dalam segala ibadat yang zahir dan kaifiat memeliharakan daripadanya dan memeliharakan amal daripadanya, maka sedikit baginya barang yang sejahteranya amal yang zahir pula, maka luput zahir dan batinnya. Dan tiada tinggal di dalam tangannya melainkan payah dan penat. Dan inilah kerugian yang amat nyata

Saturday 27 August 2011

kuliah tasauf kitab Minhajul Abidin aqabah yang pertama

'AQABAH PERTAMA: 'AQABAH ILMU

 

Kata Imam al-Ghazali Radhiyallahu 'anhu wa ardhahu:

الْعَقَبَةُ الأُوْلَى وَهِيَ عَقَبَةُ الْعِلْمِ.

Bermula 'aqabah yang pertama itu iaitu dinamakan 'aqabah al-Ilmi.

 

Kata Mu'allif Radhiyallahu 'anhu, maka aku berkata: Dan dengan Allah memberi taufik, hai orang yang menuntut ilmu dan ibadat, lazimkan olehmu pertama-tama telah memberi taufik akan dikau Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ilmu. Maka bahawasanya ia قُطْبٌ yakni paku dan di atasnya tempat edaran. Dan ketahui olehmu, bahawasanya ilmu dan ibadat itu dua permata kerana keduanya adalah tiap-tiap barang yang engkau lihat dan engkau dengar daripada karangan segala orang yang mengarang dan pengajar segala orang yang mengajar dan berwa'adz oleh segala orang yang وَاعِظِيْنَ dan tilik orang yang menilik. Tetapi kerana keduanya diturunkan segala kutub dan disuruh segala pesuruh. Tetapi kerana keduanya dijadikan bumi dan segala langit dan barang yang antara keduanya daripada segala kejadian. Maka tilik olehmu akan dua ayat di dalam kitab Allah Ta'ala, salah suatu daripada keduanya firman Allah Ta'ala:

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا (١٢)

 

Tuhan yang menjadikan tujuh petala langit dan daripada bumi seumpama jua diturunkan pekerjaanNya antaranya supaya kamu ketahui, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala itu atas tiap-tiap suatu amat kuasa dan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala sanya telah meliputi dengan tiap-tiap suatu ilmuNya.   (Surah al-Thalaq: Ayat 12)

 

Dan memadalah dengan ayat ini akan dalil atas kemuliaan ilmu, istimewa pula ilmu tauhid.

Dan ayat yang keduanya firman Allah Ta'ala:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

 

Dan tiada kami jadikan jin dan إِنْسٌ  (manusia) melainkan kerana menyembah mereka itu. (Surah al-Dzariyat: Ayat 56)

 

Yakni mengerjakan ibadat akan Kami. Dan memadalah dengan ayat ini menunjukkan atas kemuliaan ibadat dan melazimkan berhadap atasNya. Maka besarkan olehmu dengan dua pekerjaan ini. Keduanya yang dimaksudkan daripada menjadikan dua negeri.

 

Dunia tempat usaha dan akhirat tempat mengambil hasil:

Adapun dunia kerana tempat berusaha dengan dia dan adapun akhirat kerana tempat mengambil buahnya. Maka sebenarnya bagi hamba itu bahawa jangan membimbangkan melainkan dengan keduanya dan dipayahkan melainkan bagi keduanya dan jangan ditilik melainkan pada keduanya.

 

Maka ketahui bahawasanya barang yang lain daripada keduanya daripada pekerjaan itu batil, tiada kebajikan padanya dan sia-sia yang tiada hasil baginya, maka apabila engkau ketahui yang demikian, maka ketahui olehmu bahawasanya ilmu itu yang terlebih mulia daripada dua permata dan yang terlebih afdhal daripada keduanya dan kerana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ أَفْضَلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَى رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي

Bahawasanya kelebihan orang yang alim atas orang abid seperti kelebihanku atas sekurang-kurang daripada umatku.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

نَظْرَةٌ إِلَى الْعَالِمِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ عِبَادَةِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا

Satu tilik kepada orang alim terlebih kasih kepada aku daripada ibadat setahun puasanya dan berdiri sembahyangnya.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَشْرَفِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، قَالُوْا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، قَالَ: هُمْ عُلَمَاءُ أُمَّتِي 

Tiadakah aku tunjukkan kamu atas yang terlebih mulia isi syurga. Sembah mereka itu: Bahkan, ya Rasulullah. Sabdanya: Mereka itulah ulama umatku.

 

Maka nyatalah bagimu bahawasanya ilmu itu terlebih mulia permata daripada ibadat dan tetapi tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat serta ilmu. Dan jika tiada, adalah ilmunya itu seperti debu yang bertaburan. Maka bahawasanya ilmu itu menempati pohon kayu dan ibadat menempati buahnya. Maka mulia itu bagi pohonnya yang berbuah kerana ia asal, tetapi manfaatnya itu, sungguhnya hasillah dengan buahnya.  Maka tiba-tiba tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat supaya sempurna baginya kemuliaan ilmu dan tak dapat bagi hamba itu bahawa ada ia daripada kedua perkara itu bahagiannya dan perolehannya dan kerana inilah berkata Hasan Basri Rahimahullahu Ta'ala: Tuntut olehmu akan ilmu tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ibadat dan tuntut olehmu akan ibadat ini tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ilmu. Dan tatkala tetaplah bahawasanya tak dapat tiada bagi hamba itu daripada keduanya sekaliannya, maka ilmu itu terlebih utama dengan mendahulukan dia tak dapat tiada kerana bahawasanya ia asalnya. Dan dalil yang demikian itu, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

الْعِلْمُ إِمَامُ الْعَمَلِ وَالْعَمَلُ تَابِعُهُ

Bermula ilmu itu ikutan amal dan amal itu mengikut akan dia.

 

Dan sungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan, lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara:

Wednesday 20 July 2011

kuliah 21 Julai 2011

kuliah 21 julai
dhuha subang permai.
Zhohor kitab azkar di Wisma tani.
Magrhib di Masjid Jumhuriyah kitab Hadis 40.
Esha di Muttaqun kitab Lumma,..

Tuesday 19 July 2011

kuliah 20 julai

Kuliah 20 julai
Dhuha di maahaf tahfiz annur subang permai.
Zhohor di agro bank bangunan patriot kitab minhajul.
Magrhib kitab hikam di madrasah ust azraei ceras Bukir A.

Monday 18 July 2011

jadual 19 julai

Kuliah 19 julai
Dhuha di Maahad Tahfiz Annur Subang Permai.
Zhohor di Darul Takaful kitab aKar an Nawawi.
Magrhib di masjid Al Husna Pusat Bandar Puchong kitab munya.
Esha di rumah kitab weshah wal afrah

Friday 15 July 2011

kuliah 16 Julai


subuh masjid as salam kitab azkar.
jam 9pagi di dataran otomobil shah alam ss15 kitab zukhratul Murid n penawar bagi hati.
jam 1130 pagi di Pondok Bustanul Arifin kitab Minhajul, Sabilal n Zuhkratul Murid.
magrhib di Mas BBpucong kitab Faredah.
esha di rumah jam 1030 mlm kitab Sunan Abi daud n Minhajul n Mukhtasar.

Thursday 14 July 2011

kuliah 15 julai

kuliah 15 julai
taz n khutbah jumaat di Usj 21 surau jumaat al madaniah.
magrhib di masjid Kg tengah pucong kitab Durruth Thamin.
Esha di rumah Prof Dr Hassan selamat kitab azkar n Furu Masail juzuk 1.

Tuesday 12 July 2011

Kuliah 13 julai

Kuliah 13 julai
Dhuha di Subang permai.
Zhohor di Celcom pj ss14 kitab Munya.
Magrhib di maajid al Hidayah kelana jaya kitab hikam.
Privasi

Sent from my iPad

Monday 11 July 2011

KULIAH 12 JULAI .

KULIAH 12 JULAI
Dhuha 10 ke 12 pagi di subang Permai.
Zhohor di TNB Remaco kitab Penawar Bagi Hati...
Magrhib di Masjid Ar Rahman Jalan Pantai kitab Hikam.

Friday 8 July 2011

kuliah 9 julai

kuliah 9 julai
dhuha di dataran otomobil kitab zuhratul murid n penawar bagi hati.
jam 1130 bustanul Arifin kitab Zuhratul Murid n sabilal n minhajul abidin.
lepas zhohor ke jeng jeng jeng...
magrhib surau al bukhari kitab Munya.
esha di rumah kitab sunan abi daud n minhajul n mukhtasar jiddan

Wednesday 6 July 2011

kuliah 7 Julai 2011


dhuha di Subang permai jam 10 pg hingga 1145.
Zhohor di Wisma Tani kitab azkar.
magrhib di Attayyibah bandar Bukit Pucong.
Esha kitab Lumma di Muttaqun USJ12

Tuesday 5 July 2011

kuliah 6Julai 2011


Dhuha Subang Permai jam 10 ke 1145 pagi.
Zhohor di KWSP petaling Jaya kitab Faredah
Magrhib di Masjid Kg Tengah kitab fareda.
jam 1030 malam kitab Weshah di rumah.

Monday 4 July 2011

kuliah 5 julai

Dhuha di Subang Permai
Zhohor di TNB Remaco kitab Penawar bagi Hati.
Magrhib di Pusat bandar Pucong kitab Faredah.
esha jam 1030 malam di rumah kitab Wisyah.

Wednesday 8 June 2011

kuliah 9jun 2011


Dhuha Hadis Bukhari jam 9 hingga 1145pagi.
Zhohor di MAS Subang kitab Faredah.
Jam 630 ptg hadis Bukhari hingga jam 8mlm
Magrhib Taman Medan kitab Hadis 40
Esha kitab Al Lumma di Muttaqun...

Tuesday 7 June 2011

kuliah 8jun 2011

dhuha jam 9 kuliah hadis Bukhari hingga 12 tengah hari.
Zhohor di Celcom kitab Munya.
jam 630 ptg hadis Bukhari hingga 8 malam.
8 malam kitab hikam di Masjid al Hidayah kelana jaya.
jam 9 malam hadis Bukhari hingga jam 11 malam.

Monday 6 June 2011

kuliah 7 jun 2011

Dhuha Jam 9 Pagi Hadis Bulhari hingga jam 2 ptg.
Zhohor di TNB Remaco kitab Penawar bagi hati.
Jam 630ptg hingga 730 ptg hadis Bukhari.
8 malam Masjid Pusat Bandar Pucong kitab faredah faraeid.
9 malam hadis Bukhari hingga jam 11 malam.

Sunday 5 June 2011

Kuliah 6jun 2011

Dhuha 9pagi hingga jam 2 ptg Hadis Bukhari.
630ptg hingga 8 malam Bukhari
8 malam di Muttaqun Kitab Minhajul Abidin.
jam 10 malam di Muttaqun kitab Mukhtasar Jiddan.

Friday 3 June 2011

kuliah 4jun 2011 Sabtu

Subuh di Masjid As Salam kitab Faredah.
Kuliah Hadis Bukhari Mula jam 9pagi hingga 1300 tengahari
Magrhib di Al Munir kitab Minhajul Abidin...
jam 830mlm ke kuliah Hadis Bukhari hingga jam 1030mlm.
Hadis Abi Daun n Minhajul Abidin di rumah jam 1045mlm

Thursday 2 June 2011

Kuliah 3 jun jumaat

Jam 830 pagi Hadis bukhari hingga jam 1230.
Taz n Khutbah Jumaat di Taman Kosas masjid Fatima Zahra acara bebas.
Magrhib di Surau al Bukhari Sunway kitab Munya.
jam 9 Hadis Bukhari hingga jam 1030.
Kuliah dirumah kitab Sunan Abi daud n Minhajul Abidin n mukhtasar Jiddan

Wednesday 1 June 2011

Kuliah 2 jun 2011

Dhuha Cuti
Jam 10 pagi kuliah hadis Bukhari bersama muhaddith Musnid Awadh Manqush dari Mesir.
Zhohor di Wisma Tani kitab Azkar.
Magrhib di Surau at Tayyibah kitab Minhajul Abidin.
Jam 830malam ke pengajian hadis hingga 10 malam
 

Tuesday 31 May 2011

kuliah 1 jun

Dhuha cuti
zhohor di Kwsp Petaling Jaya.
Magrhib di Masjid Kg Tengah kitab Faredah khatam.
ke Kuliah Hadis Bukhari di Sungai Ramal Dalam insyaalah

Friday 27 May 2011

kuliah 28 may 2011

kuliah 28 may
Subuh di Muttaqun usj 12 kitab Minhajul Abidin.
Dhuha di Dataran Otomobil kitab Munyatul Musalli dan Jauharul Mauhub.
Tambahan jam 1130 pagi di Bustanul Arifin kitab zahratu Murid n Sabilal n Munhajul Abidin.
Magrhib di Masjid Proton kitab Kifayatul Muhtadin.
Esha jam 1030 mlm di Rumah kitab Tanwirul Qulub n Faraeid n Mukhtasar jiddan

Thursday 26 May 2011

kuliah 27 may

kuliah 27 may
tazkirah di Masjid Al Husna P.B. Pucong.
Magrhib di B.B. Mahkota Bangi Kitab Risalah al Muawwanah al Haddad.
Esha di Tmn Kembang Sari Sri kembangan Kitab Tafsir n Furu masail.

Tuesday 24 May 2011

kuliah 25 may 2011

Dhuha di Annur Subang Permai.
Zhohor di Kem Kewangan Putra Jaya.
Magrhib di Masjid Nurul Huda Kg Kenangan Pucong.

Saturday 21 May 2011

kuliah 22may

Subuh di Muttaqun Usj 12 kitab Minhajul Abidin.
Dhuha jam 1030 pagi di rumah kitab Muhimmah fil Ilmil Hadis, dan kitab Hikam dan kitab musthalah Hadis.
lepas Zhohor ke Pondok Sungai Bayu kelantan pergi tengok 6 orang anak saya mengaji kat pondok tu.

Friday 20 May 2011

kuliah 21 may 2011

Subuh di Masjid As Salam Pucong Perdana kitab Azkar An Nawawi.
Dhuha Jam 9pagi di Dataran Otomobil kitab Zahratut tauhid n Penawar Bagi hati.
Dhuha tambahan di Pondok Bustanul Arifin Labohan Dagang kitab Zahratut tahid n Sabilal n Minhajul Abidin.
Magrhib Masjid bandar Bukit Pucong kitab Faredah Faraeid.
Esha diRumah jam 1030 malam kitab Sunan Abi daud dan Minhajul Abidin n Mukhtasar Jiddan

Thursday 19 May 2011

kuliah 20may 2011

Tazkirah dan Khutbah Jumaat di Surau Jumaat al Munir Tmn Lestari  Pucong.
Magrhib di Masjid Kg Tengah Pucong.
Esha Hadis dan Furu masail di Rumah Dr Hassan Selamat tmn Kembang sari Seri Kembangan

Tuesday 17 May 2011

Kuliah 18 may 2011

Dhuha di Maahad Tahfiz An Nur subang Permai.
Zhohor di Agro Bank kitab Minhajul Abidin.
Magrhib di Madrasah Ustaz Azraei Ceras Bukit A kitab Hikam Melayu.

Sent from my iPad