Tuesday 9 July 2013

Kaifiat Solat qiyam Ramadhan/Tarawikh.

Kaifiat Solat qiyam Ramadhan/Tarawikh.

Drpd Huzaifah radiallahuanh: bahawa solat ia bersama Nabi sallallahu alaihi salam, pada satu malam di bulan Ramadhan maka ruku' ia maka berkata ia dalam ruku'Nya: subhana Rabial A'zhim seumpama lama berdirinya, kemudian Sujud ia maka berkata ia dalam sujudNya: subhana Rabbial a'la seumpama lama berdirinya, kemudian duduk ia dan berkata ia didalam duduknya Rabbigh fir li Rabbigh fir li seumpama lama berdirinya, kemudian Sujud ia maka berkata ia dalam sujudNya: subhana Rabbial a'la seumpama lama berdirinya, maka tidak sembahyang Nabi sallallahu alaihi salam melainkan empat rekaat sehingga dating Bilal pada pagi hari.
Maka ini nas pada menyatakan panjang sembahyang Nabi pada empat rekaat pada bulan Ramadhan.

Adapun umum solat Qiyam Ramadhan : sesungguhnya Imam Bukhari membuat bab dengan tajuk: kaifiat solat Nabi saw dan berapa adalah Nabi saw solat drpd malam? Sehingga riwayat Abdullah bin Umar berkata ia: bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi saw : wahai Rasulullah bagaimana solat malam? Bersabda Nabi saw dua dua maka apabila di takuti subuh maka buat witir dengan serekaat.

Maka ini Nas pada menyatakan tiada had pada solat malam dan bahawa solat ia dua dua sehingga bahawa takut akan subuh.

Dan membawa Imam Bukhari akan hadis drpd Ibni Abbas : adalah solat Nabi saw 13 rekaat yakni di malam hari.

Dan Hadis riwayat Masruq drpd A'eishah bahawa bertanya ia akan A'eishah drpd solat Nabi saw di malam hari maka berkata A'eishah : tujuh, Sembilan, sebelas selain dua rekaat subuh.

Dan membawa Imam Bukhari dengan sanadnya sehingga A'eishah: tidak ada Rasulullah saw menambah pada Ramadhan dan tidak pada lainnya ata sebelas rekaat pada hal solat Nabi saw Empat rekaat maka jangan engkau tanyakan eloknya dan panjangnya kemudian solat ia empat rekaat maka jangan engkau tanyakan eloknya dan panjangnya kemudian solat Nabi saw akan tiga rekaat, berkata A'eishah, maka aku Tanya, Wahai Rasulullah adakah engkau tidur sebelum bahawa engkau solat witir? Maka bersabda Nabi saw: Wahai A'eishah, bahawa dua mata ku tidur keduanya dan tidak tidur oleh Hati Aku.

Telah mensifat oleh A'eishah akan sifat solat malam Nabi saw dengan eloknya dan panjangnya dan membuat sakatan ia akan bilangan rekaatnya, maka sesungguhnya datang riwayat Huzaifah dalam sahih Muslim bahawa sembahyang ia bersama Nabi saw pada satu malam maka membaca Nabi saw akan surah al Baqarah dan Ali Imran dan An Nisa' pada satu rekaat dan adalah nabi saw apabila sampai dengan ayat yang ada padanya Tasbih maka bertasbih nabi saw atau ayat soal maka meminta ia dan ayat minta berlinding maka meminta berlindung ia kemudian ruku' seumpama lama berdirinya, kemudian iktidal ia seumpama lama ruku'nya, kemudian sujud ia seumpama lama berdirinya .

Berkata Ibnu Hajar selepas di buat seperti sola Nabi saw maka didapatnya setiap satu rekaat nabi saw solat malam selama dua jam.

Maka ini nas/dalil atas panjang/lama qiyam sehingga bahawa memakan masa dua jam bagi setiap satu rekaat.

Dan datang Hadith disisi Imam Bukhari drpd Ibni Mas'ud berkata ia: solat aku bersama Rasulullah saw pada satu malam, maka sentiasa berdiri ( lama berdiri ) sehingga aku bercita2 dalam hati ku akan cita2 jahat, maka kami Tanya, dan apa cita2 jahat itu? Berkata ia: bahawa aku duduk dan aku biarkan Nabi saw solat seorang dirinya.

Maka kesimpulannya drpd sekelian hadith yang dibawa dating ini bahawa solat qiyam/tarawikh ramadhan adalah semasa zaman Nabi saw pada mula2nya di syariatkan demikian itu.

Keterangannya:

Bilangan rekaat yang solat Nabi saw:
1. Solat sepanjang malam sehingga hampir masuk waktu subuh.
2. Solat lapan rekaat.
3. Sebelas rekaat yang jangan ditanya drpd eloknya dan panjangnya.
4. Tiga belas rekaat.

Adapun ijtihad setengah mereka itu Ulama berkaitan bilangan rekaat solat qiyam/tarawikh:
1. Datang hadith dengan ketiadaan sakatan bilangan2 solat: barang siapa menghidupkan malam Ramadhan kerana iman dan kira2an.
2. Terima nabi permintaan sahabat untuk menambah bilangan2 rekaat: "Jikalau buat solat sunat oleh kami sehingga akhir malam?
3. Dan ada di sini perbahasan yang tidak kesampain kepadanya sesaorang pada barang yang diketahui dan iaitu:

Bahawa A'eishah berkata Ia: tidak solat nabi saw akan Esha sama sekali dan masuk ia akan rumah aku melainkan dan solat ia empat rekaat atau enam.

Dan datang drpd dia juga bahawa adalah Nabi saw sentiasa mendahulukan solat malamnya dengan dua rekaat yang ringan keduanya.

Maka jika kita himpun hadith ibni Abbas 13 rekaat serta hadith A'eishah enam rekaat selepas esha serta dua rekaat yang membuka Nabi saw dengan keduanya akan solat malamnya nescaya adalah himpunan sekeliannya;
13 + 6 = 19 + 2 = 21 rekaat

dan inilah bilangan rekaat yang menghimpun Umar al Khatab radiallahuanh akan Manusia yang berimamkan solat qiyam/ Tarawikh pada zamannya iaitu Ubai bin Kaab dan adalah bilang2an ini bersandarkan kepada sunnah yang tidak semata2 memandai2 Umar al Khatab ra.

Oleh itu, dengan ini kaifiat, maka tidak patut atas sesaorang bahawa menegah atas tambahan lapan rekaat solat qiyam/Tarawikh kepada 20 atau lebih drpd itu kerana berpegang dengan hadis riwayat Masyruq drpd A'eishah atau mencelanya dengan menyalahi sunnah.

Wallahuaalam…

Bersambung… Insya Allah..

Solat Qiyam/ Tarawikh di Zaman Khulafa'Ar Rasyidin.

Tuesday 2 July 2013

sambungan hikam Abi Madyan 03

firman Allah taala:

وَلَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِدَنَّكُم

Bermula maqam yaqin itu iaitu diketahuinya bahawa sa Allah taala melihat atasnya pada tiap-tiap waktu dan ketika.

Seperti kata Sheikh radiallahuanh:

الحَقُّ تعالى مُطَلِّعٌ على السّرائِر وَالظَواهر فى كل نفس وحال فأيما قلبٌ  راءه مؤثرا له حفظه من طوارق المحن و مضلات الفتن

Bermula hak Subhanahu wa taala itu melihat atas segala rahsia hambanya dan zahirnya pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap hal yakni kelakuan maka dimana ada hati melihat ia akan dia memberi ia melihat bekas baginya yakni dilihat akan segala hati hambanya yang melebihkan dan memberi bekas akan Tuhannya daripada segala yang lain nescaya memelihara Allah akan dia daripada kedatangan percubaan dan daripada fitnah yang menyesatkan dia daripada memandangkan yang lain daripadanya inilah hikmah iaitu edaran ahli tarikat dan iaitu maqam muraqabah dan maqam ehsan iaitu mengetahui ia bahawa sa Allahtaala melihat akan dia pada sekelian ketikanya dan mengetahui pula Allah subhanahu wa taala akan barang yang di dalam dirinya maka jadilah ia bersamaan zahirnya dan bathinnya dan khalwatnya yakni di dalam sunyinya dan jalwahnya di dalam tengah orang banyak bersamaan padanya zahir maka dilihatnya di dalam segala kelakuannya itu melainkan maulanya dan tiada berhadap pada menyampaikan segala hajatnya melainkan kepadanya.

Dan hasilah daripada perkataan Sheikh bahawa sa Pati jalan itu:

"Bahawa mengetahui orang yang salik akan bahawa sa Allah subhanahu wa taala itu Tuhan yang melihat atas segala rahsianya dan zahirnya pada tiap-tiap nafas dan tiap-tiap kelakuan"

Maka apabila terlintas baginya hati lintasan yang nafisah/baik atau syaithaniah/jahat maka berkata ia bagi dirinya:

"Bahawa sa Hak subhanahu wa taala itu melihat atas lintasan hati ku ini wahai nafsu maka apa yang terlebih kasih kepada kamu memberi bekas akan hak subhanahu wa taala dan mengikut pada barang yang disuruhnya dan ditegahnya atau mengikut akan kehendak kamu",

Maka orang yang dibahagiakan dia dengan pertolongan dan diberi taufiknya memilih ia dan memberi bekas ia akan hak subhanahu wa taala dengan hatinya atas dirinya dan berpaling ia daripada demikian lintas(an)nafsiah dan syaithaniah itu hingga dijadikan ma'dumah yakni hilang dan seperti tiada ada adanya.

Maka barang siapa melihat akan dia oleh Hak subhanahu wa taala nescaya memberi bekas akan kehendak Tuhannya dan berpaling ia daripada kehendak nafsunya nescaya memelihara Allah akan dia daripada kedatangan percuba(an) dan menyesatkan dia fitnah dan jadilah Allah itu kekasihnya dan ia kekasih Tuhannya seperti yang disebut pada hadis qudsi firman Allah taala:

وَلَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ ، كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا ، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

Sentiasalah hamba Ku mendampingkan diri kepada Ku dengan mengerjakan yang sunat hingga Aku kasih akan dia maka apabila Aku kasih akan dia adalah Aku pendengarnya yang ia dengar dengan dia dan matanya yang ia melihat dengan dia dan lidahnya yang berkata-kata dengan dia dan tangannya yang menampar dengan dia dan kakinya yang berjalan ia atasnya dan jika meminta ia akan Daku nescaya Aku berikan dia dan jika minta berlindung ia akan Daku nescaya Aku lindung akan dia.[1]

Maka orang yang ada ia Hak subhanahu wa taala Wahai saudara ku pendengarnya dan penglihatnya dan lidahnya maka betapa khianat ia di dalam kedatangan percuba(an)  atau betapa dapat menyesatkan dia oleh fitnah?

Maka ijtihad oleh mu Wahai saudara ku di dalam mentashihkan akan makna ini dan sucikan akan ma siwa Allah/barang selain Allah daripada Hati mu nescaya tercapailah kamu akan kata Sayyidi Sheikh Ahmad Ruslan Dimasqi :

Tiada patut engkau yakni daripada memandang akan kami selama ada berkekalan pada kamu tinggal bagi yang lain daripada kami. Maka apabila engkau palingkan akan segala yang lain, kami fanakan dikau daripada diri engkau dan patutlah engkau ketika itu bagi kami dan kami taruhkan akan dikau rahsia kami.



[1] عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ كَرَامَةَ ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ ، حَدَّثَنِي شَرِيكُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، : إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا ، فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَلَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ ، كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا ، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ ، . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ . تَفَرَّدَ بِإِخْرَاجِهِ الْبُخَارِيُّ دُونَ بَقِيَّةِ أَصْحَابِ الْكُتُبِ