Tuesday, 7 May 2013

FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN LIDAH

FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN LIDAH

 

Ketahui oleh mu bahawa sanya Allah taala menjadikan ia akan lidah bagi engkau supaya membaca engkau dengan dia akan Quran dan Haids Nabi sallallahu alaihi wassalam dan segala zikir dan pengetahuan yang memberi manfaat dan supaya mengajar engkau dengan dia akan ilmu yang memberi manfaat dan menyuruh engkau dengan kebajikan dan melarang daripada kelahatan dan memberi nasihat engkau akan orang islam dan menunaikan engkau akan hajat mereka itu dan mendamaikan engkau akan mereka itu dan barang sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah seperti menjadikan Allah taala akan lidah engkau itu kerana maslahat dunia seperti mencari harta dengan segala akad seperti akad jual beli dan akad akad sewa.

Dan Hendaklah syukur engkau atas nikmat lidah ini dengan memeliharanya daripada barang yang tiada di jadikan dia kerananya daripada berkata-kata dengan yang dilarang seperti berdusta* yang menyakiti akan orang lain maka iaitu dosa besar, bersalahan berdusta yang tidak menyakiti maka iaitu dosa kecil kecuali kerana hajat maka tiada ada ia dosa seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

                                                                    لَيْسَ الكَذَّابُ مَنْ يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ

Ertinya tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta.

Bahkan terkadang wajib berdusta seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh yang bersembunyi daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya maka wajib berdusta kerana melepaskannyadaripada di bunuh oleh orang yang zalim itu.

*Dan seperti mengumpat iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika di dengarnya maka iaitu haram dengan ijmak Ulama bahkanberkata kebanyakan mereka itu bahawa sanya mengumpat itu Dosa besar kerana barang yang dating padanya daripada beberapa janji seksa yang bersangatan seperti firman Allah taala:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنْ الظَّنِّ إنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Ertinya Wahai sekelian mereka yang beriman jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka iaitu sangka yang jahat kerana bahawa sanya setengah daripada sangka itu dosa dan jangan kamu mencari dan memereksa aib manusia dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah, adakah suka seorang kamubahawa makan ia akan daging saudaranya pada ketika mati, maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah taala, bahawa sanya Allah taala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang.

Dan teleh menceritakan oleh Imam Baihaqi dan Imam Tabrani dan Abu Sheikh dan Ibni Abi Dunya daripada Jabir dan Abu Saed Radiallahu anhuma telah berkata keduanya bersabda Nabi sallallahu alaihi wassalam :

إياكم والغيبة فإنها أشد من الزنا لأن الرجل يزني فيتوب، فيتوب الله عليه وإن صاحب الغيبة لا يغفر له إلا إذا غفرها صاحبها

Ertinya jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat kerana bahawa sanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina dikatakan bagi Nabi sallallahu alaihi wassalam : betapa ada mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina? Bersabda Nabi sallallahu alaihi wassalam bahawa sanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah taala akan taubatnya dan bahawa sanya yang mengumpat itu tiada di ampunibaginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya.

*Dan  seperti menyalahi janji yang adalah ia salah satu daripada segala alamat munafik, sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Ertinya tanda munafik itu tiga apabila bercerita ia nescaya dusta ia dan apabila menjanjikan ia akan kebaikan nescaya menyalahi ia akan janjinya dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang dipercayai ia padanya itu.

*Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang tiada memberi faedah sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Ertinya setengah daripada keelokan islam sesaorang itu iaitu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat akan dia pada dunia atau akhirat.

*Dan seperti mengadu-ngadu sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

لاَ يَدْخُلُ الجُنَّةَ نَمَّامٌ

Ertinya tidak masuk ke dalam syurga orang yang mengadu-ngadu.

Menceritakan dia oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah radiallahuanh dan sesungguhnya telah ittifak Ulama atas bahawa sanya mengadu-ngadu itu dosa besar iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah yang lain dengan tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi, ada pun memindahkan perkataan dengan tujuan nasihat bagi mereka yang dipindahkan perkataan kepadanya maka wajib ia yang tiada termasuk ia dalam mengadu-ngadu yang dilarang.

Dan ketahui oleh mu bahawa sanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan oleh mu akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya melainkan mengasingkan diri daripada manusia dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat, bersembah oleh Muaz bin Jabal radiallahuanh: wahai Rasulullah berpesan oleh mu akan daku maka mengeluar oleh Nabi sallahu alaihi wa salam akan lidahnya yang mulia dan bersabda ia : tahan oleh mu akan ini, ertinya lidah engkau yang seperti lidah aku ini hendaklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang.

Dan adalah saidina Abu Bakar as Siddiq radiallahuanh memegang ia akan lidahnya dan berkata ia inilah yang mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan.

Berkata oleh Syair ( tukang syair) luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah * tetapi tiada sembuh yang di lukakan lidah.

Dan hendaklah engkau ingat akan bahawanya perkataan yang baik itu mendatangkan pertunjuk bagi segala anggota dan perkataan yang jahat itu menyebabkan akan jahat segala anggota.

Telah menceritakan oleh Abu Saeid Al Khudri radiallahu anh bahawa sanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah dan berkata semuanya baginya: menuntut oleh kami akan diaku dengan nama Allah bahawa engkau betul atas pertunjukkan kerana bahawa sanya engkau jika engkau lurus nescaya kami lurus dan jika engkau bengkuk nescaya kami bengkuk.

Dan berkata oleh Malik bin Dinnar rahimahullah taala apabila melihat engkau akan keras hati pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tertegah rezki engkau maka ketahui oleh mu bahawa sanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada memberi manfaat akan dikau.

Dan ketahui oleh mu bahawa sanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada kuasa menanggungnya.

Sabda Nabi sallahu alaihi wa salam:

يَا مُعَاذُ ! وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ - إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ ؟

 " رَوَاهُ أَحْمَدُ ، وَالتِّرْمِذِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ

Ertinya Wahai Muaz tiada menyembamkan akan manusia atas muka mereka itu atau atas hidung mereka itu melainkan barang yang berkata-kata mereka itudengan dia.

Dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada faedah maka padanya membuat pekerjaan bagi Malaikat kiraman katibin dengan barang yang tiada kebajikan padanya dan mengirim surat kepada Allah taala yang tertulis di dalamnya perkataan yang sia-sia dan membacanya di hadapan Allah taala pada hari kiamat pada ketika haruhara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang.

Sumber drpd kitab Penawar Bagi Hati bagi Sheikh Abdul Qader al Mandili.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment