Tuesday, 7 May 2013

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj.

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj.

Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak yang dengan dia telah bersabda Nabi sallallahu alaihi wa salam:

 

Ertinya berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawa sanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat dan sabda Nabi sallallahu alaihi wa salam:

قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Ertinya apabila mati manusia nescaya putus oleh amalnya melainkan daripada tiga perkara:

1.       Pertama  wakaf

2.       Keduanya Ilmu yang di ambil manfaat dengan dia.

3.       Ketiganya anak yang beriman yang mendoa baginya.

Berkata ibnu Hajar rahimahullah taala: di tulis baginya seumpama segala amal yang baik yang mengerjakan dia oleh anaknya tiada segala amalnya yang jahat-jahat. Intaha…

Demikian lagi menjadi oleh Allah taala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia iaitu bersedap-sedap dengan jimak dan bersuka-suka dengan sekelian anak yang dapat dengan jimak itu yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman Allah taala:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Ertinya bermula harta benda dan sekelian anak itu perhiasan hidup dunia dan firmannya:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ

Ertinya dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak.

Bermula mensyukurkan ini anggota iaitu dengan memelihara daripada yang diharamkan seperti zina dan liwat dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan Isterinya dan Jariahnya dan*

*memelihara daripada yang subhah seperti jimak pada nikah yang bathil jika taklid ia akan yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada nescaya adalah ia haram bukan subhah telah berfirman Allah taala pada ketika memuji akan orang yang beriman yang mendapat kemenangan

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Ertinya dan sekelian yang memelihara mereka itu akan segala faraj kecuali atas sekelian isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan maka bahawa sa mereka itu tiada dicela.

Dan ketahui oleh mu tiada sempurna memelihara faraj itu melainkan dengan memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram di lihat dan memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang subhah dan daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar segala dosa besar  dengan ijmak kemudian daripada kufur dan membunuh orang, telah berfirman Allah taala:

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا  يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا  إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ

Ertinya

Dan mereka yang mengibadahkan mereka itu serta Allah taala akan tuhan yang lain dan tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah taala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu nescaya berjumpa ia akan seksa ( atau akan telaga di dalam api neraka jahannam) di gandakan baginya akan seksa pada hari kiamat dan berkekalan ia padanya dihinakan dia melainkan mereka yang taubat,

dan firman Allah taala:

 

ertinya dan jangan menghampiri kamu akan zina kerana bahawa sanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ertinya sejahat-jahat pekerjaan.

Telah mencerita oleh Imam Bukhari dan imam Muslim daripada ibnul Masuud radiallahu anh berkata ia : bertanya aku akan Rasulullah saw apa dosa yang lebih besar disisi Allah? bersabda ia bahawa engkau jadikan bagi Allah taala akan yang menyengutui dan Allah jua yang menjadikan akan dikau, bersembah Aku : kemudian apa? Bersabda ia bahawa engkau bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau. Bersembah Aku: kemudian apa? Bersabda Nabi saw  bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang hamper dengan rumah engkau.

Wallahuaalam.

Kitab penawar bagi hati bagi Sheikh Abdul kadir al Mandili..

No comments:

Post a Comment