Thursday 20 March 2014

Maksiat

Maksiat:

Satu kesalahan jika dilihat pada dirinya, tetapi bila dilihat daripada pihak datangnya dan kesannya yang membawa kebaikan itu terlebih baik seperti seorang perempuan yang di kenali dengan al Juhanniah dimana taubatnya di sebut Nabi saw mampu menghapuskan dosa 70 orang drpd ahli madinah.
Mafhum hadith……..

Sedikit sarapan pagi ni buat diri hamba yang jahil lagi bebal, semoga Allah kurniakan kekuatan taat buat diri ku dan muslimin sekelian.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalam hikam ibnu Athaillah rahimahullah :

معصية أورثت ذلاً وافتقاراً خير من طاعة أورثت عزاً واستكباراً
Ertinya: maksiat yang mempusakai ia akan kehinaan dan iftiqar/berkehendak keampunan Allah, (maka keluar hamba itu daripada dirinya dan kembalilah ia kepada tuhannya) terlebih baik daripada taat yang mempusakai ia akan kehinaan dan kebesaran (maka keluarlah hamba itu daripada sifat ubudiah kepada mendakwa sifat rububiah) maka inilah(maksiat yang mempusakai ia akan kehinaan dan iftiqar) iaitu maksiat yang mempusakakan sifat ubudiah dan iaitu terlebih mulia sifat kehambaan.

Syarah oleh Tok ku:
Kesimpulannya : bahawa sanya tiada diperoleh kebajikan dalam taat yang melazimkan daripadanya barang yag membinasakan sifat ubudiah kerana bahawa sanya membathalkan akan dia seperti yang tiada keburukan daripada maksiat yang melazimkan akan hamba itu sifat ubudiah kerana bahawa sanya ia menghapuskan kepada maksiat.

Dan kata Sayyid Abi Madyan ra. Bermula inkisar/sedih hati orang yang maksiat itu terlebih baik daripada takabbur orang yang taat.
Maka apabila berdosa hamba maka mempusakai akan dia oleh dosanya kehinaan dan iftiqar maka adalah ia hamper kepada tuhan yang bersifat Ghafar dan apabila taat ia maka mempusakai akan dia taatnya kemulian dan kebesaran maka adalah ia hamper kepada api neraka.
Maka inilah iktibar/pengajaran drpd maksiat yang mempusakai hampir itu terlebih baik daripada taat yang mempusakai jauh.

Dan barang siapa berdosa maka hendaklah dia minta ampun maka bahawa sa minta ampun itu adalah ia menyentosakan daripada Azab neraka.

Maka tersebut dalam hadith Dailami ra.

Bermula hamba itu sentosa ia daripada azab Allah iaitu barang yang meminta ampun ia kepadaNya.

Dan kata '3Arsyi adalah sheikh al-Mur'3asyi ra. Memuliakan orang yang derhaka terlebih banyak daripada memuliakan orang yang kebaktian maka dikata orang baginya maka katanya bahawa sa zahir bagi ku daripada orang yang taat itu memuliakan dirinya dan takabbur pada taatnya dan daripada orang yang maksiat itu menghinakan dirinya dan ihtikarnya maka Aku mengerjakan dengan sekira-kira barang yang dalam bathinnya.

Dan cetra: Sya3'bi daripada Kholid bin Aiyyub katanya: bahawa sa seorang lelaki adalah ia daripada bani Israeil dikata baginya khali'3e bani israeil kerana banyak pasidnya maka lalu ia dengan seorang daripada bani israeil dikata baginya 3abid bani israeil, diatas kapala 3abid itu awan yang menaungi dia maka kata Khali3e dalam dirinya, Aku Khali3e bani israeil dan ini 3abid bani israeil maka jikalau aku duduk kepadanya mudah2an Allah memberi rahmat akan daku dengan sebabnya maka duduk ia kepadanya maka kata 3abid di dalam dirinya Aku 3abid bani israeil dan ini Khali3e bani israeil duduk ia kepada aku memeliharakan diriku daripadanya maka katanya berdirilah engkau daripada ku maka diwahyukan Allah kepada Nabi demikian zaman itu suruh oleh mu keduanya maka memulai keduanya amal maka sa nya telah Aku ampunkan bagi Khali3e dan kebinasaan amal 3abid maka berpalinglah awan itu di atas kepala Khali3e.

Kata Harith al-Muhasibi dan hanya sungguhnya yang dikehendaki Allah subhanahu wa taala daripada segala hambanya itu hati mereka itu maka adalah anggota mereka itu mengikut bagi hati mereka itu.

Dan ketahui oleh mu bahawa sa jikalau engkau lihat kepada ta'thir asbab yang terbit daripada mu dan engkau lihat akan dia bagi mu dan berdiri engkau sertanya maka adalah demikian syurga daripada mu dan jikalau engkau tilik kepada segala af3al daripada sekira-kira yang berbuat dia maka engkau dapat tauhid perbuatan jak taala yang amat kuasa maka bahawa hak taala itu wahid dan tiada atasnya dalam hakkiah zaid daripada sekira-kira ia jua dan iaitu atas tiap-tiap satu kuasa maka maha suci yang memberi nikmat atas segala wujud dengan menjadikan mereka itu daripada 3adam dan kurnia mereka itu dalam wujud mereka itu hingga selama-lamanya.

wallahuaalam.

Redha dgn Qadha Allah

Redha dengan Qadha Allah :

Sedikit sarapan pagi yang berkat ini buat hamba yang jahil lagi bebal, semoga Allah memberikan kekuatan atas Hamba dan muslimin sekelian bagi menerimanya dengan hati yang tulus ikhlas.
Amiin.

بسم الله الرحمن الرحيم

Qadha dan Qadar iaitu satu daripada rukun imam yang enam.

Kewajiban menerima oleh hati kita dengan qadha dan qadar Allah ini di ijmak ulama atasnya dengan dalil mutawatir sekalipun ada sesetengah mereka yang menapikan dia.

kata Imam al-Ghazali Rahimahullah dalam Minhajul Abidin:

Redha dengan qadha iaitu meninggalkan benci.
Benci iaitu menyebutkan selain barang yang dihukumkan oleh Allah dengan bahawa barang yang di sebutkan itu terlebih utama baginya dan terlebih baginya pada barang yang tiada di yakinkan binasanya

*spt sesaorang mengatakan kaya itu lebih baik baginya tanpa di ketahuikan kebinasaannya sedangkan Allah menentukan dia hidup dalam kemiskinan maka menyebut-nyebutkan kaya atas dirinya itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.

*spt hidup dalam aman itu keinginan dia tapi Allah tentukan dia dengan ketiadaan aman maka menyebut-nyebut ia dalam hatinya akan ingin aman padahal melawani ia akan kehendak Allah itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.

*spt merungut atas kehilangan sesuatu pada hal Allah menghendakinya maka melawani ia akan kehendak Allah itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.
Dan umpamanya.

Berkata guru-guru kami: yang di qadhakan itu ada 4:
1. Nikmat
2. Kepayahan
3. Kebaikan
4. Kejahatan.

Maka
Nikmat itu: wajib redha padanya qadha(hokum spt senang dan mewah dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad dapat kesenangan dll) dan wajib atasnya syukur daripada sekira-kira bahawa sanya ia nikmat.

Kepayahan: wajib redha padanya dengan hukum spt susah dan sakit dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad mendapat kepayahan dll) dan wajib atasnya sabar drpd sekira-kira bahawa ia kepayahan.

Kebaikan/kebajikan : wajib redha padanya dengan qadha (spt murah rezeki dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad mendapat rezeki dll) dan wajib atasnya menyebutkan kebajikan drpd sekira-kira diberikan dia taufik Allah taala bagi kebajikan itu.

Kejahatan : wajib atasnya redha dengan qadha spt susah dan sakit dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Fulan berbuat maksiat dll) dan wajib atasnya Sabar daripada/meninggalkannya daripada sekira-kira bahawa di hukumkan/tentukan dia tiada redha dengan diri kejahatan.

Faedah redha terbahagi kepada 2:

1. Bahawa dapat engkau sempurnakan ibadah dengan sempurna kerana jika tiada kita redha dengan qadha maka adalah kita didalam duka cita yang berpanjangan dan sebok hati kita dengan memikirnya serta berkata-kata perkataan yang tiada memberi faedah bahkan terkadang membawa kepada perkataan yang memberi mudharat bagi iman spt berkata sesaorang: mengapa/macam mana boleh jadi macam ini, kenapa kena pada kita dll maka selama-lamanya dalam berkata-berkata yang menyusahkan hati bagi sempurna ibadah. Benar lah perkataan Syaqiq al-Balkhi rahimahullah sekira-kira berkata ia: menyesalkan perkara yang telah lalu itu dan mentadbirkan yang lagi akan datang itu sa nya menghilangkan bagi berkat umur mu.

2. Terpelihara daripada marah dan murka Allah azza wa jalla .

عَنْ أَنَسٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : " إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ ، مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ ، وَإِنَّ اللَّهَ - عَزَّ وَجَلَّ - إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا ، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ " . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ .
Drpd Anas radiallahuanh berkata ia, bersabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : bahawa besarnya balasan itu menyertai besarnya ujian dan Bahawa Allah azza wa Jalla apabila kasih akan kaum itu nescaya di ujinya maka barang siapa yang redha maka bagi redha dan barang siapa marah maka baginya marah. Riwayat Tarmizi dan ibni Majah.

قال ابن مسعود - رضي الله عنه -: "إن الله تعالى بقسطه وعلمه جعل الروح والفرح في اليقين والرضا، وجعل الهمّ والحزن في الشك والسخط " .
Berkata Ibnu Mas'ud Radiallahuanh: bahawa Allah taala dengan keadilanNya dan IlmuNya menjadikan kesukaan dan kelepasan itu dalam Yaqin dan Redha dan menjadi Allah akan duka cita dan kesedihan itu dalam keraguan dan kemarahan.

وقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: "ذاق حلاوة الإيمان من رضي بالله رباً وبالإسلام ديناً ومحمد رسولاً "
Sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : dirasakan kemanisan iman itu oleh mereka yang redha dengan Allah sebagai tuhan dan islam agamanya dan Muhammad itu Rasul.

Ya Allah jadikan daku dan muslimin sekelian daripada mereka yang redha dengan qadha yang terdahulu Ilmu Mu atas kami yang sangat daif dalam mengimani qadha Mu

Aurat

Hukum Menutup Aurat dalam Islam.

Sedikit peringatan buat diri di Pagi yang berkat ini semoga saya dan sahabat2 sekelian sentiasa dalam rahmat Allah yang berkekalan hingga Hari yang tiada memberi manfaat harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang dating bertemu Tuhannya dengan hati yang sejahtera.
Harap maaf kalau ada salah silap, hamba nih orang paling banyak buat silap serta banyak kekurangan.
بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

Menutup Aurat daripada pandangan mata ajnabi iaitu wajib dengan Ijmak berdalilkan firman Allah seperti di atas, adapun diri(kawasan yang dinamakan ) aurat yang wajib ditutup maka berlaku perselisihan Ulama padanya yang kita bawa pembahagian asalnya kepada dua:
1. Aurat di-dalam solat.
2. Aurat di-luar solat.

Adapun Aurat di dalam solat maka berkata Imam al-Shafei Rahimahullah dalam kitab al-Ummnya:
قال الشافعي: وعورة الرجل ما دون سرته إلى ركبتيه ليس سرته ولا ركبتاه من عورته وعلى المرأة أن تغطي في الصلاة كل بدنها ما عدا كفها ووجهها

Mazhab >>> Shafe'i: Aurat lelaki iaitu kawasan antara pusat dan lutut yang bukanlah pusat dan dua lututnya daripada Aurat dan wajib atas perempuan bahawa menutup sekelian badannya dalam solat selain dua tapak tangannya dan mukanya.

Mazhab >>>Hanbali seperti di sebut dalam kitab al-Furu'. Kitab al-solat, bab tutup Aurat dan hokum pakaian ms 328. Dan kitab kasyaful Qana' 'an Matn al-Iqna' dalam Kitab al-solat, bab tutup Aurat dan hokum pakaian.

Mazhab >>> Maliki seperti disebut dalam kitab Manhl al-Jalil fi Syarih Al-Khalil ms 222.

Mazhab>>> Hanafi sama seperti lainnya kecuali dua kakinya tak wajib. Kitab Bahr al-Raik syarah Kanju al-Daqaeiq ms 285 jld satu.

Berkata Imam Nawawi dalam majmuknya kitab solat bab tutup aurat:
يجب ستر العورة للصلاة لما روي عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال
: لا يقبل الله صلاة حائض إلا بخمار

Wajib menutup aurat bagi soloat kerana hadis yang dating ia lagi riawayat 'Aishah رضي الله عنها bahawa Nabi ص bersabda: tidak menerima Allah akan solat orang yang haid(kinayah sudah baligh) melainkan dengan khimar(pakaian yang menutup tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan). Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan berkata ia hadith hasan dan meriwayat al-Hakim dalam mustadraknya hadth sahih atas syarat muslim dan beberapa takhrij lagi yang tidak hamba bawak datang disini.

Adapun Aurat Perempuan di Luar Solat maka Firman Allah taala:

قَوْلِهِ تَعَالَى :يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar dari rumah mereka itu); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

Firman Allah yang bermaksud>>> melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya<<<<

1) Iaitu dengan makna: bahawa menutup mereka itu perempuan yang merdeka akan sekelian tubuhnya melainkan mata yang satu sebelah kiri.
Tafsiran ini disebut oleh Imam Jarir at-Tabari dalam tafsir akan perkataan: Ibnu Abbas dan Ubaidah daripada Ibni Sirrin dan Muhammad.

2) Iaitu dengan makna: bahawa menutup sekelian tubuh mereka.
Tafsiran Ibni Abbas dan Qatadah dan Mujahid dan ,

Mazhab as-Shafe'i:
Wajib tutup Muka dan Tapak tangan dalam solat tidak diluarnya, apa yang disebutkan dalam al-Umm jld 2/85-86 iaitu kalam as-Shafe'i bab aurat dalam solat.

Adapun ashab/pendokong mazhab as-Shafe'I maka ada padanya huraian:
1. Harus buka muka.
2. Wajib tutup muka dan tapak tangan tanpa menghiraukan huraian dan iaitu yang muktamad disisi Ulama mutaakhirin/kemudian daripada mereka itu.

Rujukan : Nihayah al-Muhtaj jld 6/185-187, dan Mughni al- Muhtaj jld 3/128-129, dan al-Sirajul –alWahhaj ms 360, dan Hasyiah al-Bujirmi 'ala syarh Ibni al-Qasim 'ala Matn Abi Syuja' jld 2/99-100, dan Raudah al-Talibin jld 7/21 dan al-Hawi al-Kabir jld 2 167-170, dan Hasyiah al-Syarqawi 'Ala Tuhfat al-Tullab jld1/175, dan al-Majmuk jld 3/167-169 atas bahawa dalam solat, dan lainnya.

Mazhab Hanafi>> ada dua perkataan:

1. Perempuan sekeliannya aurat melainkan Muka dan dua tangannya dalam solat dan di luar solat dan bahawa suaranya aurat dan berselisih mereka itu pada bab lengan dan kaki dan perut tapak tangan ada setengah mereka yang mengatakan aurat dalam solat dan tidak aurat diluar solat dan setengah yang lainnya mengatakan sebaliknya melainkan sekelian mereka itu mengambil pendekatan kuat bahawa muka perempuan haram dilihat sekalipun bukan ayart disisi Hanafiah bahkan sepakat mereka mewajibkan akan tutup muka bila berlaku fitnah melainkan perempuan tua yang sudah tak di syahwatkan lagi.
Rujukan kitab: Bada'ie al-Soni' jld 5 ms 121-122, al-Ikhtiar jld 1 ms 46, Fath al-Qadir jld 1 ms 258-260, al-Bahr al-Raiq jld 1 ms 284-285, Radd al-Muhktar jld 405-406, 'Eila al-Sunan jld 2 ms 154-155 dan lainnya.

2. Lazim tutup muka disisi ajnabi tanpa kait dengan fitnah dan tidak lainnya maknanya wajib tutup muka:
Rujukan ahkam al-Quran bagi al-Jasos jld 5 ms 245, Ruh al-Maani jld 22 ms 89 dan Irsyad al-aql jld 7 ms115, Tafsir al-Nasafi jld 3/79 , dan Ruh al-Bayan jld 7/240 dan lainnya.

Adapun ulama Mutaakhirun Hanafiah sepakat mereka itu atas wajib tutup muka perempuan sama ada dikatakan muka itu aurat atau tidak aurat kerana muafakat mereka atas wajib tutup semasa berlaku fitnah. Rujukan Faidul al-Bari bagi al-kasymiri jld 1/254 dan al-Bahr al-Raiq jld 1/284 dan al-Fitan bagi albayanuni ms 196-197 dan Fasl al-Khitab ms 55 dan Audah al-hijab ms 421-423.

Mazhab Maliki: ada dua perkataan

1. Tubuh perempuan semuanya aurat melainkan muka dan tapak tangan dalam solat dan di luar solat sewaktu aman fitnah, adaoun jika takut fitnah wajib tutup keduanya dan setengah mereka itu menentukan kewajiban tersebut ke atas peremouan yang muda yang cantik rupa paras dan setengah mereka itu mewajibkan atas lelaki menutup pandangannya ini semua disisi Malikiah serta selain kafir. Rujukan al-Abd al-Waghd bagi ibni Arabi jld 3/1578, dan al-Qawanin al-Fekhiyah ms 41, dan Tafsir al-Qurtubi jld 14/234

Sekelian yang mewajibkan tutup muka semata2 iaitu al-Tamhid jld 6/363-369, dan al-fawakih al-dawani jld 1/152, dan Hasyiah al='Adawi ala Syarh al-Risalah jld 1/150, dan Saalik al-Dilalah 12-13, dan Manh al-Jalil jld 1/222, dan Mawahib al-Jalil jld 1/499, dan Hasyiah al-Dusuki jld 1/214, dan alQawanin al-Fikhiah ms 41, dan Bulghat al-Saalik jld 1/219-220 dan lainnya.

2. Wajib tutup muka perempuan disisi ajnabi semata2 tanpa huraian. Rujukan Ahkam al-Quran jld 12/228, dan 'Aridh al-Ahwazi jld 4/56, dan Hasyiah al-Kasaaf bagi ibni Munir jld 3/76, dan tafsir ibni Jazzi jld 3/144, dan al-Bahr al-Muhith jld 7/250, dan Tafsir al-Miraghni jld 2/93 dan Adhwa' al-Bayan jld 6/586, dan al-Maratul al-Muslimah bagi wahbi albani 204-205 dan 'Awdah al-Hijab jld 3/423-426 dan lainnya.

Adapun mazhab maka lebih kurang seperti mazhab yang lain bahkan ada sesetengah tempat lebih ketat hokum tutup muka dan tapak tangan.
Hamba rasa cukup sebagai pegangan bagi mereka yang beriman dan menjaga keselamatan diri mereka daripada bahaya fitnah yang sangat berleluasa seperti negara kita Malaysia yang tercinta.

semoga kita dan kaum muslimin sekelian berada dalam Rahmat Allah di dunia dan Akhirat.