Sunday, 3 February 2013

wasiat

WASIAT.


Dalil-dalil berkaitannya:

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ .

Firman Allah S.W.T.:
"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."
Surah al baqarah ayat 180.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ "
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya."
Hadith Riwayat Imam Bukhari.


عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ

Daripada Said bin Malik berkata ia: telah datang akan daku Nabi saw pada hal menziarahi ia pada waktu sakit ku maka aku berkata, Wahai Rasulullah Aku berwasiat dengan harta ku sekeliannya, brkata Nabi saw tak boleh, aku berkata lagi maka setengah, bersabda Nabi saw tak boleh, berkata aku maka satu pertiga, bersabda Nabi saw satu pertiga dan satu pertiga tuh banyak dah, sesungguhnya engkau tinggalkan akan waris engakau hal keadaannya kaya itu terlebih baik daripada bahawa engkau tinggalkan mereka itu dalam keadaan miskin pada hal meminta-minta mereka itu akan manusia.

Hadith riwayat imam Bukhari dan Muslim.


Wasiat

Wasiat ertinya pengakuan seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat yang dapat di sempurnakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan pada sisi syarak selepas dia mati,  sama ada secara lafzi/ tuturan atau kitabi/tulisan.


Surat Perlantikan wasi(penerima wasiat) bagi memudahkan proses tuntutan dan pembahagian harta pusaka yang berkuatkuasa selepas kematian. Transaksi yang dilakukan semasa hidup pewasiat tidak akan menjejaskan wasiat walaupun melibatkan harta yang disebut di dalam wasiat.


Oleh itu, wasiat boleh di ubah seberapa banyak kali yang dikehendaki oleh pewasiat selagi mana dia masih hidup.

Wasiat akan memberi kuasa kepada wasi ke atas harta yang ada atas milikan si pewasiat pada masa kematiannya.

Wasi yang di lantik akan mentadbir harta pusaka untuk mendapatkan surat probate, mendapatkan harta, mengumpul harta, membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat.

 

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM


Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1.  Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.


2.  Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.


3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4.  Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.


5.  Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.


6.  Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.


Keperluan dan Kelebihan Wasiat

1.       Boleh menyerah dengan jelas kepada yang hak.

 

Amanah suatu perkara yang sangat di tuntut oleh islam bagi yang menerima amanah maka wasiat satu amanah yang antaranya memberi kuasa atas pemegangnya untuk membahagikan harta secara jelas samada kepada waris atau bukan waris, bahkan kita dapat menyempurnakan amanat-amanat daripada pesanan terakhir kita kepada orang yang ditinggalkan.

 

2.       Wasiat selaku Pesanan Terakhir

 

Wasiat sudah tentu dalamnya terkandung amanat daripada pewasiat ketika dibacakan kepada waris-waris.

Kitab maklum bahawa setiap pesanan yang baik itu sudah tentunya akan memberi kesan yang terbaik terhadap orang yang ditinggalkan. Pada hal kita memang perlukan doa-doa dari anak yang soleh untuk bekalan kita di alam Barzah yang lebih-lebih lagi di alam Akhirat. Hadith Nabi saw dengan jelas menunjukkan perlunya seperti sabda Nabi saw :

daripada Abi Hurairah ra Sabda Nabi saw:

إذَا مَاتَ الْمُسْلِمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ أَوْ عِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ أَيْ مُسْلِمٌ يَدْعُو لَهُ

Terputus amal mereka yang telah mati kecuali antara 3 perkara yang anda ada iaitu anak-anak yang soleh. Mintalah mereka untuk menjadi mukmin soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya.

 

3.       Kepentingan Wasiat:

Kematian suatu perkara mesti yang tidak seorang boleh menolaknya maka siapa yang sudah tahu tarikh kematiannya?

 

Tahukah kita bahawa hutang wajib di bayar dan bagaimana kalau wasiat tidak di buat sedangkan kematian bukan rancangan kita?

 

Tidakkah kita sering dengar perselisihan keluarga kerap berlaku selepas kematian sesaorang berpunca daripada ketiadaan wasiat pembahagian harat milik kita?

 

 

Maka jelaslah bahawa surat wasiat yang menyatakan sekelian permasaalahan seperti di atas insya Allah dapat di selesaikan dengan baik dan memenuhi tuntutan syara' yang menyuruh kita meninggalkan wasiat yang memberi faedah besar.

 

Dengan adanya Surat wasiat maka waris-waris boleh berbuat penyempurnaan apa-apa mengenai hutang-hutang kita dan apa suatu yang ternyata dalam surat wasiat tersebut.

 

Allah.

 

Indahnya seorang muslim yang hidup dalam islam.

 

Wallahuaalam.

 

No comments:

Post a Comment