Sunday, 3 February 2013

Hibah

Hibah dalam islam



.) الْهِبَةُ ) أَيْ حَقِيقَتُهَا شَرْعًا ( تَمْلِيكٌ ) أَيْ لِذَاتِ جِنْسٍ يَشْمَلُ الْهِبَةَ وَالْبَيْعَ وَنَحْوَهُ ( بِلَا عِوَضٍ ) فَصْلٌ مُخْرِجٌ الْبَيْعَ وَنَحْوَهُ ، أَيْ لِوَجْهِ الْمُعْطَى بِالْفَتْحِ فَقَطْ أَوْ لَهُ وَلِثَوَابِ الْآخِرَةِ مَعًا بِقَرِينَةِ مَا بَعْدَهُ فَصْلٌ مُخْرِجٌ الصَّدَقَةَ ( وَ ) التَّمْلِيكُ لِذَاتٍ بِلَا عِوَضٍ ( لِثَوَابِ ) اللَّهِ تَعَالَى فِي الدَّارِ ( الْآخِرَةِ صَدَقَةٌ[1]

 

HIBAH DI SUDUT ISTILAH

Hibah di sudut istilah syara' ialah : Memberi milik akan benda kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian (al-Jurjaani).

Atau :Hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian.

Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : 'Akad yang memberi faedah pemilikan 'ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.

Jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat, sunat menyamakan pemberian antara anak. Melebihkan pemberian kepada seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak adalah perkara yang wajib. 

Dalil-Dalil

HIBAH DALAM ISLAM

Hibah dengan maksud umum itu adalah disukai, disaran dan digalakkan dengan dalil al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Ijma'.

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

1. Al-Qur'an : Surah An-Nisa' ayat 4 : "dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Selepas mas kahwin yang di wajib diserahkan kepada para isteri, lalu isteri-isteri itu 'memberi' kembali dengan rela hati, maka pemberian itu bolehlah dimakankan dan halal bagi suami mengguna-pakai pemberian isteri-isteri itu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لَا تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ

2. Hadis : "Wahai wanita muslimat, jangan memandang hina seorang jiran akan pemberian seorang jiran yang lain, walau pun pemberian itu hanya 'firsina syat'." – al-Bukhori dan Muslim. 'Firsina syat' iaitu kaki kambing yang tidak berdaging."


Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ دُعِيتُ إِلَى ذِرَاعٍ أَوْ كُرَاعٍ لَأَجَبْتُ وَلَوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ ذِرَاعٌ أَوْ كُرَاعٌ لَقَبِلْتُ

"Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya." – hadith riwayat Imam Bukhari.

Permasaalahan HIBAH

Hibah.

Kalimah ini kurang di ketengahkan dalam fikiran dan ingatan masyarakat Islam. Untuk kefahaman masyarakat, istilah yang jarang kedengaran perlulah disebut-sebut dalam majlis rasmi dan tidak rasmi sehinggalah istilah tersebut menjadi sebutan-sebutan di dalam jiwa masyarakat. Tetapi Jika  'pelaksanaan' program hibah ini dan istilah yang belum difahami di bawa ketengah masyarakat insya Allah berkemumkinan akan di fahami dan di amalikan. Namun, kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang teratur serta displin-displin penyampaian yang kemudiannya disusuli dengan tindakan dirasakan mumkin berkesan dan tentu akan dapat diamalkan dengan baik diiringi dengan kefahaman jelas berkaitannya.

Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat Islam sekalipun ianya amat besar faedahnya. Adapun  zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain sudah menjadi satu kebiasaan yang sudah masuk taraf penghayatannya. Oleh itu sangatlah wajar perbicaraan tentang Hibah ini dihidupkan dan di ketengahkan kepada masyarakat Islam semoga penghayatannya benar berlaku .

Maka Hibah yang hendak di lakukan perlulah di ketahui sekelian tuntutan berkaitannya agar perlaksanaannya memenuhi tuntutan syar'ie.

Syarat Hibah dan rukunnya.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

(i) Pemberi hibah (al-Wahib).

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu).

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

Ia hendaklah barang atau harta yang halal.

Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.

Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

Ia boleh diserah milikkan.

Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti
menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan
seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut
mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar
(seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi "Aku berikan barang ini kepadamu" atau secara kinayah seperti kata pemberi "Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu" atau "Aku jadikan barang ini untukmu".

Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti "aku terima", "aku redha" dan sebagainya.

Kesimpulannya bahawa mana-mana sesuatu hibah itu dikira sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan ('iwad). Seperti mana yang disebutkan dalam kitab-kitab mazhab Syafie, manakala kewajiban penerimaan (qabul) itu hendaklah ia menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah.  

 

Wallahuaalam.

 

 

 

 



[1] الكتب » منح الجليل شرح مختصر خليل » باب في بيان الهبة وأحكامها وما يتعلق بها

No comments:

Post a Comment