Sunday, 3 February 2013

Rezeki halal membawa berkat

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فهو المهتدي، ومن يضلل فلن تجد له وليًّا مرشدًا.

وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين.

اما بعد: 

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران: 102].

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً} [النساء: 1].

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً} [الأحزاب: 70-71].

:
Perbincangan rezeki dari sudut iman dengan dia iaitu satu juzuk yang penting dari pandangan akidah pada sisi Allah, maka Allah subhanahu wa taala telah menjamin bagi setiap makhluknya dengan rezki, baik sebelum di lahirkan kedunia iaitu semasa dia berada di dalam kandungan ibunya apa lagi selepas dia di nyata/zahirkan di dunia, sama ada dianya muslim atau kafir, sama ada dia besar atau kecil, sama ada dianya lelaki atau perempuan, manusia atau Jin, yang terbang atau haiwan yang melata, yang kuat atau yang lemah, yang hebat atau yang hina.

 Firman Allah dalam surah Hud ayat 6: 
{وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ} [هود: 6]
Dan tidak ada daripada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan atas Allah ialah rezekinya dan mengetahui Allah tempat tinggalnya dan tempat penyimpananya, semuanya tertulis dalam kitab yang nyata( luh mahfuz).

والرزق لغةً: العطاء دنيويًّا كان أو أخرويًّا.
Rezeki pada bahasanya iaitu pemberian sama ada perkara kedunian atau  akhirat. Maka boleh di katakan:
Rezeki yang bangsa dunia dan rezeki yang bangsa akhirat.

والرزق أيضًا ما يصل إلى الجوف ويتغذى به.
Juga boleh di kata: rezeki iaitu suatu yang sampai kepada perut dan berkenyang dengan dia.

Adapun makna Rezeki pada Isthilah/syar'inya:  maka 

قال الجرجاني: الرزق اسم لما يسوقه الله إلى الحيوان فيأكله، فيكون متناولا للحلال والحرام.
Berkata Al Jurjani dalam Mukjam At Tarifaatnya: rezeki iaitu nama bagi sesuatu yang menuang akan dia oleh Allah kepada hayawan maka memakan ia.
Maka adalah ianya yang mencapai bagi halal dan haram.

Dalam Alquran,
 Allah telah mendatangkan bicara rezeki ini sebanyak 123 lafaz rezeki yang mana 62 lafaznya datang dengan sigha feel( kata kerja yang telah lalu ) seperti Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 88.

 {وكلوا مما رزقكم الله حلالا طيبا} 
Dan makanlah sekelian kamu akan sebahagian daripada barang yang telah merezekikan kamu oleh Allah akan yang halal lagi baik.

Dan datang lafaz Rezeki dengan sighah Isim( kata nama) sebanyak 61 tempat seprti firman Allah dalam Surah al Bqarah ayat 60:

كلوا واشربوا من رزق الله} (البقرة:60
Makanlah dan minumlah sekelian kamu datipada rezeki Allah.

Dan dengan rezeki yang diberikan kita sebagai Mukmin yang yakin dengan Pemberian Allah ini di ibadahkan kita dengan mensyukurkan dia seperti firman Allah:
كلوا من رزق ربكم واشكرواله
Makanlah sekelian kamu daripada rezeki Tuhan kamu dan bersyukur sekelian kamu bagiNya.

Menghendaki dan menjadi  Allah akan hambanya berhajat kepada rezeki supaya membuka Allah bagi hambanya pintu munajat maka tiap2 berhajat mereka itu kepada rezeki nescaya munajat mereka itu kepada Allah.
Maka orang beriman faham bahawa Allah jadikan rezeki jalan mendekatkan dirinya kepada Allah.

Maka jadi mulia orang yang beriman dengan melazimkan munajat kepada Allah kerana munajat itu antara semulia mulia pekerjaan hamba terhadap Allah.

Ada sesaorang lelaki berjumpa Sheikh Abi Hasan As Syazili maka bertanya ia wahai Abi Hasan, ajari daku kimia buat emas maka kata Sheikh tiap kali kamu mengambil Wudhu maka iringinya dengan solat sunat dua rekaat selama setahun maka memperbuat lelaki itu seperti kata Sheikh maka selepas setahun maka lelaki tadi mendatangi Sheikh maka kata sheikh ambil baldi ini dan bawa keluar air periginya, setelah di bawa keluar baldi dari perigi tadi maka dilihat bahawa baldi tadi dipenuhi emas maka menuang kembali lelaki tadi akan emas tersebut kedalam perigi semula seraya berkata ia Allah lebih hebat daripada segala galanya.
Tersebut dalam Kitab Risalah Al Muawwanah.

البركة :
والبركة ثبوت الخير الإلهي في الشئ، قال تعالى: لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض،
Berkat iaitu bertambah kebajikan ilahi pada sesuatu.
Firman Allah taala: nescaya kami bukakan atas mereka itu keberkatan drpd langit dan Bumi.

Telah mencipta Allah akan makhluknya dan telah membahagi2 Allah akan sekelian rezeki mereka itu dan yang mengkuatkan mereka itu.
Tidak ada sesaorang pun yang boleh mengangkatkan makanan kemulutnya melainkan bahawa Allah sudah menentukannya pada azali lagi, subhanahu wa taala yang memberi makan burung yang berterbangan dan ikan yang di dalam kegelapan air, dan maha suci Allah Tuhan yang memberi makan ular yang di dalam lubangnya dan yang memberi makan ulat yang di dalam batu, Maha suci Allah yang tak pernah lupa sekalipun kita sering lupa maka Allah tetap menjamin rezeki dan yang memadakan reseki bagu sekelian Hambanya.

Maka apabila menghendaki Allah hambanya akan kebaikan nescaya memberkati Allah bagi Hambanya pada rezekinya dan pada hartanya dan pada keluarganya dan di berkati pada sekelian pekerjaannya dan kelakuannya yang tidak ada semua itu melainkan nikmat yang sangat besar daripada Allah yang melimpahkan kurnianya yang daripadanya berkat dan daripadaNya Sekelian kebaikan dan daripadaNya sekelian Rahmat yang terbuka sekelian pintu kebaikan ini maka tiada seorang pun yang boleh menutupnya dan tidak ditutup akan seklian pintu ini maka tiada seorang yang boleh membukannya melainkan Allan yang sangat Kuasa dan sangat bijak sana.

Maka antara sebab sebab menarikan berkat ini:

Iman dan taqwa kepada Allah seperti mana Firmannya:

: {وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ} [الأعراف:96]، ويتضح لنا من قول الله تعالى أن الإنسان المؤمن التقي سوف يشعر بالبركة في حياته وفي زوجته وفي أولاده .
Jikalau bahawa ahli qaryah itu beriman dan bertaqwa nescaya kami bukakan/ limpahkan atas mereka itu  keberkatan daripada langit dan bumi, surah al aaraf ayat 96.
Nyata dan terang bagi kita daripada firman Allah di atas bahawa Manusia yang beriman selagi akan merasa keberkatan dalam kehidupannya dan pada isterinya dan pada anak2nya.

2) Silatur rahim.

أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Anas Bin Malik ra: bahawa Rasulullah saw bersabda barang siapa suka bahawa rezekinya di luaskan dan di panjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silatur rahim..

Hadis riwayat imam Muslim.



4 ـ الاجتماع على الطعام وبعض الأطعمة كما أخبر النبي صلى الله عليه وآله وسلم: [[كلوا جميعًا 
ولا تفرقوا فإن البركة في الجماعة, فطعام الواحد يكفي لاثنين وطعام الاثنين يكفي الثلاثة والأربعة]] وكذلك هناك بعض أنواع الطعام فيها بركة مثل اللبن والعسل والزيت والتمر .







Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment