Hasad.
Ketahui oleh mu bahawa Hasad itu membangkit lima perkara:
1. Membinasakan Taatmu. Sabda Nabi saw :
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ : " إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ ; فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ " . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ .
Drpd Abi Hurairah ra drpd Nabi saw bersabda ia takut oleh mu dan akan hasad maka bahawa hasad memakan kebajikan kamu seperti mana memakan oleh Api akan kayu api.
Hadis riwayat Abi Daud.
2. Mengerjakan maksiat dan kejahatan atas barang yang dikata oleh Wahab bin Munabbih rahimahullah: bagi orang hasad itu tiga alamat:
Menyatakan kasih/suka apabila melihatnya dan di umpatnya apabila ghaib ia.
Dan suka dengan kedatangan bala apabila turun( apabila mengana orang yang di dengki).
Kata Sheikh ku…. Dan memada akan daku bahawa sa Allah taala menyuruh dengan berlindung drpd kejahatan hasad dengan firmannya:
Dan drpd kejahatan orang yang hasad.
Seperti barang yang di suruh minta berlindung drpd Shaithan dan drpd sihir hingga bahawa sanya tiada yang menolong dan tempat berlindungmelainkan dengan Allah tuhan yang memerintah sekelian Alam.
3. Penat dan duka cita drpd ketiadaan faedah tetapi sertanya tiap2 dosa dan maksiat.
Seperti kata Ibnu Simak rahimahullah: tiada aku lihat orang zalim yang terlebih serupa dengan orang yang kena zalim drpd orang yang hasad lepas yang berkekalan yakni hasad yang berpanjangan dan akal yang hanyut seperti orang gila dan duka cita yang berpanjangan.
4. Buta mata Hati hingga tiada faham satu hokum drpd beberapa hukum Allah.
Maka sanya berkata Sufyan ra: lazimkan oleh mu dengan panjang diam nescaya kamu akan memiliki Wara' dan jangan kamu jadi orang yang loba/tamak atas dunia nescaya jadilah engkau orang yang memelihara agama dan jangan kamu ada mencela orang yang tak bersalah nescaya sentosa kamu drpd lidah manusia dan jangan ada kamu orang yang hasad nescaya segara fahammu.
5. Hirman dan khizlan(lawan taufik yakni kekuatan/kemudahan berbuat mungkar) yakni ditegahkan drpd tiap2 kebajikan dan tiada beroleh Taufik maka tiada didapatkan apa yang di kehendaki dan tiada menang atas seteru/musuh.
Seperti kata hatim al A'sam:
Bermula orang yang berkata2 kejahatan orang lain dengan tiada sebenar itu iaitu yang tiada agamanya.
Dan orang yang ghaib itu tiada abidnya yakni orang yang jahil sekalipun kuat beribadat itu tiada dikatakan Abid.
Dan orang yang suka mengadu domba itu tiada tiada kepercayaannya.
Dan orang yang suka hasad itu tiada di tolong akan dia.
Dan ketahui oleh mu bahawa hasad itu membinasakan taatmua dan membanyakkan atas mu syirik dan maksiat mu dan menegahkan drpd mu kesenangan diri dan menegahkan faham hati dan penolong yang boleh mengalahkan seteru/musuh dan tertegah drpd mendapat apa yang dituntut.
Maka lazimkan diri mu dengan mengubati diri mu drpd demikian itu. Dan Allah tuhan yang memberi taufik dan pertolongan.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment