Thursday, 28 February 2013

kenali musuh mu


sedikit pengisian Tazkirah jumaat hari ini di Masjid Fatimah az Zahra Taman Kosas 1 mac 2013


قال فبعزتك لأغوينهم أجمعين ( 82 ) إلا عبادك منهم المخلصين )83(

 

Berkata Shaithan: maka demi kebesaran mu (Ya Allah ) Aku ( Shaithan ) bersumpah akan menyesatkan sekelian anak adam( org Kampung, ustaz, Tok guru, dan lainnya tak terkecuali drpd sumpahnya) melainkan ( yg tak dapat di sesatkan ) iaitu hamba2 Allah yg ikhlas drpd kalangan mereka itu.

Makhluk Allah terbahagi kepada dua golongan dan memang itulah teknik makhluk ciptaan Allah:

1)     Yg boleh dilihat dengan mata kita.

2)     Dan Yg tak boleh di lihat dengan mata kepala kita.

Yg boleh dilihat dengan mata kepala juga ada dua.

1)      Yg menyampaikan kita kpd redha Allah.

2)      Yg menyamoaikan kita pada menjauhi redha Allah.

Dan yg tak boleh dilihat dengan mata kepala kita juga ada dua.

1)      Yg menyampaikan kita kpd Redha Allah.

2)      Yg menyamoaikan kita kpd derhaka Allah.

Semua tuh dah termaktub dalam kitab yg nyata alquran dan luh mahfuz.

Alhamdulillah tazkirah hari ini tertumpu kpd Yg menyampaikan kita kpd derhaka kpd Allah.

Dan Allah taala dah jelaskan dalam alquran berkaitan sifat2nya dan taka sing lagi disisi hadirin iaitulah Shaithan.

Dan shaithan nih pulak ada dua kejadiannya.

1)      Yang tak dapat dilihat dengan mata kepala tapi Allah dan Nabi saw dah ajar cara dia berjuang dan bertindak dan Allah pun dah ajar kita bagaimana mengenalinya dan menjahuinya.

2)      Yang dapat di lihat dgn mata kepala yg dah dijelaskan oleh Allah dalam quran iaitu drpd kalangan Manusia spt di sebut dalam surah anNas.

 

Dan Yang dapat dilihat dengan mata kepala nih pulak dah di nyatakan sifat2nya dalam quran kepada dua iaitu

1)    Yang hanya mengikut2 perkataan2 yg berkata2 yg dilihat zahirnya hebat spt Ulama yg cukup terang disebut dalam surah Al munafikun….. yg baca surah tuh insya Allah reti kut.. hehehe

2)      Yg membelit2kan hokum Allah dan membohongi ayat Allah yg di sebut oleh islam dengan gelaran Populer iaitu Ulama Suu' atau Ulama Apco… hehehe

Sebagaimana sifat/cara shaitan menipu kita begitu juga cara yg k2 nih menipu kita Cuma hensom sikit / dan hebat juga al maklumkah pakai gelaran ASWJ( anak setan wal Jin) nih tal melibatkan yg hidup dan yg mati hanya cerita rekaan semata2.

 

Tipu daya setan ada tujuh cara spt di sebut imam Al Ghazali dlm Minhajul Abidin.

 

Menghasut dengan jalan2 penipuan agar orang beriman tidak mengamalkan suruhan Allah dengan membuat2 alasan2 yg merosakkan sehingga org beriman boleh meninggalkan suruhan Allah, perbustsn mereka sama betul dengan Ulama suu'@APCO iaitu menghasut org beriman supaya meninggalkan hokum Allah dengan alasan2 meloyakan dan dapatlah sedikit upah parut kelapa yang akan memarut tubuh badannya di akhirat kelak.

 

Sekiranya usha pertama gagal maka dia cuba dengan cara kedua iaitu cuba melengah2kan/melambat2kan usha mengamalkan hukum2 Allah dengan alas an itu dan ini yg semua alas an tuh patut di bakul sampahkan, sama juga dengan Ulama Suu'/APCO cuba mencari2 jalan agar hokum Allah tersebut lambat dapat dilaksanakan dengan alas an tuduhan org tuh tak da mazhablah, tak da Tauliah lah, orang Wahabi lah dan macam2 lagi pada hal dia tuh sebigi maca, Wahabiul hehehe.

 

Dan seterusnya kita jumpa di Masjid Fatima Zahra taman Kosas.

Wassalam.

 

Senyum2lah selalu seperti lagu Nasyid Raihan.

Senyumlah senyum lah dn teruskan.

 

 

 

 

Wednesday, 20 February 2013

Hasad

Hasad.


Ketahui oleh mu bahawa Hasad itu membangkit lima perkara:

1.       Membinasakan Taatmu. Sabda Nabi saw :

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ : " إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ ; فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ " . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ .

Drpd Abi Hurairah ra drpd Nabi saw bersabda ia takut oleh mu dan akan hasad maka bahawa hasad memakan kebajikan kamu seperti mana memakan oleh Api akan kayu api.

Hadis riwayat Abi Daud.

2.       Mengerjakan maksiat dan kejahatan atas barang yang dikata oleh Wahab bin Munabbih rahimahullah: bagi orang hasad itu tiga alamat:

Menyatakan kasih/suka apabila melihatnya dan di umpatnya apabila ghaib ia.

Dan suka dengan kedatangan bala apabila turun( apabila mengana orang yang di dengki).

Kata Sheikh ku…. Dan memada akan daku bahawa sa Allah taala menyuruh dengan berlindung drpd kejahatan hasad dengan firmannya:

ومن شر حاسد إذا حسد

Dan drpd kejahatan orang yang hasad.

Seperti barang yang di suruh minta berlindung drpd Shaithan dan drpd sihir hingga bahawa sanya tiada yang menolong dan tempat berlindungmelainkan dengan Allah tuhan yang memerintah sekelian Alam.

3.       Penat dan duka cita drpd ketiadaan faedah tetapi sertanya tiap2 dosa dan maksiat.

Seperti kata Ibnu Simak rahimahullah: tiada aku lihat orang zalim yang terlebih serupa dengan orang yang kena zalim drpd orang yang hasad lepas yang berkekalan yakni hasad yang berpanjangan dan akal yang hanyut seperti orang gila dan duka cita yang berpanjangan.

4.       Buta mata Hati hingga tiada faham satu hokum drpd beberapa hukum Allah.

Maka sanya berkata Sufyan ra: lazimkan oleh mu dengan panjang diam nescaya kamu akan memiliki Wara' dan jangan kamu jadi orang yang loba/tamak atas dunia nescaya jadilah engkau orang yang memelihara agama dan jangan kamu ada mencela orang yang tak bersalah nescaya sentosa kamu drpd lidah manusia dan jangan ada kamu orang yang hasad nescaya segara fahammu.

5.       Hirman dan khizlan(lawan taufik yakni kekuatan/kemudahan berbuat mungkar) yakni ditegahkan drpd tiap2 kebajikan  dan tiada beroleh Taufik maka tiada didapatkan apa yang di kehendaki dan tiada menang atas seteru/musuh.

Seperti kata hatim al A'sam:

Bermula orang yang  berkata2 kejahatan orang lain dengan tiada sebenar  itu iaitu yang tiada agamanya.

Dan orang yang ghaib itu tiada abidnya yakni orang yang jahil sekalipun kuat beribadat itu tiada dikatakan Abid.

Dan orang yang suka mengadu domba itu tiada tiada kepercayaannya.

Dan orang yang suka hasad itu tiada di tolong akan dia.

Dan ketahui oleh mu bahawa hasad itu membinasakan taatmua dan membanyakkan atas mu syirik dan maksiat mu dan menegahkan  drpd mu kesenangan diri dan menegahkan faham hati dan penolong yang boleh mengalahkan seteru/musuh dan tertegah drpd mendapat apa yang dituntut.

Maka lazimkan diri mu dengan mengubati diri mu drpd demikian itu. Dan Allah tuhan yang memberi taufik dan pertolongan.

 

Wallahuaalam.

Sunday, 3 February 2013

Rezeki halal membawa berkat

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فهو المهتدي، ومن يضلل فلن تجد له وليًّا مرشدًا.

وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين.

اما بعد: 

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران: 102].

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً} [النساء: 1].

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً} [الأحزاب: 70-71].

:
Perbincangan rezeki dari sudut iman dengan dia iaitu satu juzuk yang penting dari pandangan akidah pada sisi Allah, maka Allah subhanahu wa taala telah menjamin bagi setiap makhluknya dengan rezki, baik sebelum di lahirkan kedunia iaitu semasa dia berada di dalam kandungan ibunya apa lagi selepas dia di nyata/zahirkan di dunia, sama ada dianya muslim atau kafir, sama ada dia besar atau kecil, sama ada dianya lelaki atau perempuan, manusia atau Jin, yang terbang atau haiwan yang melata, yang kuat atau yang lemah, yang hebat atau yang hina.

 Firman Allah dalam surah Hud ayat 6: 
{وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ} [هود: 6]
Dan tidak ada daripada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan atas Allah ialah rezekinya dan mengetahui Allah tempat tinggalnya dan tempat penyimpananya, semuanya tertulis dalam kitab yang nyata( luh mahfuz).

والرزق لغةً: العطاء دنيويًّا كان أو أخرويًّا.
Rezeki pada bahasanya iaitu pemberian sama ada perkara kedunian atau  akhirat. Maka boleh di katakan:
Rezeki yang bangsa dunia dan rezeki yang bangsa akhirat.

والرزق أيضًا ما يصل إلى الجوف ويتغذى به.
Juga boleh di kata: rezeki iaitu suatu yang sampai kepada perut dan berkenyang dengan dia.

Adapun makna Rezeki pada Isthilah/syar'inya:  maka 

قال الجرجاني: الرزق اسم لما يسوقه الله إلى الحيوان فيأكله، فيكون متناولا للحلال والحرام.
Berkata Al Jurjani dalam Mukjam At Tarifaatnya: rezeki iaitu nama bagi sesuatu yang menuang akan dia oleh Allah kepada hayawan maka memakan ia.
Maka adalah ianya yang mencapai bagi halal dan haram.

Dalam Alquran,
 Allah telah mendatangkan bicara rezeki ini sebanyak 123 lafaz rezeki yang mana 62 lafaznya datang dengan sigha feel( kata kerja yang telah lalu ) seperti Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 88.

 {وكلوا مما رزقكم الله حلالا طيبا} 
Dan makanlah sekelian kamu akan sebahagian daripada barang yang telah merezekikan kamu oleh Allah akan yang halal lagi baik.

Dan datang lafaz Rezeki dengan sighah Isim( kata nama) sebanyak 61 tempat seprti firman Allah dalam Surah al Bqarah ayat 60:

كلوا واشربوا من رزق الله} (البقرة:60
Makanlah dan minumlah sekelian kamu datipada rezeki Allah.

Dan dengan rezeki yang diberikan kita sebagai Mukmin yang yakin dengan Pemberian Allah ini di ibadahkan kita dengan mensyukurkan dia seperti firman Allah:
كلوا من رزق ربكم واشكرواله
Makanlah sekelian kamu daripada rezeki Tuhan kamu dan bersyukur sekelian kamu bagiNya.

Menghendaki dan menjadi  Allah akan hambanya berhajat kepada rezeki supaya membuka Allah bagi hambanya pintu munajat maka tiap2 berhajat mereka itu kepada rezeki nescaya munajat mereka itu kepada Allah.
Maka orang beriman faham bahawa Allah jadikan rezeki jalan mendekatkan dirinya kepada Allah.

Maka jadi mulia orang yang beriman dengan melazimkan munajat kepada Allah kerana munajat itu antara semulia mulia pekerjaan hamba terhadap Allah.

Ada sesaorang lelaki berjumpa Sheikh Abi Hasan As Syazili maka bertanya ia wahai Abi Hasan, ajari daku kimia buat emas maka kata Sheikh tiap kali kamu mengambil Wudhu maka iringinya dengan solat sunat dua rekaat selama setahun maka memperbuat lelaki itu seperti kata Sheikh maka selepas setahun maka lelaki tadi mendatangi Sheikh maka kata sheikh ambil baldi ini dan bawa keluar air periginya, setelah di bawa keluar baldi dari perigi tadi maka dilihat bahawa baldi tadi dipenuhi emas maka menuang kembali lelaki tadi akan emas tersebut kedalam perigi semula seraya berkata ia Allah lebih hebat daripada segala galanya.
Tersebut dalam Kitab Risalah Al Muawwanah.

البركة :
والبركة ثبوت الخير الإلهي في الشئ، قال تعالى: لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض،
Berkat iaitu bertambah kebajikan ilahi pada sesuatu.
Firman Allah taala: nescaya kami bukakan atas mereka itu keberkatan drpd langit dan Bumi.

Telah mencipta Allah akan makhluknya dan telah membahagi2 Allah akan sekelian rezeki mereka itu dan yang mengkuatkan mereka itu.
Tidak ada sesaorang pun yang boleh mengangkatkan makanan kemulutnya melainkan bahawa Allah sudah menentukannya pada azali lagi, subhanahu wa taala yang memberi makan burung yang berterbangan dan ikan yang di dalam kegelapan air, dan maha suci Allah Tuhan yang memberi makan ular yang di dalam lubangnya dan yang memberi makan ulat yang di dalam batu, Maha suci Allah yang tak pernah lupa sekalipun kita sering lupa maka Allah tetap menjamin rezeki dan yang memadakan reseki bagu sekelian Hambanya.

Maka apabila menghendaki Allah hambanya akan kebaikan nescaya memberkati Allah bagi Hambanya pada rezekinya dan pada hartanya dan pada keluarganya dan di berkati pada sekelian pekerjaannya dan kelakuannya yang tidak ada semua itu melainkan nikmat yang sangat besar daripada Allah yang melimpahkan kurnianya yang daripadanya berkat dan daripadaNya Sekelian kebaikan dan daripadaNya sekelian Rahmat yang terbuka sekelian pintu kebaikan ini maka tiada seorang pun yang boleh menutupnya dan tidak ditutup akan seklian pintu ini maka tiada seorang yang boleh membukannya melainkan Allan yang sangat Kuasa dan sangat bijak sana.

Maka antara sebab sebab menarikan berkat ini:

Iman dan taqwa kepada Allah seperti mana Firmannya:

: {وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ} [الأعراف:96]، ويتضح لنا من قول الله تعالى أن الإنسان المؤمن التقي سوف يشعر بالبركة في حياته وفي زوجته وفي أولاده .
Jikalau bahawa ahli qaryah itu beriman dan bertaqwa nescaya kami bukakan/ limpahkan atas mereka itu  keberkatan daripada langit dan bumi, surah al aaraf ayat 96.
Nyata dan terang bagi kita daripada firman Allah di atas bahawa Manusia yang beriman selagi akan merasa keberkatan dalam kehidupannya dan pada isterinya dan pada anak2nya.

2) Silatur rahim.

أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Anas Bin Malik ra: bahawa Rasulullah saw bersabda barang siapa suka bahawa rezekinya di luaskan dan di panjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silatur rahim..

Hadis riwayat imam Muslim.



4 ـ الاجتماع على الطعام وبعض الأطعمة كما أخبر النبي صلى الله عليه وآله وسلم: [[كلوا جميعًا 
ولا تفرقوا فإن البركة في الجماعة, فطعام الواحد يكفي لاثنين وطعام الاثنين يكفي الثلاثة والأربعة]] وكذلك هناك بعض أنواع الطعام فيها بركة مثل اللبن والعسل والزيت والتمر .







Sent from my iPad

Hibah

Hibah dalam islam



.) الْهِبَةُ ) أَيْ حَقِيقَتُهَا شَرْعًا ( تَمْلِيكٌ ) أَيْ لِذَاتِ جِنْسٍ يَشْمَلُ الْهِبَةَ وَالْبَيْعَ وَنَحْوَهُ ( بِلَا عِوَضٍ ) فَصْلٌ مُخْرِجٌ الْبَيْعَ وَنَحْوَهُ ، أَيْ لِوَجْهِ الْمُعْطَى بِالْفَتْحِ فَقَطْ أَوْ لَهُ وَلِثَوَابِ الْآخِرَةِ مَعًا بِقَرِينَةِ مَا بَعْدَهُ فَصْلٌ مُخْرِجٌ الصَّدَقَةَ ( وَ ) التَّمْلِيكُ لِذَاتٍ بِلَا عِوَضٍ ( لِثَوَابِ ) اللَّهِ تَعَالَى فِي الدَّارِ ( الْآخِرَةِ صَدَقَةٌ[1]

 

HIBAH DI SUDUT ISTILAH

Hibah di sudut istilah syara' ialah : Memberi milik akan benda kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian (al-Jurjaani).

Atau :Hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian.

Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : 'Akad yang memberi faedah pemilikan 'ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.

Jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat, sunat menyamakan pemberian antara anak. Melebihkan pemberian kepada seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak adalah perkara yang wajib. 

Dalil-Dalil

HIBAH DALAM ISLAM

Hibah dengan maksud umum itu adalah disukai, disaran dan digalakkan dengan dalil al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Ijma'.

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

1. Al-Qur'an : Surah An-Nisa' ayat 4 : "dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Selepas mas kahwin yang di wajib diserahkan kepada para isteri, lalu isteri-isteri itu 'memberi' kembali dengan rela hati, maka pemberian itu bolehlah dimakankan dan halal bagi suami mengguna-pakai pemberian isteri-isteri itu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لَا تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ

2. Hadis : "Wahai wanita muslimat, jangan memandang hina seorang jiran akan pemberian seorang jiran yang lain, walau pun pemberian itu hanya 'firsina syat'." – al-Bukhori dan Muslim. 'Firsina syat' iaitu kaki kambing yang tidak berdaging."


Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ دُعِيتُ إِلَى ذِرَاعٍ أَوْ كُرَاعٍ لَأَجَبْتُ وَلَوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ ذِرَاعٌ أَوْ كُرَاعٌ لَقَبِلْتُ

"Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya." – hadith riwayat Imam Bukhari.

Permasaalahan HIBAH

Hibah.

Kalimah ini kurang di ketengahkan dalam fikiran dan ingatan masyarakat Islam. Untuk kefahaman masyarakat, istilah yang jarang kedengaran perlulah disebut-sebut dalam majlis rasmi dan tidak rasmi sehinggalah istilah tersebut menjadi sebutan-sebutan di dalam jiwa masyarakat. Tetapi Jika  'pelaksanaan' program hibah ini dan istilah yang belum difahami di bawa ketengah masyarakat insya Allah berkemumkinan akan di fahami dan di amalikan. Namun, kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang teratur serta displin-displin penyampaian yang kemudiannya disusuli dengan tindakan dirasakan mumkin berkesan dan tentu akan dapat diamalkan dengan baik diiringi dengan kefahaman jelas berkaitannya.

Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat Islam sekalipun ianya amat besar faedahnya. Adapun  zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain sudah menjadi satu kebiasaan yang sudah masuk taraf penghayatannya. Oleh itu sangatlah wajar perbicaraan tentang Hibah ini dihidupkan dan di ketengahkan kepada masyarakat Islam semoga penghayatannya benar berlaku .

Maka Hibah yang hendak di lakukan perlulah di ketahui sekelian tuntutan berkaitannya agar perlaksanaannya memenuhi tuntutan syar'ie.

Syarat Hibah dan rukunnya.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

(i) Pemberi hibah (al-Wahib).

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu).

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

Ia hendaklah barang atau harta yang halal.

Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.

Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

Ia boleh diserah milikkan.

Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti
menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan
seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut
mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar
(seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi "Aku berikan barang ini kepadamu" atau secara kinayah seperti kata pemberi "Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu" atau "Aku jadikan barang ini untukmu".

Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti "aku terima", "aku redha" dan sebagainya.

Kesimpulannya bahawa mana-mana sesuatu hibah itu dikira sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan ('iwad). Seperti mana yang disebutkan dalam kitab-kitab mazhab Syafie, manakala kewajiban penerimaan (qabul) itu hendaklah ia menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah.  

 

Wallahuaalam.

 

 

 

 



[1] الكتب » منح الجليل شرح مختصر خليل » باب في بيان الهبة وأحكامها وما يتعلق بها

wasiat

WASIAT.


Dalil-dalil berkaitannya:

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ .

Firman Allah S.W.T.:
"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."
Surah al baqarah ayat 180.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ "
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya."
Hadith Riwayat Imam Bukhari.


عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ

Daripada Said bin Malik berkata ia: telah datang akan daku Nabi saw pada hal menziarahi ia pada waktu sakit ku maka aku berkata, Wahai Rasulullah Aku berwasiat dengan harta ku sekeliannya, brkata Nabi saw tak boleh, aku berkata lagi maka setengah, bersabda Nabi saw tak boleh, berkata aku maka satu pertiga, bersabda Nabi saw satu pertiga dan satu pertiga tuh banyak dah, sesungguhnya engkau tinggalkan akan waris engakau hal keadaannya kaya itu terlebih baik daripada bahawa engkau tinggalkan mereka itu dalam keadaan miskin pada hal meminta-minta mereka itu akan manusia.

Hadith riwayat imam Bukhari dan Muslim.


Wasiat

Wasiat ertinya pengakuan seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat yang dapat di sempurnakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan pada sisi syarak selepas dia mati,  sama ada secara lafzi/ tuturan atau kitabi/tulisan.


Surat Perlantikan wasi(penerima wasiat) bagi memudahkan proses tuntutan dan pembahagian harta pusaka yang berkuatkuasa selepas kematian. Transaksi yang dilakukan semasa hidup pewasiat tidak akan menjejaskan wasiat walaupun melibatkan harta yang disebut di dalam wasiat.


Oleh itu, wasiat boleh di ubah seberapa banyak kali yang dikehendaki oleh pewasiat selagi mana dia masih hidup.

Wasiat akan memberi kuasa kepada wasi ke atas harta yang ada atas milikan si pewasiat pada masa kematiannya.

Wasi yang di lantik akan mentadbir harta pusaka untuk mendapatkan surat probate, mendapatkan harta, mengumpul harta, membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat.

 

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM


Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1.  Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.


2.  Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.


3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4.  Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.


5.  Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.


6.  Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.


Keperluan dan Kelebihan Wasiat

1.       Boleh menyerah dengan jelas kepada yang hak.

 

Amanah suatu perkara yang sangat di tuntut oleh islam bagi yang menerima amanah maka wasiat satu amanah yang antaranya memberi kuasa atas pemegangnya untuk membahagikan harta secara jelas samada kepada waris atau bukan waris, bahkan kita dapat menyempurnakan amanat-amanat daripada pesanan terakhir kita kepada orang yang ditinggalkan.

 

2.       Wasiat selaku Pesanan Terakhir

 

Wasiat sudah tentu dalamnya terkandung amanat daripada pewasiat ketika dibacakan kepada waris-waris.

Kitab maklum bahawa setiap pesanan yang baik itu sudah tentunya akan memberi kesan yang terbaik terhadap orang yang ditinggalkan. Pada hal kita memang perlukan doa-doa dari anak yang soleh untuk bekalan kita di alam Barzah yang lebih-lebih lagi di alam Akhirat. Hadith Nabi saw dengan jelas menunjukkan perlunya seperti sabda Nabi saw :

daripada Abi Hurairah ra Sabda Nabi saw:

إذَا مَاتَ الْمُسْلِمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ أَوْ عِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ أَيْ مُسْلِمٌ يَدْعُو لَهُ

Terputus amal mereka yang telah mati kecuali antara 3 perkara yang anda ada iaitu anak-anak yang soleh. Mintalah mereka untuk menjadi mukmin soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya.

 

3.       Kepentingan Wasiat:

Kematian suatu perkara mesti yang tidak seorang boleh menolaknya maka siapa yang sudah tahu tarikh kematiannya?

 

Tahukah kita bahawa hutang wajib di bayar dan bagaimana kalau wasiat tidak di buat sedangkan kematian bukan rancangan kita?

 

Tidakkah kita sering dengar perselisihan keluarga kerap berlaku selepas kematian sesaorang berpunca daripada ketiadaan wasiat pembahagian harat milik kita?

 

 

Maka jelaslah bahawa surat wasiat yang menyatakan sekelian permasaalahan seperti di atas insya Allah dapat di selesaikan dengan baik dan memenuhi tuntutan syara' yang menyuruh kita meninggalkan wasiat yang memberi faedah besar.

 

Dengan adanya Surat wasiat maka waris-waris boleh berbuat penyempurnaan apa-apa mengenai hutang-hutang kita dan apa suatu yang ternyata dalam surat wasiat tersebut.

 

Allah.

 

Indahnya seorang muslim yang hidup dalam islam.

 

Wallahuaalam.

 

Wakaf

Wakaf dalam Islam.

 

الْوَقْفِ  هُوَ لُغَةً الْحَبْسُ وَيُرَادِفُهُ التَّسْبِيلُ وَالتَّحْبِيسُ وَأَوْقَفَ لُغَةً رَدِيئَةً وَأَحْبَسَ أَفْصَحُ مِنْ حَبَسَ عَلَى مَا نُقِلَ لَكِنْ حَبَسَ هِيَ الْوَارِدَةُ فِي الْأَخْبَارِ الصَّحِيحَةِ ، وَشَرْعًا حَبْسُ مَالٍ يُمْكِنُ الِانْتِفَاعُ بِهِ مَعَ بَقَاءِ عَيْنِهِ بِقَطْعِ التَّصَرُّفِ فِي رَقَبَتِهِ عَلَى مَصْرِفٍ مُبَاحٍ

PENGERTIAN WAKAF

Wakaf menurut bahasa bererti menahan.

Menurut istilah syarak pula bererti menahan harta benda yang dapat dimanfaatkan serta kekal bendanya (ain) dengan cara memutuskan hak pengelolaan yang dimiliki oleh Pewakaf untuk diserahkan kepada nazhir( penerima Wakaf ) yang dibolehkan oleh syariat.

Dalil atas pensyariatannya iaitu Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 92:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

Tidak mencapai oleh sekelian kamu akan kesempurnaan pahala kebajikan sehingga menafkah sekelian kamu akan setengah/sebahagian daripada barang yang sangat kasih kamu akan dia.

Dan dalil hadith iaitu riwayat Muslim dalam sahihnya daripada Abi Hurairah ra:

إذَا مَاتَ الْمُسْلِمُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ أَوْ عِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ أَيْ مُسْلِمٌ يَدْعُو لَهُ

Apabila mati seorang Muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:

1.       Sedakah yang mengalir berterusan pahalanya.

2.       Ilmu yang di ambil manfaat dengan dia.

3.       Anak yang saleh iaitu muslim yang mendoa kebaikan baginya.

Sedekah jariah seperti bahagian pertama daripada hadith Nabi saw ini di Tanggung dengan makna wakaf disisi kebanyakan Ulama termasuk Imam Shafei ra.

Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata:

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ قَالَ  أَصَابَ عُمَرُ أَرْضًا بِخَيْبَرَ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَأْمِرُهُ فِيهَا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إنِّي أَصَبْتُ مَالًا بِخَيْبَرَ لَمْ أُصِبْ قَطُّ مَالًا أَنْفَسَ عِنْدِي مِنْهُ ، فَمَا تَأْمُرُنِي فِيهِ قَالَ إنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا ، وَتَصَدَّقْتَ بِهَا غَيْرَ أَنَّهُ لَا يُبَاعُ أَصْلُهَا وَلَا يُوهَبُ وَلَا يُورَثُ قَالَ فَتَصَدَّقَ بِهَا عُمَرُ فِي الْفُقَرَاءِ وَذَوِي الْقُرْبَى وَالرِّقَابِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَالضَّيْفِ ، لَا جُنَاحَ عَلَى مَنْ وَلِيَهَا أَنْ يَأْكُلَ مِنْهَا بِالْمَعْرُوفِ ، أَوْ يُطْعِمَ صَدِيقًا غَيْرَ مُتَمَوِّلٍ فِيهِ - وَفِي لَفْظٍ - غَيْرَ مُتَأَثِّلٍ : مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?"

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

"Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya."

Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.

Meriwayatkan dia oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahih keduanya.

Tindakan Ulama berkaitan hukum Wakaf:

Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai.

(Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200).

Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti akan mewakafkannya.

(Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).

Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.

(Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375).

Kelebihan Wakaf:

Mengharapkan keselesaan dan kebahagiaan hidup di dunia ini perkara yang kuat bermain di fikiran sekelian manusia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Selaku hamba Allah Subhanahu Wata'ala, ia perlu memilih jalan yang telah diatur/susun oleh Allah Subhanahu Wata'ala melalui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi mencapaikan keselesaan dan kebahagian. Oleh itu mengapai kebahagiaan di akhirat kelak antaranya ialah dengan memperbanyakkan amalan sedekah. Sedekah itu ada yang berupa wajib seperti zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya manakala sedekah sunat itu pula ialah seperti wakaf, hadiah, hibah dan sebagainya.

Adapun sedekah dan wakaf itu mempunyai perbezaan dari segi syariat, rukun dan cara pelaksanaannya, akan tetapi tujuan dan maksud di antara keduanya itu adalah sama, ianya adalah sebagai cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sedekah atau hibah itu ialah memberi sesuatu barang secara mutlak tanpa ada tukaran atau balasan.

Sifat-sifat Wakaf:

Menyebut tentang wakaf maka baginya dua syarat

1.       Syarat sahnya bagi pihak Pewakaf

Pewakaf hendaklah orang yang salih, tulus dan memiliki sesuatu yang akan diwakafkannya.

Pewakaf hendaklah orang yang mewakafkan itu mengatakan dengan kata-kata 'mewakafkan' yang jelas dan difahami.

Wakaf itu sah dengan diumumkan atau diserahkan kepada yang berhak menerimanya.

Pembathalan Sesuatu yang telah sah wakaf nya iaitu tertolak sama sekali maka tidak harus atas pewakaf membathalkan wakafnya begitu juga bagi pihak penerima wakaf dengan akad yang sah  tidak boleh menjual atau menghibahkannya (menghadiahkan) kepada orang lain.

2.       Syarat sah barang yang diwakaf

Barang yang diwakafkan itu hendaklah sempurna sifatnya lagi tidak rosak sesudah dimanfaatkan. Hendaklah benda itu yang tetap, tidak berubah walaupun telah diambil hasilnya seperti rumah, tanah atau pokok yang dapat diambil buahnya, perabot yang boleh dipindahkan, mushaf, kitab dan senjata.

Barangan wakaf yang menerima rosak kerana dimanfaatkan seperti makanan, minuman, minyak wangi, lilin dan sesuatu yang cepat rosak seperti bau-bauan dan tumbuh-tumbuhan aroma yang cepat rosak, maka semuanya itu tidak sah wakafnya. Semuanya itu hanya boleh di sedekahkan sahaja.

Dilarang sama sekali barang yang hendak di wakafkan itu iaitu barang yang diharamkan oleh agama.

Sebaiknya barang yang diwakafkan hendaklah boleh diguna pakai yang faedahnya  berpanjangan seperti Al-Quran, buku, kereta jenazah dan sebagainya.

Maka jelaslah kepada kita, apabila wakaf itu sah dengan syarat-syaratnya maka wajiblah nazhir atau pemegang amanah barang wakaf itu melaksanakan segala ketentuan dari pewakaf.

Mudah mudahan semua mendapat kebaikan daripada sifat mulia jiwa pewakaf.

Wallahuaalam.