Monday 7 May 2012

Hukum demontransi dalam islam

Hukum demontransi dalam islam

tentang himpunan BERSIH...apa tggu lagi MUJAHID dan MUJAHID...hatta ULAMA pon turun padang... Bising bila orang keluar BERSIH. Ada yang kata haramlah. Dr Yusuf al-Qardhawi pernah cerita dalam buku beliau Risalah al-Azhar Baina al-Ams Wa al-Yaym Wa al-Ghad bagaimana para ulamak
al-Azhar buat demonstrasi yang turut disertai oleh rakyat dalam proses pemecatan gabenor Mesir lantikan KHILAFAH Turki Uthmaniah. Kesnya apabila rakyat mengadu kepada para ulama al-Azhar tentang kezaliman Khursyid Basya, akhirnya para ulama al-Azhar bersidang di Dar al- mahkamah al-Syar`iyyah dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk PECAT Khursyid Basya. Mereka bersetuju untuk melantik Muhammad Ali al-Albani sebagai gabenor Mesir yang baru. Selepas itu para ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar sendiri ketika itu Syeikh al-Syarqawi dan ketua Niqabat al- Asyraf (badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan keturunan Rasulullah di Mesir) iaitu al-Sayyid Umar Makram telah
berarak ke kediaman Muhammad Ali. Perarakan seumpama demonstrasi ini turut disertai oleh rakyat Mesir dengan jumlah hampir 40 RIBU orang. Lepas Khursyid Basya kena pecat, dia hantar wakil untuk bertemu dengan para ulamak al- Azhar. Wakil Khursyid sebut: "Bagaimana kamu berani memecat Khursyid Basya sedangkan Allah berfirman: Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri daripada kalangan kamu"? Dengan sempoinya wakil Niqabat al-Asyraf iaitu al-Sayyid Umar Makram jawab balik: Ulul Amri adalah para ulamak, pendokong syariat dan pemimpin yang adil. Adapun sahabat kamu itu
(Khursyid Basya) dia adalah seorang yang zalim. Sudah menjadi tradisi semenjak zaman berzaman bahawa penduduk sesuatu negeri
akan memecat para gabenor bahkan Khalifah dan sultan sekalipun sekiranya mereka zalim".

. Rujuk Risalah al-Azhar m/s 38 - 40.
Kalau Syeikh al-Azhar ketika itu pun join
sama BERSIH untuk pecat Khursyid Basya
dalam keadaan Khilafah Islamiah masih ada,
rasa-rasanya nak buat BERSIH untuk bersihkan pilihanraya lagi-lagilah patut kena
buat.. Apalah ulamak UMNO.. kesian.



Sent from my iPad

2 comments:

  1. Dalil yg diberikan xtepat. Sbb, yg digulingkn tu bkn pemerintah/khalifah. Sekadar gabenor je. Ada tak dalil berupa ayt quran dan hadith sahih? Kitab2 muktbar ke? Ada? Yg membolehkn penggulingan khalifah/pemerintah la. Bkn gabenor. Klu nk guna dalil ni, boleh berdemo sekerinya nk menggulingkn menteri besar. Ha, baru kena pd tempatnya. Xgitu? Lg 1, boleh x berikn sebb knp Tariq bin Ziyad ttp taat akn khalifah umaiyah ketika disuruh pulang ketika sedang meluaskn jajahn islam di andalusia? Sedangkn khalifah ketika itu disogok oleh org2 kapir berupa perempuan dn emas permata. Ada x Tariq bin Ziyad tu berdemo utk menggulingkn khalifah umaiyah?

    ReplyDelete
  2. kat mesia nih ada khilafah ker, kalau ada macam mana cara perlantikan dia..

    cara perlantikan imam di mesia nih ikut cara islam ker.
    bila perlantikan pemerintah nih tak ikut cara islam macam mana.

    kalau nak tahu cara perlantikan imamah dalam islam boleh beli kitab nih

    الغياثي غياث الأمم في التياث الظلم
    أبو المعالي عبد الملك بن عبد الله الجويني

    dalam kitab nih disebut hukum yang tuan inginkan tuh.. he he he..

    ReplyDelete