Saturday, 27 August 2011

kuliah tasauf kitab Minhajul Abidin aqabah yang pertama

'AQABAH PERTAMA: 'AQABAH ILMU

 

Kata Imam al-Ghazali Radhiyallahu 'anhu wa ardhahu:

الْعَقَبَةُ الأُوْلَى وَهِيَ عَقَبَةُ الْعِلْمِ.

Bermula 'aqabah yang pertama itu iaitu dinamakan 'aqabah al-Ilmi.

 

Kata Mu'allif Radhiyallahu 'anhu, maka aku berkata: Dan dengan Allah memberi taufik, hai orang yang menuntut ilmu dan ibadat, lazimkan olehmu pertama-tama telah memberi taufik akan dikau Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ilmu. Maka bahawasanya ia قُطْبٌ yakni paku dan di atasnya tempat edaran. Dan ketahui olehmu, bahawasanya ilmu dan ibadat itu dua permata kerana keduanya adalah tiap-tiap barang yang engkau lihat dan engkau dengar daripada karangan segala orang yang mengarang dan pengajar segala orang yang mengajar dan berwa'adz oleh segala orang yang وَاعِظِيْنَ dan tilik orang yang menilik. Tetapi kerana keduanya diturunkan segala kutub dan disuruh segala pesuruh. Tetapi kerana keduanya dijadikan bumi dan segala langit dan barang yang antara keduanya daripada segala kejadian. Maka tilik olehmu akan dua ayat di dalam kitab Allah Ta'ala, salah suatu daripada keduanya firman Allah Ta'ala:

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا (١٢)

 

Tuhan yang menjadikan tujuh petala langit dan daripada bumi seumpama jua diturunkan pekerjaanNya antaranya supaya kamu ketahui, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala itu atas tiap-tiap suatu amat kuasa dan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala sanya telah meliputi dengan tiap-tiap suatu ilmuNya.   (Surah al-Thalaq: Ayat 12)

 

Dan memadalah dengan ayat ini akan dalil atas kemuliaan ilmu, istimewa pula ilmu tauhid.

Dan ayat yang keduanya firman Allah Ta'ala:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

 

Dan tiada kami jadikan jin dan إِنْسٌ  (manusia) melainkan kerana menyembah mereka itu. (Surah al-Dzariyat: Ayat 56)

 

Yakni mengerjakan ibadat akan Kami. Dan memadalah dengan ayat ini menunjukkan atas kemuliaan ibadat dan melazimkan berhadap atasNya. Maka besarkan olehmu dengan dua pekerjaan ini. Keduanya yang dimaksudkan daripada menjadikan dua negeri.

 

Dunia tempat usaha dan akhirat tempat mengambil hasil:

Adapun dunia kerana tempat berusaha dengan dia dan adapun akhirat kerana tempat mengambil buahnya. Maka sebenarnya bagi hamba itu bahawa jangan membimbangkan melainkan dengan keduanya dan dipayahkan melainkan bagi keduanya dan jangan ditilik melainkan pada keduanya.

 

Maka ketahui bahawasanya barang yang lain daripada keduanya daripada pekerjaan itu batil, tiada kebajikan padanya dan sia-sia yang tiada hasil baginya, maka apabila engkau ketahui yang demikian, maka ketahui olehmu bahawasanya ilmu itu yang terlebih mulia daripada dua permata dan yang terlebih afdhal daripada keduanya dan kerana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ أَفْضَلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَى رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي

Bahawasanya kelebihan orang yang alim atas orang abid seperti kelebihanku atas sekurang-kurang daripada umatku.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

نَظْرَةٌ إِلَى الْعَالِمِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ عِبَادَةِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا

Satu tilik kepada orang alim terlebih kasih kepada aku daripada ibadat setahun puasanya dan berdiri sembahyangnya.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَشْرَفِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، قَالُوْا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، قَالَ: هُمْ عُلَمَاءُ أُمَّتِي 

Tiadakah aku tunjukkan kamu atas yang terlebih mulia isi syurga. Sembah mereka itu: Bahkan, ya Rasulullah. Sabdanya: Mereka itulah ulama umatku.

 

Maka nyatalah bagimu bahawasanya ilmu itu terlebih mulia permata daripada ibadat dan tetapi tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat serta ilmu. Dan jika tiada, adalah ilmunya itu seperti debu yang bertaburan. Maka bahawasanya ilmu itu menempati pohon kayu dan ibadat menempati buahnya. Maka mulia itu bagi pohonnya yang berbuah kerana ia asal, tetapi manfaatnya itu, sungguhnya hasillah dengan buahnya.  Maka tiba-tiba tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat supaya sempurna baginya kemuliaan ilmu dan tak dapat bagi hamba itu bahawa ada ia daripada kedua perkara itu bahagiannya dan perolehannya dan kerana inilah berkata Hasan Basri Rahimahullahu Ta'ala: Tuntut olehmu akan ilmu tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ibadat dan tuntut olehmu akan ibadat ini tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ilmu. Dan tatkala tetaplah bahawasanya tak dapat tiada bagi hamba itu daripada keduanya sekaliannya, maka ilmu itu terlebih utama dengan mendahulukan dia tak dapat tiada kerana bahawasanya ia asalnya. Dan dalil yang demikian itu, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

الْعِلْمُ إِمَامُ الْعَمَلِ وَالْعَمَلُ تَابِعُهُ

Bermula ilmu itu ikutan amal dan amal itu mengikut akan dia.

 

Dan sungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan, lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara:

No comments:

Post a Comment