Tuesday, 9 July 2013

Kaifiat Solat qiyam Ramadhan/Tarawikh.

Kaifiat Solat qiyam Ramadhan/Tarawikh.

Drpd Huzaifah radiallahuanh: bahawa solat ia bersama Nabi sallallahu alaihi salam, pada satu malam di bulan Ramadhan maka ruku' ia maka berkata ia dalam ruku'Nya: subhana Rabial A'zhim seumpama lama berdirinya, kemudian Sujud ia maka berkata ia dalam sujudNya: subhana Rabbial a'la seumpama lama berdirinya, kemudian duduk ia dan berkata ia didalam duduknya Rabbigh fir li Rabbigh fir li seumpama lama berdirinya, kemudian Sujud ia maka berkata ia dalam sujudNya: subhana Rabbial a'la seumpama lama berdirinya, maka tidak sembahyang Nabi sallallahu alaihi salam melainkan empat rekaat sehingga dating Bilal pada pagi hari.
Maka ini nas pada menyatakan panjang sembahyang Nabi pada empat rekaat pada bulan Ramadhan.

Adapun umum solat Qiyam Ramadhan : sesungguhnya Imam Bukhari membuat bab dengan tajuk: kaifiat solat Nabi saw dan berapa adalah Nabi saw solat drpd malam? Sehingga riwayat Abdullah bin Umar berkata ia: bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi saw : wahai Rasulullah bagaimana solat malam? Bersabda Nabi saw dua dua maka apabila di takuti subuh maka buat witir dengan serekaat.

Maka ini Nas pada menyatakan tiada had pada solat malam dan bahawa solat ia dua dua sehingga bahawa takut akan subuh.

Dan membawa Imam Bukhari akan hadis drpd Ibni Abbas : adalah solat Nabi saw 13 rekaat yakni di malam hari.

Dan Hadis riwayat Masruq drpd A'eishah bahawa bertanya ia akan A'eishah drpd solat Nabi saw di malam hari maka berkata A'eishah : tujuh, Sembilan, sebelas selain dua rekaat subuh.

Dan membawa Imam Bukhari dengan sanadnya sehingga A'eishah: tidak ada Rasulullah saw menambah pada Ramadhan dan tidak pada lainnya ata sebelas rekaat pada hal solat Nabi saw Empat rekaat maka jangan engkau tanyakan eloknya dan panjangnya kemudian solat ia empat rekaat maka jangan engkau tanyakan eloknya dan panjangnya kemudian solat Nabi saw akan tiga rekaat, berkata A'eishah, maka aku Tanya, Wahai Rasulullah adakah engkau tidur sebelum bahawa engkau solat witir? Maka bersabda Nabi saw: Wahai A'eishah, bahawa dua mata ku tidur keduanya dan tidak tidur oleh Hati Aku.

Telah mensifat oleh A'eishah akan sifat solat malam Nabi saw dengan eloknya dan panjangnya dan membuat sakatan ia akan bilangan rekaatnya, maka sesungguhnya datang riwayat Huzaifah dalam sahih Muslim bahawa sembahyang ia bersama Nabi saw pada satu malam maka membaca Nabi saw akan surah al Baqarah dan Ali Imran dan An Nisa' pada satu rekaat dan adalah nabi saw apabila sampai dengan ayat yang ada padanya Tasbih maka bertasbih nabi saw atau ayat soal maka meminta ia dan ayat minta berlinding maka meminta berlindung ia kemudian ruku' seumpama lama berdirinya, kemudian iktidal ia seumpama lama ruku'nya, kemudian sujud ia seumpama lama berdirinya .

Berkata Ibnu Hajar selepas di buat seperti sola Nabi saw maka didapatnya setiap satu rekaat nabi saw solat malam selama dua jam.

Maka ini nas/dalil atas panjang/lama qiyam sehingga bahawa memakan masa dua jam bagi setiap satu rekaat.

Dan datang Hadith disisi Imam Bukhari drpd Ibni Mas'ud berkata ia: solat aku bersama Rasulullah saw pada satu malam, maka sentiasa berdiri ( lama berdiri ) sehingga aku bercita2 dalam hati ku akan cita2 jahat, maka kami Tanya, dan apa cita2 jahat itu? Berkata ia: bahawa aku duduk dan aku biarkan Nabi saw solat seorang dirinya.

Maka kesimpulannya drpd sekelian hadith yang dibawa dating ini bahawa solat qiyam/tarawikh ramadhan adalah semasa zaman Nabi saw pada mula2nya di syariatkan demikian itu.

Keterangannya:

Bilangan rekaat yang solat Nabi saw:
1. Solat sepanjang malam sehingga hampir masuk waktu subuh.
2. Solat lapan rekaat.
3. Sebelas rekaat yang jangan ditanya drpd eloknya dan panjangnya.
4. Tiga belas rekaat.

Adapun ijtihad setengah mereka itu Ulama berkaitan bilangan rekaat solat qiyam/tarawikh:
1. Datang hadith dengan ketiadaan sakatan bilangan2 solat: barang siapa menghidupkan malam Ramadhan kerana iman dan kira2an.
2. Terima nabi permintaan sahabat untuk menambah bilangan2 rekaat: "Jikalau buat solat sunat oleh kami sehingga akhir malam?
3. Dan ada di sini perbahasan yang tidak kesampain kepadanya sesaorang pada barang yang diketahui dan iaitu:

Bahawa A'eishah berkata Ia: tidak solat nabi saw akan Esha sama sekali dan masuk ia akan rumah aku melainkan dan solat ia empat rekaat atau enam.

Dan datang drpd dia juga bahawa adalah Nabi saw sentiasa mendahulukan solat malamnya dengan dua rekaat yang ringan keduanya.

Maka jika kita himpun hadith ibni Abbas 13 rekaat serta hadith A'eishah enam rekaat selepas esha serta dua rekaat yang membuka Nabi saw dengan keduanya akan solat malamnya nescaya adalah himpunan sekeliannya;
13 + 6 = 19 + 2 = 21 rekaat

dan inilah bilangan rekaat yang menghimpun Umar al Khatab radiallahuanh akan Manusia yang berimamkan solat qiyam/ Tarawikh pada zamannya iaitu Ubai bin Kaab dan adalah bilang2an ini bersandarkan kepada sunnah yang tidak semata2 memandai2 Umar al Khatab ra.

Oleh itu, dengan ini kaifiat, maka tidak patut atas sesaorang bahawa menegah atas tambahan lapan rekaat solat qiyam/Tarawikh kepada 20 atau lebih drpd itu kerana berpegang dengan hadis riwayat Masyruq drpd A'eishah atau mencelanya dengan menyalahi sunnah.

Wallahuaalam…

Bersambung… Insya Allah..

Solat Qiyam/ Tarawikh di Zaman Khulafa'Ar Rasyidin.

No comments:

Post a Comment