Kitab Bicara Jumaat dan lainnya:
Berkata Imam Shafei rahimahullah:
Mengkhobar akan kami oleh Ibrahim bin Muhammad berkata ia, membaca hadis akan kami oleh Salama bin Ubaidillah alkhothmi drpd Muhammad bin Kaab al Qurazy bahawa sa ia mendengar akan seorang lelaki drpd Bani Wail pada hal berkata, bersabda Nabi saw:
قال النبي صلى الله عليه وسلم : " تجب الجمعة على كل مسلم إلا امرأة أو صبيا أو مملوكا " .
Wajib Jumaat / solat Jumaat atas sekelian Muslim lelaki melainkan perempuan dan budak dan hamba orang.
Hadis riwayat Imam Abi Daud as Sijastani rahimahullah.
Berkata Imam Mawardi dalam al Hawi kabirnya:
Solat Jumaat setengah drpd beberapa Fardhu Ain dengan dalil kitab/alquran dan Sunnah dan Ijmak Ulama.
Dalil kitab:
أخبرنا الربيع بن سليمان قال أخبرنا محمد بن إدريس الشافعي قال قال الله تبارك وتعالى ) إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله ( الآية
Mengkhobar akan kami oleh Rabi' bin Sulaiman berta ia, mengkhobar akan kami oleh Muhammad bin Idris as Shafei berkata ia, telah berfirman Allah taala:
Apabila diseru akan kamu bagi solat drpd hari jumaat maka segeralah sekelian kamu kepada zikrillah…. Surah Jumaat ayat 9.
Yakni Wajib mendirikan solat Jumaat dan Wajib meninggalkan jual beli kerana Solat Jumaat kemudian berfirman Allah kemudian drpd itu atas jalan mencela/celaan bagi mereka yang menyalahi/meninggalkan Jumaat dengan firmanNya:
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Surah Jumaat ayat 11.
Kitab Bicara solat dua Hari raya.
Berkata Imam Shafei rahimahullah taala:
Barang siapa wajib atasnya hadir Jumaat nescaya wajib atasnya hadir Solat dua hari Raya.
Berkata Imam mawardi dalam al hawi Kabirnya:
Asal pada hokum solat Hari raya iaitu Firman Allah taala:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ) الْكَوْثَرِ (
Maka solat oleh mu bagi Tuhan engkau dan hendaklah sembelih. Surah al kauthar .
Dikatakan pada tafsir bahawa sa Ia iaitu solat Raya.
Telah meriwayat oleh Hammad drpd Humaid darpd Anas bin Malik radiallahu anh: bahawa Rasulullah salallahu alais salam datang Ia akan Madinah dan bagi ansar ada dua hari yang bermain-main mereka itu pada keduanya maka bersabda Nabi saw: apakah dua hari ini? Maka jawab mereka itu : dua hari yang adalah dahulunya kami bermain-main pada keduanya pada masa Jahiliyyah, maka bersabda Nabi saw: sesungghuhnya Allah taala telah menggantikan akan kamu dengan keduanya akan yang terlebih baik drpd keduanya iaitu dua hari raya iaitu raya fitrah dan adha/haji.
Dan telahj meriwayat Imam As Shafei bahawa awal/mula-mula solat raya Rasulullah saw iaitu solat raya fitrah pada tahun yang kedua drpd hijrah dan padanya juga diwajibkan zakat Fitrah dan dinamakan Aidan/raya kerana berulang-ulangnya pada setiap tahun.
Faslun:
Tidak bersalahan pada mazhab Shafei dan sekelian ashabnya bahawa solat raya bukan drpd fardhu Ain dan akan tetapi di perselisihkan pada adakah ianya Sunat atau fardhu kifayah.
Telah menjalani oleh Abu Said al Ishtakhri kpd bahawa ia fardhu kifayah atas alas an ianya setengah drpd syiar islam yang zahir/nyata maka menutut oleh katanya demikian bahawa adalah ia fardhu kifayah seperti Jihad maka atas ini perkataan jikalau sepakat oleh ahli negeri atas meninggalkan dia nescaya boleh diperangikan mereka itu oleh Imam/pemerintah sehingga mendirikannya oleh mereka yang menggugurkan hokum fardhu kifayah dengan sebab terdirinya solat aid/raya.
Berkata Abu Ishak al Marwazi dan iaitu yang terlabih baik bagi mazhab Shafei bahawa kedua solat raya tersebut iaitu Sunnat kerana berdalilkan hadis Nabi saw:
Tiada fardhu melainkan solat lima waktu.
Maka atas ini jikalau sepakat ahli negeri atas meninggalkan dia nescaya tidak harus di perangikan mereka itu serta di ambil tindakan keras atas meninggalkan dia dengan tindakan yang keras sungguh. Dikatakan bahkan diperangikan mereka itu kerana meringan-ringankan engan agama.
Adapun perkata Shafei:
Barang siapa wajib atasnya hadir Jumaat nescaya wajib atasnya hadir solat dua hari raya seperti di nakalkan dia oleh Imam Muzani dengan tariq qadim dalam kitab berburu dan sembelihan. Dan padanya bagi ashab kami ada dua takwil atas perselisihan mereka itu pada solat raya:
Iaitu perkataan Abi Ishak: barang siapa wajib hadir jumaat atas jalan Fardhu nescaya wajib hadir solat raya atas jalan sunat.
Iaitu perkataan Abi Said: barang siapa wajib hadir jumaat atas jalan Fardhu Ain nescaya wajib hadir solat raya atas jalan jumlah lainnya/fardhu kifayah.
Setelah di ketahuikan akan hokum dua solat tersebut maka kita lihat pula:
1 Hadis Nabi saw:
1792 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ فَقَالَ شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَالَ وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ
Drpd Talha bin Ubaidillah bahawa seorang daratan/pendalaman dating ia kpd Rasulullah saw hal keadaannya kusut masai maka berkata ia,
Wahai Rasulullah: apa suatu yang telah memfardhu oleh Allah atas aku drpd solat,
Maka sabda Rasulullah saw: Solat lima waktu melainkan bahawa engkau solat sunat yakni selain lima waktu tersebut.
Baca oleh mu akan hadis seterusnya.
Hadis riwayat Imam Bukhari dalam kitab Saum.
2 hadis Nabi saw:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
Drpd Ibni Abbas radiallahuanh : bahawa Nabi saw menghantar Muaz kpd negeri Yaman maka bersabda Nabi saw:
Seru mereka kpd sahadah bahawa tiada tuahn melainkan Allah dan bahawa Aku Rasulullah maka jika mereka taat bagi demikian itu maka ajarkan mereka itu bahawa Allah taala telah memfardhukan atas mereka itu solat lima waktu pada setiap sehari semalam…..
Baca hadis seterusnya…
Hadis riwayat Imam Bukhari dalam kitab zakat dan Abi daud dalam kitab Zakat sa'imah dan dalam Muwattha Imam Malik dan sunan ibnu Majah dan sunan Kabir bagi imam Baihaqi dan lainnya.
Dan kewajiban solat lima waktu iaitu sembahyang yang tidak meluluskan seorang mukallaf meninggalkan dia walau dalam apa keadaan sehinggakan dalam peperangan tetap wajib dikerjakan maka apa alasan solat jumaat yang datang dengan jalan fardhu ain ini boleh di tinggalkan dengan sebab berjumpa solat raya yang datang hukumnya dengan sunat atau fardhu kifayah.
Wallahuaalam.
Rujukan kitab Hawi Kabi bagi Imam Mawardi as Shafei.
No comments:
Post a Comment