Thursday, 27 June 2013

Sambungan hikam Abi madyan 03

Kata sheikh radiallahuanh:

لا يصلح سماع هذا العلم الا لمن حصلت له اربعة الزهد والعلم والتوكل واليقين

Tiada patut mendengar bagi ini ilmu melainkan bagi orang hasil baginya yakni ada empat sifat

1.       pertamannya Zuhud dan

2.       Keduanya ilmu dan

3.       Ketiganya tawakkal dan

4.       Keempatnya Yaqin.

Ertinya tiada patut mendengar akan ilmu ini yakni ilmu tharikat melainkan bagi orang yang ada bersifat dengan empat sifat:

Sifat pertamanya:

 zuhud iaitu meninggalkan segala yang lebih-lebih daripada yang halal kerana bahawa sa orang yang salik itu orang musafir kepada Tuhannya dan manakala adalah sertanya terlebih banyak daripada barang yang dihajatnya di dalam perjalanannya adalah jadi menegahkan daripada berjalan maka bahawa sa adalah hadrat Hak sybhanahu wa taala diharamkan masuk atas orang yang masuk yang membawa dibelakangnya suatu yang menanggungkan dia yakni hendaklah disucikan tangannya daripada yang lebih-lebih daripada dunia dan suci kan hatinya daripada berhadap kepadanya kerana adalah pada hadrat yang qudsi itu ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan akdar dunia yang ma siwa/barang selain Allah dan betapa terang hatinya maka segala rupa akuan ini termeteri pada muka cerminnya atau betapa ia suka berjalan kepada Allah pada hal tertambat dengan segala keinginan atau betapa ia loba bahawa masuk pada hadrat Allah azza wa jalla pada hal ia tiada bersuci daripada segala junub lalainya atau betapa ia harap hendak faham akan yang indah asrar pada hal ia tiada bertaubat daripada tersalahnya.

Sifat Yang keduanya:

Ilmu dan iaitu ilmu syariat yang bergantung dengan membaikkan amal zahirnya maka manakala tiada mengetahui oleh orang yang salik membaikkan zahirnya  tiada dapat mengetahui akan membaikkan bathinnya kerana orang yang tiada berhenti pada pintunya tiadalah dapat masuk di dalam tempat perhentian ahbabnya.

Maka hiasi oleh mu wahai orang yang salik dengan pakaian syariat dan berhias lah  dengan adab tarikat nescaya teranglah atas mu beberapa cahaya hakikat dan jadilah kamu ahli bagi mukhatabah yakni berkhabar2an dan ahli musyawarahyakni orang yang berkhobar-khobar pada malam dan dapatlah kamu akan lazat mukhathobah.

Sifat yang ketiga:

Tawakkal dan iaitu memada dengan pengetahuan Allah pada mu daripada bergantung hati akan yang lain maka apabila engkau ketahui bahawa sa Allah itu Tuhan yang Alim yakni yang mengetahui dengan segala hal kamu lagi amat kuasa atas memadakan akan segala hajat mu lagi terlebih kasih saying bagi mu daripada Bapa dan Ibu tetapi terlebih lagi daripada mu atas diri mu nescaya berhimpunlah hati mu itu atasnya dan tiada berhadap dengan hati mu melainkan kepadanya dan tiada engkau jatuhkan melainkan padanya dan ialah yakni tawakkal ini terlebih sangat berkehendak orang yang salik itu pada perjalanannya terlebih sangat kehendaknya daripada orang yang dahaga kepada air.

Sifat yang ke empat:

Yaqin dan iaitu iktikad yang putus dengan barang yang mengkhobarkan dia Oleh Allah taala dan rasulnya dengan dia itu sebenarnya tiada syak padanya atas jalan putus sikira-kira ghalib/menanglah atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib itu seperti dilihatnya maka diketahui dengan perasaan bahawa sa Allah taala taala tiada menjadikan Jin dan Manusia melainkan kerana ibadah akan dia maka tiada dijadinya akan segala pancainderanya melainkan kerana suruh mengerjakan taat dengan dia dan tiada di jadikan hati melainkan kerana tempat zikir akan dia dan jangan ia bimbangkan dengan lainnya maka barang siapa baginya yaqin yang zauki atas jalan ini tiada memalingkannlidahnya melainkan di dalam zikir akan dia dan tiada memalingkan telinganya melainkan mendengar kalamnya dan kalam Rasulnya dan kalam Auliyanya dan tiap-tiap suatu itu menyampaikan dia kepada Tuhan dan tiada dipaling matanya melainkan pada barang yang memberi manfaat dan menunjuk akan dia kepada jalan Allah dan demikianlah dikirakan dirinya pada segala nikmat yang memberi nikmat dengan dia oleh Maulanya hingga tercapailah akan maqam orang yang Syakirin iaitu orang yang memalingkan sekelian nikmat yang di beri Allah dengan dia atasnya kepada barang yang dijadikan kerananya maka adalah tatkala itu tercapailah ia akan bertambah pemberiannya seperti firman Allah taala:

وَلَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِدَنَّكُم

Bermula maqam yaqin itu iaitu diketahuinya bahawa sa Allah taala melihat atasnya pada tiap-tiap waktu dan ketika.

No comments:

Post a Comment