Sambungan Hikam Abi Madyan 01
buat bacaan mlm yang penuh keberkatan.
dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Pengasih.
Dan lagi barang yang dinaqal dari Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a pada (mentafsirkan) firman Allah Taala:
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
yang bermaksud;
"Dikeluarkan yang hidup daripada yang mati dan dikeluarkan yang mati daripada yang hidup".
Katanya(Sayyidi Abi Al-abbas Al-Marsi r.a);
Seperti manusia mengerjakan dosa, maka didapatkan dia dengan minta uzur dan Inkisar(dukacita), maka ini "Hidup" dan iaitu minta uzur[1] "keluar ia daripada yang mati"iaitu dosa.
Dan seorang pula mengerjakan banyak amalan taat dan dirobohkan amalan itu dengan Ujub dan bermegah-megah. Maka ini "Mati" iaitu Ujub "dikeluarkan daripada yang hidup" dan ialah amalan taat yang dikerjakan.
Dan hasil/kesimpulan daripadanya bahawa sa orang yang salik itu apabila disucikan zahirnya dan bathinnya dan jernih hatinya daripada segala aghyarnya dengan jalan tharikat muhammadiah nescaya bersihlah cermin hatinya daripada kekeruhan kaunih dan hapuslah daripadanya segala karat tulus nafisah maka jadi ahli iaketika itu hatinya bagi tempat turun limpah nur rabbaniah dan jadi ahlilah dia bagi musyahadah dan mukalimah maka fahamlah ia daripada quran barang yang tiada faham oleh orang yang lainnya dan turunlah dalam hatinya makna asrari ditentukan dia dan dapatnya akan hokum rabbaniah kerana inilah kata Arif ibni Athaillah;
فَرِّعْ قَلْبَكَ مِنَ الاَعْيَارِتَمْلَأُهُ بِالمَعاَرِفِ وَالاَسْرَارِ
Selesaikan oleh mu akan hati mu daripada segala Aghyarnescaya dipenuhkan dia dengan makrifat dan asrar dan tiada tertentu wahai saudara ku akan turun ini dengan quran tetapi di dapat yang demikian itu oleh orang yang Arif di dalam hatinya daripada tiap-tiap akuan yang mengenal ia akan tuhannya pada tiap-tiap Zarr daripada akuan kerana tiada suatu itu mel;ainkan dan iaitu daripada Ahli asrar dengan fasih perkataannya dan adalah pada tiap-tiap suatu baginya tanda yang menunjukkan atas bahawa sa ia tuhan yang esa.
Dan kerana inilah berkata setengah daripada Arifin bermula jalan kepada allah taala itu dengan sekira-kira nafas segala makhluk dan lagi kata yang lain pula bermula jalan kepada Allah dengan sebilang-bilang zaraat maujudat maka tiada ada suatu zarrah melainkan ia menunjukkan jalan kepada maulanya.
Kata Sheikh radiallahuanh:
اَلحَقُّ مستبد الوجود والموجود مستمد والمادة عين الوجود فلو انقطعت المادة لانهدم الوجود
Yakni bermula hak subhanahu wataala itu yang asing sendiri adanya da nada segala kainat ini limpah pertolongan daripada demikian adanya dan pertolongannya itu demikian ain adanya maka jikalau diputus pertolongannya nescaya binasalah segala maujud kainat ini dan hilanglah dan fanalah dan tiada tinggal suatu maka kerana bahawa sa segala perkara ini sekeliannya keluarlah daripadanya dan limpah kurnia seperti firman Allah taala:
Dan jikalau tiadalah kurnia Allah atas kamu dan rahmatnya nescaya tiada suci daripada kamu seorang selama-lamanya dan tetapi Allah subhanahu wataala yang menyucikan orang yang dikehendakinya.
Kata ahli makrifat bahawa sa tajalli hak subahanahu wa taala atas segala hati itu selama-lamanya tiada yang menegahkannya oleh nyata nur tajallinya itu melainkan sebab bombing segala hati itu dengan segala yang lain daripadanya maka kerana inilah disuruh kita membanyakkan zikir La ilaha illa Allah pada permulaannya kerana adalah ia yang menyapu bagi segala aghyar yang pada hati.
Maka apabila hilanglah segala aghyar nescaya didapatnya dengan tuhannya dan yang terlebih elok perkataan yang dikata itu kata setengah Arifin iaitu engkau itu hadir pada hadrat yakni Tuhan mu mudah-mudahan Syair ku:
Adakah engkau ketahui bahawa sa kalim(luka) hadir pada mu maka apa sebab bagi luka mu tiada sembuh.
Maka adalah hak subhanahu wa taala itu tiada ghaib dan sungguhnya yang ghaib itu engkau daripadanya kerana bimbang kamu dengan yang lain maka hadir oleh mu akan hati mu nescaya jadilah bahawa sa seumpama kamu melihat akan dia ialah maqam ehsan yang di disebut pada hadis iaitu bahawa engkau sembah akan Tuhan mu seperti seumpama bahawa sa engkau melihat akan dia maka jika tiada ada kamu melihat akan dia maka bahawa sa ia melihat akan dikau dan disini hikmah yang bangsa zaukiah iaitu sabdanya jikalau tiada ada kamu yakni jika fana mu daripada diri mu nescaya melihat kamu akan dia ertinya bahawa sa telah tahkiklah kamu dengan maqam fana dan tercapailah dengan maqam syuhud iaitu melihat dengan mata hati yang iaitu jadilah ia pada akhirat melihat dengan mata kepala.
Kata sheikh radiallahuanh:
لا يصلح سماع هذا العلم الا لمن حصلت له اربعة الزهد والعلم والتوكل واليقين
Tiada patut mendengar bagi ini ilmu melainkan bagi orang hasil baginya yakni ada empat sifat
1. pertamannya Zuhud dan
2. Keduanya ilmu dan
3. Ketiganya tawakkal dan
4. Keempatnya Yaqin.
Ertinya tiada patut mendengar akan ilmu ini yakni ilmu tharikat melainkan bagi orang yang ada bersifat dengan empat sifat:
No comments:
Post a Comment