Thursday, 20 March 2014

Redha dgn Qadha Allah

Redha dengan Qadha Allah :

Sedikit sarapan pagi yang berkat ini buat hamba yang jahil lagi bebal, semoga Allah memberikan kekuatan atas Hamba dan muslimin sekelian bagi menerimanya dengan hati yang tulus ikhlas.
Amiin.

بسم الله الرحمن الرحيم

Qadha dan Qadar iaitu satu daripada rukun imam yang enam.

Kewajiban menerima oleh hati kita dengan qadha dan qadar Allah ini di ijmak ulama atasnya dengan dalil mutawatir sekalipun ada sesetengah mereka yang menapikan dia.

kata Imam al-Ghazali Rahimahullah dalam Minhajul Abidin:

Redha dengan qadha iaitu meninggalkan benci.
Benci iaitu menyebutkan selain barang yang dihukumkan oleh Allah dengan bahawa barang yang di sebutkan itu terlebih utama baginya dan terlebih baginya pada barang yang tiada di yakinkan binasanya

*spt sesaorang mengatakan kaya itu lebih baik baginya tanpa di ketahuikan kebinasaannya sedangkan Allah menentukan dia hidup dalam kemiskinan maka menyebut-nyebutkan kaya atas dirinya itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.

*spt hidup dalam aman itu keinginan dia tapi Allah tentukan dia dengan ketiadaan aman maka menyebut-nyebut ia dalam hatinya akan ingin aman padahal melawani ia akan kehendak Allah itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.

*spt merungut atas kehilangan sesuatu pada hal Allah menghendakinya maka melawani ia akan kehendak Allah itu namanya benci dengan qadha Allah iaitu ketiadaan redha dengan qadha Allah.
Dan umpamanya.

Berkata guru-guru kami: yang di qadhakan itu ada 4:
1. Nikmat
2. Kepayahan
3. Kebaikan
4. Kejahatan.

Maka
Nikmat itu: wajib redha padanya qadha(hokum spt senang dan mewah dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad dapat kesenangan dll) dan wajib atasnya syukur daripada sekira-kira bahawa sanya ia nikmat.

Kepayahan: wajib redha padanya dengan hukum spt susah dan sakit dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad mendapat kepayahan dll) dan wajib atasnya sabar drpd sekira-kira bahawa ia kepayahan.

Kebaikan/kebajikan : wajib redha padanya dengan qadha (spt murah rezeki dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Muhammad mendapat rezeki dll) dan wajib atasnya menyebutkan kebajikan drpd sekira-kira diberikan dia taufik Allah taala bagi kebajikan itu.

Kejahatan : wajib atasnya redha dengan qadha spt susah dan sakit dll) dan qadhi(yang menghukumkan iaitu Allah) dan muqdhi(yang dihukumkan spt Fulan berbuat maksiat dll) dan wajib atasnya Sabar daripada/meninggalkannya daripada sekira-kira bahawa di hukumkan/tentukan dia tiada redha dengan diri kejahatan.

Faedah redha terbahagi kepada 2:

1. Bahawa dapat engkau sempurnakan ibadah dengan sempurna kerana jika tiada kita redha dengan qadha maka adalah kita didalam duka cita yang berpanjangan dan sebok hati kita dengan memikirnya serta berkata-kata perkataan yang tiada memberi faedah bahkan terkadang membawa kepada perkataan yang memberi mudharat bagi iman spt berkata sesaorang: mengapa/macam mana boleh jadi macam ini, kenapa kena pada kita dll maka selama-lamanya dalam berkata-berkata yang menyusahkan hati bagi sempurna ibadah. Benar lah perkataan Syaqiq al-Balkhi rahimahullah sekira-kira berkata ia: menyesalkan perkara yang telah lalu itu dan mentadbirkan yang lagi akan datang itu sa nya menghilangkan bagi berkat umur mu.

2. Terpelihara daripada marah dan murka Allah azza wa jalla .

عَنْ أَنَسٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : " إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ ، مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ ، وَإِنَّ اللَّهَ - عَزَّ وَجَلَّ - إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا ، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ " . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ .
Drpd Anas radiallahuanh berkata ia, bersabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : bahawa besarnya balasan itu menyertai besarnya ujian dan Bahawa Allah azza wa Jalla apabila kasih akan kaum itu nescaya di ujinya maka barang siapa yang redha maka bagi redha dan barang siapa marah maka baginya marah. Riwayat Tarmizi dan ibni Majah.

قال ابن مسعود - رضي الله عنه -: "إن الله تعالى بقسطه وعلمه جعل الروح والفرح في اليقين والرضا، وجعل الهمّ والحزن في الشك والسخط " .
Berkata Ibnu Mas'ud Radiallahuanh: bahawa Allah taala dengan keadilanNya dan IlmuNya menjadikan kesukaan dan kelepasan itu dalam Yaqin dan Redha dan menjadi Allah akan duka cita dan kesedihan itu dalam keraguan dan kemarahan.

وقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: "ذاق حلاوة الإيمان من رضي بالله رباً وبالإسلام ديناً ومحمد رسولاً "
Sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : dirasakan kemanisan iman itu oleh mereka yang redha dengan Allah sebagai tuhan dan islam agamanya dan Muhammad itu Rasul.

Ya Allah jadikan daku dan muslimin sekelian daripada mereka yang redha dengan qadha yang terdahulu Ilmu Mu atas kami yang sangat daif dalam mengimani qadha Mu

No comments:

Post a Comment