Hukum Menutup Aurat dalam Islam.
Sedikit peringatan buat diri di Pagi yang berkat ini semoga saya dan sahabat2 sekelian sentiasa dalam rahmat Allah yang berkekalan hingga Hari yang tiada memberi manfaat harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang dating bertemu Tuhannya dengan hati yang sejahtera.
Harap maaf kalau ada salah silap, hamba nih orang paling banyak buat silap serta banyak kekurangan.
بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)
Menutup Aurat daripada pandangan mata ajnabi iaitu wajib dengan Ijmak berdalilkan firman Allah seperti di atas, adapun diri(kawasan yang dinamakan ) aurat yang wajib ditutup maka berlaku perselisihan Ulama padanya yang kita bawa pembahagian asalnya kepada dua:
1. Aurat di-dalam solat.
2. Aurat di-luar solat.
Adapun Aurat di dalam solat maka berkata Imam al-Shafei Rahimahullah dalam kitab al-Ummnya:
قال الشافعي: وعورة الرجل ما دون سرته إلى ركبتيه ليس سرته ولا ركبتاه من عورته وعلى المرأة أن تغطي في الصلاة كل بدنها ما عدا كفها ووجهها
Mazhab >>> Shafe'i: Aurat lelaki iaitu kawasan antara pusat dan lutut yang bukanlah pusat dan dua lututnya daripada Aurat dan wajib atas perempuan bahawa menutup sekelian badannya dalam solat selain dua tapak tangannya dan mukanya.
Mazhab >>>Hanbali seperti di sebut dalam kitab al-Furu'. Kitab al-solat, bab tutup Aurat dan hokum pakaian ms 328. Dan kitab kasyaful Qana' 'an Matn al-Iqna' dalam Kitab al-solat, bab tutup Aurat dan hokum pakaian.
Mazhab >>> Maliki seperti disebut dalam kitab Manhl al-Jalil fi Syarih Al-Khalil ms 222.
Mazhab>>> Hanafi sama seperti lainnya kecuali dua kakinya tak wajib. Kitab Bahr al-Raik syarah Kanju al-Daqaeiq ms 285 jld satu.
Berkata Imam Nawawi dalam majmuknya kitab solat bab tutup aurat:
يجب ستر العورة للصلاة لما روي عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال
: لا يقبل الله صلاة حائض إلا بخمار
Wajib menutup aurat bagi soloat kerana hadis yang dating ia lagi riawayat 'Aishah رضي الله عنها bahawa Nabi ص bersabda: tidak menerima Allah akan solat orang yang haid(kinayah sudah baligh) melainkan dengan khimar(pakaian yang menutup tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan). Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan berkata ia hadith hasan dan meriwayat al-Hakim dalam mustadraknya hadth sahih atas syarat muslim dan beberapa takhrij lagi yang tidak hamba bawak datang disini.
Adapun Aurat Perempuan di Luar Solat maka Firman Allah taala:
قَوْلِهِ تَعَالَى :يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar dari rumah mereka itu); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)
Firman Allah yang bermaksud>>> melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya<<<<
1) Iaitu dengan makna: bahawa menutup mereka itu perempuan yang merdeka akan sekelian tubuhnya melainkan mata yang satu sebelah kiri.
Tafsiran ini disebut oleh Imam Jarir at-Tabari dalam tafsir akan perkataan: Ibnu Abbas dan Ubaidah daripada Ibni Sirrin dan Muhammad.
2) Iaitu dengan makna: bahawa menutup sekelian tubuh mereka.
Tafsiran Ibni Abbas dan Qatadah dan Mujahid dan ,
Mazhab as-Shafe'i:
Wajib tutup Muka dan Tapak tangan dalam solat tidak diluarnya, apa yang disebutkan dalam al-Umm jld 2/85-86 iaitu kalam as-Shafe'i bab aurat dalam solat.
Adapun ashab/pendokong mazhab as-Shafe'I maka ada padanya huraian:
1. Harus buka muka.
2. Wajib tutup muka dan tapak tangan tanpa menghiraukan huraian dan iaitu yang muktamad disisi Ulama mutaakhirin/kemudian daripada mereka itu.
Rujukan : Nihayah al-Muhtaj jld 6/185-187, dan Mughni al- Muhtaj jld 3/128-129, dan al-Sirajul –alWahhaj ms 360, dan Hasyiah al-Bujirmi 'ala syarh Ibni al-Qasim 'ala Matn Abi Syuja' jld 2/99-100, dan Raudah al-Talibin jld 7/21 dan al-Hawi al-Kabir jld 2 167-170, dan Hasyiah al-Syarqawi 'Ala Tuhfat al-Tullab jld1/175, dan al-Majmuk jld 3/167-169 atas bahawa dalam solat, dan lainnya.
Mazhab Hanafi>> ada dua perkataan:
1. Perempuan sekeliannya aurat melainkan Muka dan dua tangannya dalam solat dan di luar solat dan bahawa suaranya aurat dan berselisih mereka itu pada bab lengan dan kaki dan perut tapak tangan ada setengah mereka yang mengatakan aurat dalam solat dan tidak aurat diluar solat dan setengah yang lainnya mengatakan sebaliknya melainkan sekelian mereka itu mengambil pendekatan kuat bahawa muka perempuan haram dilihat sekalipun bukan ayart disisi Hanafiah bahkan sepakat mereka mewajibkan akan tutup muka bila berlaku fitnah melainkan perempuan tua yang sudah tak di syahwatkan lagi.
Rujukan kitab: Bada'ie al-Soni' jld 5 ms 121-122, al-Ikhtiar jld 1 ms 46, Fath al-Qadir jld 1 ms 258-260, al-Bahr al-Raiq jld 1 ms 284-285, Radd al-Muhktar jld 405-406, 'Eila al-Sunan jld 2 ms 154-155 dan lainnya.
2. Lazim tutup muka disisi ajnabi tanpa kait dengan fitnah dan tidak lainnya maknanya wajib tutup muka:
Rujukan ahkam al-Quran bagi al-Jasos jld 5 ms 245, Ruh al-Maani jld 22 ms 89 dan Irsyad al-aql jld 7 ms115, Tafsir al-Nasafi jld 3/79 , dan Ruh al-Bayan jld 7/240 dan lainnya.
Adapun ulama Mutaakhirun Hanafiah sepakat mereka itu atas wajib tutup muka perempuan sama ada dikatakan muka itu aurat atau tidak aurat kerana muafakat mereka atas wajib tutup semasa berlaku fitnah. Rujukan Faidul al-Bari bagi al-kasymiri jld 1/254 dan al-Bahr al-Raiq jld 1/284 dan al-Fitan bagi albayanuni ms 196-197 dan Fasl al-Khitab ms 55 dan Audah al-hijab ms 421-423.
Mazhab Maliki: ada dua perkataan
1. Tubuh perempuan semuanya aurat melainkan muka dan tapak tangan dalam solat dan di luar solat sewaktu aman fitnah, adaoun jika takut fitnah wajib tutup keduanya dan setengah mereka itu menentukan kewajiban tersebut ke atas peremouan yang muda yang cantik rupa paras dan setengah mereka itu mewajibkan atas lelaki menutup pandangannya ini semua disisi Malikiah serta selain kafir. Rujukan al-Abd al-Waghd bagi ibni Arabi jld 3/1578, dan al-Qawanin al-Fekhiyah ms 41, dan Tafsir al-Qurtubi jld 14/234
Sekelian yang mewajibkan tutup muka semata2 iaitu al-Tamhid jld 6/363-369, dan al-fawakih al-dawani jld 1/152, dan Hasyiah al='Adawi ala Syarh al-Risalah jld 1/150, dan Saalik al-Dilalah 12-13, dan Manh al-Jalil jld 1/222, dan Mawahib al-Jalil jld 1/499, dan Hasyiah al-Dusuki jld 1/214, dan alQawanin al-Fikhiah ms 41, dan Bulghat al-Saalik jld 1/219-220 dan lainnya.
2. Wajib tutup muka perempuan disisi ajnabi semata2 tanpa huraian. Rujukan Ahkam al-Quran jld 12/228, dan 'Aridh al-Ahwazi jld 4/56, dan Hasyiah al-Kasaaf bagi ibni Munir jld 3/76, dan tafsir ibni Jazzi jld 3/144, dan al-Bahr al-Muhith jld 7/250, dan Tafsir al-Miraghni jld 2/93 dan Adhwa' al-Bayan jld 6/586, dan al-Maratul al-Muslimah bagi wahbi albani 204-205 dan 'Awdah al-Hijab jld 3/423-426 dan lainnya.
Adapun mazhab maka lebih kurang seperti mazhab yang lain bahkan ada sesetengah tempat lebih ketat hokum tutup muka dan tapak tangan.
Hamba rasa cukup sebagai pegangan bagi mereka yang beriman dan menjaga keselamatan diri mereka daripada bahaya fitnah yang sangat berleluasa seperti negara kita Malaysia yang tercinta.
semoga kita dan kaum muslimin sekelian berada dalam Rahmat Allah di dunia dan Akhirat.