إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فهو المهتدي، ومن يضلل فلن تجد له وليًّا مرشدًا.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين.
اما بعد:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران: 102].
{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً} [النساء: 1].
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً} [الأحزاب: 70-71].
Asal pengharusan Talak ini Dengan dalil Kitab dan Sunnah dan Ijmak Ummah.[1]
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ
Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul)
Sekalipun ayat ini khitabnya di hadapkan kepada Nabi saw tetapi hukumnya umum padanya dan pada Umat sekeliannya. maka ianya masuk dibawah kaedah khusus yang dikehendaki dengan dia umum.
فَرَوَى قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ قَالَ طَلَّقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَفْصَةَ فَأَتَتْ أَهْلَهَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى : يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ فَقِيلَ لَهُ : رَاجِعْهَا فَإِنَّهَا صَوَّامَةٌ قَوَّامَةٌ وَهِيَ مِنْ أَزْوَاجِكَ فِي الْجَنَّةِ .
Maka meriwayat imam Qatadah daripada Anas bin Malik radiallahuanh berkata ia: telah mentalak Rasulullah sallallahu alaihi wa salam akan Hafsah maka mendatangi Hafsah akan keluarganya maka memperturun Allah akan ayat "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul)" maka di katakan baginya, Rujuk oleh Mu akan dia maka sesunggunya dia perempuan yang kuat berpuasa lagi berdiri malam dan Dia antara Isteri-isteri Mu dalam Syurga.
Rukun Talak ada Lima bahagi;
1. Sighah iaitu lafaz talak.
2. Mahal yakni tempat talak iaitu Isteri.
3. Wilayah yakni perintahnya ats mahal itu.
4. Qasad yakni diqasadkan lafaz talak bagi maknanya.
5. Mutallik yakni suami.
Dan disyaratkan pada suami itu pada waktu/ketika talak itu:
Mukallaf maka tiada sah talak lain daripada mukallaf melainkan dengan sakran/mabuk dan dengan ikhtiar , maka tiada sah talak daripada orang yang tergagah dan jikalau tiada ia tauriah sekalipun dan Tauriah itu seperti ia niat talak perempuan yang lain daripada isterinya atau ia niat dengan talak itu mengurangkan tambatan.
Dan disyaratkan pada sighah itu lafaz yang menunjukkan atas bercerai sama ada lafaz sarih atau kinayah. Maka jatuh talak dengan lafaz yang sarih/terang dengan tiada berkehendak kepada niat menjatuhkan talak.
Bermula lafaz yang sarih itu musytaq talak dan faraq dan sarrah dan terjemah musytaq barang yang tersebut itu dengan bahasa ajam/selain arab sepeti di katanya:
1. aku talak akan dikau atau
2. aku ceraikan dikau atau
3. aku lepaskan dikau atau
4. engkau tertalak atau
5. engkau yang kena talak atau
6. wahai perempuan yang di talakkan.
Dan jatuh talak dengan lafaz kinayah dengan berkehendak kepada niat yang disertakan dengan awalnya seperti dikatanya:
1. aku lepaskan akan dikau atau
2. aku terlepas atau
3. engkau kena lepas atau
4. engkau sunyilah yakni daripada suami atau
5. engkau yang diputuskan perhubungan atau
6. engkau yang ditanggalkan nikah atau
7. Halal Allah atas engkau haram atau
8. Beredah oleh mu atau
9. Istibrakan Rahim engkau atau
10. Hubung oleh mu dengan ahli keluarga kamu atau
11. Bujang oleh mu atau
12. Dagang oleh mu atau
13. Tinggal oleh mu akan daku atau
14. Wada' oleh mu akan daku atau seumpama yang tersebut itu daripada tiap-tiap lafaz yang memberi ketahui dengan bercerai akan sebagai memberi ketahui yang hamper seperti bersembunyi oleh mu atau berbekal oleh mu atau keluar oleh mu atau musafir oleh mu atau tiada jatuh bagi ku pada engkau.
Bermula merdeka itu kinayah bagi talak dan sebaliknya maka jika di katakan bagi isterinya aku merdekakan dikau atau tiada bagi ku atas engkau dan di niatkan talak maka jatuh talaknya atau dikata bagi sahayanya aku talak akan dikau dan diniatkan merdekanya maka jadi merdeka ia.
Dan tiada talak itu kinayah zihar dan tiada zihar pula kinayah bagi talak maka jika berkata suami bagi isterinya engkau atas ku haram atau aku haramkan dikau dan diniatkan talak jika berbilang-bilang sekalipun atau diniatkan zihar nescaya jatuh yang diniatnya atau diniatkan keduanya iaitu talak dan zihar maka dipilih salah suatu daripada keduanya dan thabitlah barang yang dipilih akan dia itu dan jika tiada di niatkan sesuatu daripada yang tersebut hanya di niatkan mengharamkan ain/diri isteri jua atau diniat mengharamkan watinya atau farajnya atau kepalanya atau tiada diniatkan sesuatu maka tiada jadi haram isteri itu atasnya dan wajib atasnya kafarah yamin jua seperti barang yang ia berkata akan yang tersebut bagi sahaya/hamba perempuannya maka bahawa sanya tiada haram ia atasnya dan wajib atasnya kafarah yamin/sumpah.
Dan jika mengharamkan yang lain daripada yang tersebut seperti seperti berkata isterinya talak oleh mu akan daku maka memberi isyarat ia dengan tangannya baha pergi oleh mu maka isyarat itu lagha/tak di kira jua.
Dan jika ia niatkan talaknya sekalipun.
Dan sah isyarat orang yang bisu pada talak dan lainnya seperti bai'/jual beli dan nikah dan ikrar dan dakwa dan kholo'/tebus talak dan merdeka dan jikalau kuasa ia menyurat sekalipun kerana dharurah tiada (tiada sah isyarat orang bisu ) pada sembahyang maka tiada bathal sembahyangnya dengan isyaratnya dan tiada (tiada sah isyarat orang bisu )syahadah/kesaksian maka tiada sah syahadahdengan isyaratnya dan tiada jatuh sumpah dengan isyarat itu oleh orang yang bersumpah tiada ia berkata-kata kemudian maka bisu ia maka jika difaham akan talaknya dengan isyaratnya oleh tiap-tiaporang maka sarih/nyata ia dan jika tertentu orang yang cerdik dengan difahamkan talaknya daripada isyarat itu maka kinayah ia berhajat kepada niat.
Dan setengah daripada kinayah itu suratan daripada orang yang berkata-kata atau orang yang bisu maka jika diniatkan dengan suratan itu akan talak nescaya jatuh talaknya dengan sampai suratan kepada isteri atau disuratnya apabila engkau baca surat ku maka engkau talik/orang yang tertalak maka dibaca isterinya akan dia atau ia faham akan dia dengan dilihatnya dan jika tiada ia berlafaz dengan sesuatu daripadanya sekalipun nescaya jatuhlan talaknya. Demikian lagi jatuh talaknya jika ia tiada tahu membaca dan diketahui oleh suami akan halnya.
Dan disyaratkan pada mahl/tempat itu hendak ada ia isteri dan jika ia di dalam eddah raj'ei sekalipun maka jatuh talaknya jika disandarkan talak itu baginya atau bagi suku-sukunya yang terhubung dengan dia seperti serobo'nya/saperempatnya atau tangannya atau bulunya hingga jikalau diisyaratkan bagi Seurat bulu daripadanya dengan talak nescaya jatuh talaknya atau kukunya atau darahnya atau giginya dengan jalanberlaku talak itu daripada juzuk kepada yang tinggalnya seperti barang yang pada merdeka.
Dan keluar dengan suku-sukunya isteri itu jatuh jika disandarkan talak bagi fadlahnya/lebihnya sepeti air liurnya atau maninya atau laban/susu atau peluhnya seperti dikatanya air liur engkau atau air mani engkau atau laban/susu engkau atau peluh engkau itu talik/yang tertalak maka tiada jatuh talaknya kerana bukan ia suku-sukunya.
Dan keluar dengan yang berhubung dengan dia itu yang tiada berhubung seperti dikata bagi isterinya yang terpotong tangan kanannya… tangan engkau talik/yang tertalak maka tiada jatuh talak isterinya kerana ketiadaan juzuk yang berlaku talak daripadanya kepada yang tinggalnya seperti barang yang pada merdeka.
Dan disyaratkan pada wilayah atas mahl/tempat itu milik bagi orang yang mentalakkan dia yakni milik manfaat maka tiada jatuh talak jikalau ditaklikkan dia sekalipun atas perempuan yang ajnabiah/bukan isteri seperti isterinya yang sudah iaitu jika berkata ia bagi perempuan yang ajnabiah….. engkau talik/yang tertalak atau jika aku berkahwin akan dikau atau jika masuk engkau akan kampong maka engkau talik/yang tertalak atau tiap-tiap perempuan yang Aku berkahwin akan dia maka ia talik/yang tertalak, tiada jatuh talak perempuan itu atas suaminya dan tiada jatuh talak jika ia berkahwin akan dia dan tiada jatuh talak dengan masuknya akan kampong kemudian daripada ia berkahwin akan dia kerana ketiadaan wilayah daripada orang yang berkata ia pada mahl/tempat itu.
Dan sah talak isteri yang di dalam edah raj'ei kerana lagi tinggal/kekal wilayahnya atasnya kerana memilik ia akan rajeiah dan sah ditaklik oleh sahaya/hamba akan talak yang ketiganya seperti dikatanya… jikalau dimerdekakan daku atau jika engkau masuk akan kampong maka engkau tertalak tiga talak maka jatuh tiga talak itu jika dimerdekakan dia atau jika masuk isterinya di dalam kampong kemudian daripada jadi merdeka sahaya itu dan jika tiada memilik ia akan talak yang ketiganya pada ketika takliknya sekalipun kerana memilik ia akan asal nikah yang memberi faedah tiga talak dengan syarat merdekanya dan telah didapatkan dia.
Dan jika ia taklikkan talak dengan satu sifat maka jadi bain isterinya dengan kholok/tebus talak dan umpamanya kemudian ia berkahwin akan dia pula dan didapatkan sifat itu nescaya tiada jatuh talaknya.
Dan jika ditalak orang yang merdeka akan isterinya kurang daripada tiga talak dan ia rujuk pula atau ia membaharukan nikahnya dan jikalau kemudian daripada berlaki yang lainnya sekalipun nescaya kembali ia dengan barang yang lagi tinggal daripada tiga talak itu dan jika talaknya tiga talak kemudian ia membaharukan nikahnya kemudian daripada daripada berlaki yang lain nescaya kembalilah dengan tiga talak pula kerana ia isteri yang baharu dan lain daripada orang yang merdeka pada dua talak seperti orang yang merdeka pada tiga talak.
Dan memilik sahaya/hamba dan jikalau mubaadh atau mukatab sekalipun dua talak jua dan jikalau isterinya perempuan yang merdeka sekalipun dan orang yang merdeka tiga talak dan jikalau isterinya sahaya orang sekalipun.
Dan jatuh talak pada sakit matinya seperti barang yang jatuh talak pada sihatnya dan mempusakai dua laki isteri itu jika pada edah talak raj'ei, tiada pada edah talak bain maka tiada mempusakai keduanya.
Dan disyaratkan pada qasad talak itu mengqasad oleh suami itu akan lafaz talak bagi maknannya maka tiada jatuh talak daripada orang yang menghikayatkan talak orang lain seperti dikatanya…. Berkata sifulan isteri ku tertalak dan tiada jatuh talak daripada orang yang jahil akan maknanya dan jika ia niatkan maknannya sekalipun dan tiada pula daripada orang yang terlancar lidahnya dengan talak kerana ketiadaan diqasadkan kepadanya dan makna yang dijahilkan dia itu tiada sah qasadkan pula.
Dan tiada dibenarkan suami pada zahir pada dakwanya barang yang menegahkan dengan ada tandanya seperti berkata suami.. Ya Talik/ wahai yang tertalak bagi isterinya yang bernama Talik dan tiada diqasadkan talak maka tiada jatuh talaknya kerana ditanggungkan atas seruan dan jika diqasadkan talak nescaya jatuh talaknya dan seperti berkata suami… Ya Talik/Wahai yang tertalak bagi isterinya yang bernama talak atau Talib atau Tali'e dan katanya berkehendak aku menyerunya maka berpaling huruf maka bahawa sanya dibenarkan pada dakwanya dan tiada jatuh talaknya kerana nyata tandanya maka jika tiada dikatanya yang demikian itu nescaya jatuh talaknya.
Dan jika berkata-kata suami akan isterinya dengan talak itu bergurau-gurau dengan bahawa ia qasadkan lafaz jua tiada qasadkan maknanya atau kerana bermain-main dengan bahawa tiada diqasadkan sesuatu atau sangkakan isterinya perempuan yang ajnabiah seperti di dalam kelam/gelap atau dibelakang dinding nescaya jatuh talaknyapada segala yang tersebut kerana qasadnya akan talak dan ia jatuhkan dia pada tempatnya.
[1] Imam al Mawardi dalam kitab al Hawi kabir kitab Talak.