Bab yang Ke lima Pada menyatakan Kikir dan Kasih akan Harta.
Ketahui oleh mu bahawa sa kikir itu setengah daripada sebesar-besar yang membinasakan, telah berfirman Allah Taala:
وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Ertinya dan barang siapa di pelihara akan dia akan kikir dirinya maka mereka itu jua yang mendapat kemenangan.
Dan firman Allah taala:
Ertinya dan jangan menyangka oleh mereka yang kikir mereka itu dengan barang yang memberi akan mereka itu oleh Allah taala daripada limpah kurnianya ia kebaikan bagi mereka itu bahkan ia kejahatan bagi mereka itu ertinya jangan menyangka mereka itu akan bahawa sa kikir mereka itu kebajikan bagi mereka itu bahkan kikir itu kejahatan bagi mereka itu, selagi akan dijadikan harta yang kikir mereka itu dengan ia kalung daripada api pada leher mereka itu pada hari kiamat dan bersabda Nabi saw:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالشُّحِّ
Ertinya jauhkan oleh mu akan diri kamu daripada kikir dan akan kikir daripada kamu kerana bahawa sa kebinasaan umat yang ada ia dahulu daripada kamu dengan sebab kikir.[1]
Sabda Nabi saw
قَالَ : سَمِعْتُ الْحَسَنَ يُحَدِّثُ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ مِنَ الْخُيَلَاءِ
Ertinya bermula tiga perkara sebab bagi binasa:
1. Kikir yang dituruti
2. Keinginan yang di ikuti.
3. Tercengang oleh sesaorang akan dirinya daripada bermegah-megah.[2]
Dan sabda Nabi saw:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّخِيُّ قَرِيبٌ مِنْ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْجَنَّةِ قَرِيبٌ مِنْ النَّاسِ بَعِيدٌ مِنْ النَّارِ وَالْبَخِيلُ بَعِيدٌ مِنْ اللَّهِ بَعِيدٌ مِنْ الْجَنَّةِ بَعِيدٌ مِنْ النَّاسِ قَرِيبٌ مِنْ النَّارِ وَلَجَاهِلٌ سَخِيٌّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ عَالِمٍ بَخِيلٍ
Ertinya orang yang pemurah itu hampir ia daripada Allah taala lagi hampir ia daripada manusia lagi hampir ia daripada syurga dan orang yang kikir itu jauh ia daripada Allah taala lagi jauh ia daripada manusia lagi jauh ia daripada syurga, hampir ia daripada api neraka dan yang jahil yang pemurah lebih kasih kepada Allah daripada yang mengerjakan ibadah yang kikir[3].
Dan dikehendaki dengan hampir daripada Allah taala iaitu hampir daripada rahmatNya dan pahalaNya dan dikehendaki hamper daripada manusia iaitu kasih mereka itu akan dia dan dikehendaki dengan hampirr daripada syurga iaitu diangkatkan hijab antaranya dan antara syurga itu dan dikehendaki dengan jauh daripada Allah taala iaitu jauh daripada rahmatnya dan pahalanya dan dikehendaki dengan jauh daripada manusia benci mereka itu akan dia dan dikehendaki dengan jauh daripada syurga iaitu banyak hijab antaranya dan antara syurga itu.
Dan ketahui oleh mu bahawa sa asal bagi kikir itu kasih akan harta dan ia kelakuan yang dicela. Dan bermula mereka yang tiada baginya harta tiada nyata kikirnya dengan menahan daripada umpama sedekah tetapi nyata ia dengan kasihnya akan harta berapa banyak orang yang pemurah tetapinya kasih akan harta maka murah ia dengan memberikan hartanya supaya dipuji akan dia dengan pemurah dan yang demikian itu dicela juga pada syara' kerana bahawa sa kasih akan harta itu melalaikan ia daripada zikirillah dan memalaingkan ia akan hati kepada dunia dan meneguhkan ia akan sangkutannya dengan dunia hingga berat atasnya oleh hati yang padanya menjumpai Allah taala telah berfirman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ
Ertinya wahai orang-orang yang beriman jangan melalaikan akan kamu oleh segala harta kamu dan jangan mwlalaikan akan kamu oleh sekelian anak kamu daripada menyebut nama Allah taala.
Dan firman Allah taala;
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ .
Ertinya hanya sa nya segala harta kamu dan sekelian anak kamu percubaab atas kamu daripada Allah taala.
Dan sabda Nabi saw:
حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ مَرْفُوعًا لَا تَتَّخِذُوا الضَّيْعَةَ فَتَرْغَبُوا فِي الدُّنْيَا
Ertinya jangan menjadikan oleh kamu akan kampong yang di ambil daripada perhasil maka sebab bagi gemar kamu pada dunia.
Adapun mereka yang tiada melalaikan akan dia oleh kampong itu maka harus baginya menjadikannya maka tiada ada hadis ini mansukh dengan menjadikan oleh Nbai saw dan sahabat ra. Akan kebun.
Firman Allah taala
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ
Ertinya beberapa lelaki yang tiada melalaikan akan mereka itu oleh berniaga dan tiada berjual beli daripada zikirillah.
Dan ketahui oleh mu bahawa sa harta itu tiada dicela akan dia semata-mata bahkan yang dicela itu harta yang melalaikan daripada ibadah.
Adapun harta yang menolong atas ibadah maka iaitu dipuji. Bersabda Nabi saw:
قَالَ : نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ
Sesuatu harta yang baik bagi sesaorang yang baik tetapi tiada sayugia membanyakan akan dia bahkan yang lebih utama di ambil harta itu sekadar yang memadai sahaja kerana doa Nabi saw
اللَّهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ آلِ مُحَمَّدٍ قُوتًا َفِي الدنيا كَفَافًا
Ertinya Wahai Allah jadikan oleh mu akan rezki keluarga Muhammad barang yang tiada ada ia berlebih daripada memadai bahkan sekadar hajat sahaja, menunjuki oleh Rasulullah saw dengan ini doa kepada bahawa sa tiada sayugia bagi mereka yang berakal bahawa penat pada menuntut akan yang lebih daripada sekadar hajat kerana tiada ada kebajikan padanya.
Bermula kadar hajat itu bersalah-salahan ia dengan sebab bersalaha-salahan kelakuan manusia tetapi yang dipuji yang kuat ia mengerjakan ibadah dengan sebabnya.
Adapun yang lebih daripada kadar memadai maka ada padanya tiga kebinasaan
1. Menyeru ia kepada maksiat. Maka bahawa sa orang yang kaya lebih kuasa atas mengerjakan maksiat daripada orang yang miskin.
Dan setengah daripada memelihara daripada maksiat itu bahawa tiada kuasa engkau mengerjakannya dan sabar pada ketika kuasa itu lebih sukar daripada sabar pada ketika lemah. Dan
2. Bahawa menyeru ia kepada bersedap-sedap dengan segala yang harus dan yang halal dan apabila adalah badannya biasa bersedap-sedap nescaya tiada kuasa ia meninggalkannya dan nescaya bersangatan kasihnya akan harta.
Dan apabila kasih ia akan harta nescaya terjadi padanya beberapa kesalahan. Sabda Nabi Isa alaihis salam:
حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ
Ertinya kasih akan dunia itu kepala tiap-tiap kesalahan kerana mula menjatuhkan ia kepada yang subahat kemudian kepada yang makruh kemudian kepada yang haram. Dan
3. Bahawa melalaikan ia daripada zikrillah kerana berhimpun di dalam hati itu berbantahan dengan umpama kuli dan perhitungan dengan umpama kungsi dan segala fikiran pada menghasilkan dan pada menambah harta itu mula-mula kemudian pada memeliharanya kemudian paa mengeluarkannya sekelian yang tersebut menghitamkan ia akan hati dan menghilangkan ia akan jernihnya dan melalaikan ia daripada zikrillah taala seperti firmanNya:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Ertinya Melalaikan akan kamu daripada mengerjakan amal ibadah oleh bermegah-megah dengan harta dan anak dan lainnya hingga ziarah kamu akan perkuburan. Ertinya hingga kamu mati dan ditanam kamu dalam kubur.
Ketahuilah oleh mu bahawa sa makna kikir itu menegah barang yang mewajibkan akan dia oleh syara' atau muruah:
1. Pertama seperti zakat dan nafkah isteri. Dan
2. Kedua seperti harata yang diberikan kepada penyair ( tukang syair) kerana menegah cercanya maka mereka yang tiada memberi akan isterinya akan sesuap makanan yang lebih daripada nafkah yang wajib tiada dinamakan ia kikir dan pangkat pemurah itu memberi barang yang lebih atas yang wajib pada syara' dan pada muruah dan
Bahawa sa ubat bagi kikir itu di campur pengetahuan dengan pekerjaan.
Adapun pengetahuan maka bahawa sa
1. Mengetahui engkau akan seksa pada negeri akhirat dan di cela manusia di dalam dunia
2. Dan mengetahui engkau akan bahawa sa harta itu tiada bersama-sama dengan dikau ke dalam kubur.
3. Dan hanya sa nya yang menyertai akan dikau ke dalam kubur engkau itu segala amal engkau yang baik dan yang jahat seperti sedekah dan kikir.
4. Dan bahawa sa segala harta itu milik bagi Allah taala dan memberi ia akan dikau daripadanya supaya engkau belanjakan pada pekerjaan engkau yang berfaedah.
5. Dan bahawa engkau ketahui bahawa sa menahan akan harata itu jika kerana hendak bersedap-sedap dengan dia pada keinginan, maka pahala akhirat lebih sedap daripadanya.
6. Dan menunaikan keinginan itu tabiat binatang dan membelanjakan harata pada taat itu tabiat mereka yang berakal dan jika adalah ia menegah harta dan menahannya itu kerana di cadang untuk anak maka seolah-olah ia meninggalkan anaknya dengan kebaikan dan datang ia akan Tuhannya dengan kejahatanmaka ini sehabis-habis bodoh kerana menyenagkan ia akan orang yang lain dengan memberi mudharat ia akan dirinya sendiri.
Dan adapun pekerjaan maka bahawa sa
1. Memberati engkau akan diri engkau dan menggagahi engkau akan dia atas memberi dan atas murah.
2. Dan sentiasa memperbuat engkau akan yang demikian tiu hingga jadilah murah itu adat bagi engkau.
3. Dan bahawa menipu engkau akan diri engkau dengan baik nama jika engkau pemurah.
4. Dan dengan mendapat balasan dunia dan akhirat maka kemudian daripada sudah beradat engkau mengeluarkan harta dan pemurah maka hendaklah menghilangkan engkau akan ini tipu daya dengan beransur-ansur.
Wallahuaalam.