Sunday 17 June 2012

Bab Lidah m/s 15 drpd kitab Penawar Bagi Hati.

Bab Lidah  m/s 15 drpd kitab Penawar Bagi Hati.
Di Masjid Al Munawwarah pada 17 jun 2012.

Sabda Nabi saw:
كم من قائم ليس من قيامه الا الشهر وكم من صائم ليس له من صيامه الا الجوع والظماء
Ertinya berapa banyak( Ramai ) drpd  yang sembahyang Malam tiada ada baginya drpd sembahyangnya melainkan berjaga dan berapa banyak (Ramai ) drpd yang berpuasa tiada ada baginya drpd puasanya melainkan lapar dan Dahaga.
Hadis riwayat Imam Darimi, Nasaei, kitab zuhud bagi Imam Ahmad dan banyak lagi.
Dan pada bab ini ada riwayat drpd Abi hurairah, Abdullam bin Umar dan Jabir bin Abdullah.

Diceritakan dari Ibni Abbas ra.:
لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام.
Ertinya tidak menerima oleh Allah akan sembahyang sesaorang yang ada didalam perut yang haram.
@@@@@@@@
<<< berdalil Oleh Ibnu Abbas dengan kata beliau demikian, akan hadis Nabi saw:
روى مسلم وغيره عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "أيها الناس: إن الله طيِّب لا يقبل إلّا طيباً. وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال: )يأيها الرسل كُلُوا من الطيّبات واعملوا صالحاً إني بما تعملون عليم(.المؤمنون: 51.وقال:)يأيها الذين آمنوا كُلُوا من طيّبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون( البقرة: 172. ثم ذكر الرجلَ يُطيل السفر أشعث أغبر، يمدّ يديه إلى السماء: ياربّ ياربّ، ومَطْعَمُه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغُذّي بالحرام، فأنّى يُستجاب لذلك".
Wahai manusia: bahawa sa Allah itu Baik yang tidak menerima ia melainkan yang Baik sahaja. Dan bahawa Allah Menyuruh ia akan orang mukmin dengan apa yang telah menyuruh Allah dengan dia akan sekelian Rasul yang diutuskan maka berfirman Allah taala: wahai Rasul makan oleh sekelian kamu drpd makanan yang baik2 dan beramal sekelian kamu dengan Amalan yang soleh, sesungguhnya Aku sangat mengetahuikan apa yang kalian kerjakan. Dan berfirman Allah taala : wahai sekelian yang beriman makan sekelian kamu drpd makanaan yang baik2, barang yang merezki kami akan kamu dan bersyukurlah kalian bagi Allah, jika adalah kalian orang yang menyembah akan dia.
Kemudian menyebut Nabi saw akan seorang lelaki yang jauh safarnya lagi kusut masai rambutnya lagi berdebu debu ia, pada hal mengangkat ia akan tangannya kearah langit sambil berdoa. Ya Tuhan ku Ya Tuhan ku, wal hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dia dengan haram, maka betapa di perkenankan akan dia. Hadis riwayat Imam Muslim.>>>>
@@@@@@@@@@@

Adapun bersangatan kenyang maka hanya sanya dituntut drpd menjauhkannya  kerana beberapa perkara.
Pertamanya : kerana bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi keras Hati.
Keduanya : bahawa sanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada buat kerja yang sia sia dan pada kejahatan, dan
Ketiga : ada pada membanyakan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan, dan
Keempat : bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah kerana bahawa sanya manusia itu apabila membanyakan ia akan makan nescaya beratlah badannya dan mengantuk matanya, dan
Keliama: bahawa sanya membanyakan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadah, dan
Yang ke enam: bahawa sanya membanyakan makan itu Di takuti jatuh kepada yang haram dan yang subahat, dan
yang Ketujuhnya : bahawa sanya membanyakan makan itu Menyusahkan Hati dan mempenatkan badan dan mencarinya dan mensediakannya dan memakannya qdan melepaskan drpd mudharatnya, dan
Ke Delapannya : bahawa sanya membanyakan makan itu Sebab bagi bersangatan sakit mati kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedepan dunia, dan 
Kesembilannya:bahawa sanya membanyakan makan itu mengurankan pahala akhirat, dan
Kesepuluhnya : bahawa sanya membanyakan makan itu Padanya hisab pada hari kiamat.
Telah menyebut akan sepuloh perkara ini oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin. Telah datang beberapa Hadis Nabi saw pada mencelakan akan kenyang setengah drpd nya:

 bersambung








Sent from my iPad

Thursday 14 June 2012

Khutbah hari ini di Surau As Syakirin Putra jaya

Khutbah hari ini di Surau As Syakirin Putra jaya

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra' Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Umat yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya sentiasa menerima apa sahaja yang berlaku sekalipun di luar jangkauan pemikiran manusia tanpa banyak soal dan pertikaian tetapi bagi manusia yang lebih banyak menggunakan akal yang lemah dan terbatas kemampuannya sentiasa mencari alasan untuk menolak kebenaran ini. Kita sebagai umat yang beriman kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi lagi rasul pilihan Allah yang memiliki mukjizat sepastinya dapat menerima sepenuh hati tanpa perasaan syak terhadap peristiwa hebat yang berlaku pada malam Isra' Mikraj sedangkan manusia yang sentiasa melihat nabi Muhammad s.a.w tidak lebih sebagai manusia biasa dengan memisahkannya daripada mukjizat anugerah Allah sentiasa menolak sebarang yang berlaku ke atas tubuh nabi di luar jangkauan akal mereka. Keimanan terhadap peristiwa Isra' Mikraj banyak mengajar kita tentang erti keimanan sebenar kepada Allah dan rasulNya yang bukan terhasil daripada akal yang mengikut hawa nafsu sebaliknya melalui ilmu yang disuluh dengan cahaya wahyu Allah. Budaya menerima dan menolak sesuatu perkara samada benar atau salah berdasarkan logik akal semata-mata semakin subur dalam masyarakat umat Islam sendiri sehingga pertikaian terhadap system al-Quran, hadis nabi dan ajaran agama berlaku silih berganti. Akhirnya timbul umat Islam yang mempertikaikan hukum Hudud, kewajipan menutup aurat, larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengharaman riba dan sebagainya. Perkara ini wajib diubati supaya ia tidak semakin membarah dalam merosakkan aqidah dan pengamalan syariat oleh umat Islam. Sesuai dengan tawaran antara susu dan arak kepada nabi pada malam Isra' Mikraj di mana bila nabi memilih susu lalu dikatakan kepada baginda : " Engkau telah dianugerahi fitrah. Jika engkau memilih arak nescaya engkau menyesatkan umatmu sendiri". Pemilihan Islam yang suci berbanding kehidupan yang dimabukkan dengan hawa nafsu mengajar kita supaya sentiasa melawan sebarang pemikiran dan cara hidup yang bercanggah daripada Islam untuk Berjaya di dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-'Ankabut:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj secara langsung daripada Allah tanpa perantaraan malaikat Jibril. Melihat kepada kewajipan solat yang begitu istimewa maka kita yakin bahawa solat mempunyai banyak nilai dalam member kebaikan kepada umat Islam. Di antara nilai solat itu adalah [1] solat mendidik Muslim menyucikan dirinya dari sifat buruk. [2], solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. Ini kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu qiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Kesatuan dan perpaduan ini akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling melengkapi antara sesama Muslim. [3], solat mendidik Muslim supaya memiliki disiplin waktu. Setiap Muslim yang menunaikan solat akan selalu memerhati dan menunggu masuknya waktu solat, sekali gus akan berusaha menunaikannya tepat pada waktunya, di samping menundukkan nafsunya untuk tidak tenggelam dalam kesibukan duniawi. [4], solat mendidik setiap Muslim kepentingan tertib atau susunan organisasi. Solat berjemaah yang didirikan menuntut susunan jemaah yang berbaris lurus di belakang imam dengan memastikan tiadanya celah kosong antara setiap jemaah di kanan kirinya di samping menyedarkan umat Islam perlunya tertib organisasi di dalam segala lapangan hidup ummah. [5], solat mendidik Muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. Mengikuti imam dalam setiap gerakan rukun solat, dengan tidak mendahuluinya walau sesaat pun, menunjukkan adanya ketaatan dan komitmen yang tulus dari makmum, serta menjauhkan diri daripada keingkaran terhadap perintahnya, selama mana perintah itu tidak menjurus ke arah maksiat. [6], solat mendidik Muslim memiliki sifat keberanian menegur dan memperingatkan pemimpin. Jika imam terlupa dalam sesuatu rukun solat, maka makmum berkewajipan untuk memperingatkan dan menegur imamnya dengan membaca Subhanallah. Hal ini menunjukkan kewajipan rakyat untuk memperingatkan pemimpinnya jika melakukan kesalahan atau kesilapan dalam kepimpinannya atau tidak menunaikan hak kepada rakyatnya. [7], solat menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim. Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan. Gambaran ini menunjukkan adanya persamaan hak tanpa mengambil kira kedudukan mahu pun tua umurnya, bukan saja di dalam solat jemaah, bahkan dalam arena kehidupan ummah. [8], solat mendidik umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mendirikan solat secara istiqamah memberikan kesan kesihatan yang menyeluruh. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila adanya kajian sains yang menunjukkan bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam lagi kebaikan.
Oleh itu pastikan diri, keluarga dan masyarakat kita sentiasa menjaga solat untuk kebaikan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 81 surah al-Isra':
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Maksudnya : Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"

Melihat kepada kelebihan solat maka begitulah juga ibadat-ibadat khusus yang lain mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita sebagai umat Islam wajib mencari kekuatan daripada ibadat khusus yang telah disyariatkan oleh Allah dan jangan mencari alasan untuk mengabaikannya. Kita tidak mahu suara sumbang yang mengatakan boleh meninggalkan solat untuk tujuan menaikkan nama Negara dengan bersukan tidak berulang kembali. Oleh itu kita mahu pemimpin kita dan Negara umat Islam yang lain yang bakal menyertai Sukan Olimpik 2012 di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos ini yang jatuh pada bulan Ramadhan menjaga hak atlit beragama Islam untuk menjaga ibadat puasa. Musuh Islam telah tahu bahawa tarikh itu adalah musim puasa tetapi sukan itu tetap diteruskan maka menjadi tanggungjawab pemimpin samada menjaga ibadat atau membiarkan musuh menghina kita yang lebih mendewakan sukan dengan mengenepikan kewajipan agama. Jawapan pihak bertanggungjawab dalam sukan ini amat menyedihkan dengan mengatakan terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain
Jika umat Islam semacam ini semakin ramai maka lambat lagi saat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah untuk datang. Kita pernah menyaksikan tentera Islam tetap berpuasa ketika peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada bulan Ramadhan sehingga datangnya kemenangan yang besar
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa' :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar.

Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra' Mikraj juga maka tidak ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Isra' Palestin daripada cengkaman Yahudi. Dunia turut memberi perhatian penting terhadap pilihanraya Presiden Mesir pusingan kedua antara tokoh gerakan Islam dengan kebangsaan pada 16 dan 17 Jun nanti di mana keputusannya diramal dapat memberi kesan besar terhadap penjajahan zionis yahudi di Israel samada dapat dihenti atau diteruskan. Mimbar Jumaat hari ini turut mengutuk penerusan kepada pembunuhan kejam terhadap rakyat sendiri di Syria dan terbaru terhadap saudara seagama Ronghiya di Myanmar. Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu. Semoga semangat yang difahami daripada Isra' Mikraj ini dapat kita laksanakan di bumi nyata dalam mengembalikan kehebatan dan keagungan Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Sent from my iPad

Ayat 41 dan 42 surah Al Maidah drpd kitab Muallimut Tanzil bagi Imam Al Bughawi

Ayat 41 dan 42 surah Al Maidah drpd kitab Muallimut Tanzil bagi Imam Al Bughawi

 يا أيها الرسول لا يحزنك الذين يسارعون في الكفر من الذين قالوا آمنا بأفواههم ولم تؤمن قلوبهم ومن الذين هادوا سماعون للكذب سماعون لقوم آخرين لم يأتوك يحرفون الكلم من بعد مواضعه يقولون إن أوتيتم هذا فخذوه وإن لم تؤتوه فاحذروا ومن يرد الله فتنته فلن تملك له من الله شيئا أولئك الذين لم يرد الله أن يطهر قلوبهم لهم في الدنيا خزي ولهم في الآخرة عذاب عظيم ( 
41
Wahai Rasul, janganlah menduka citakan dikau oleh mereka2 yang berlumba2 pada kekufuran drpd mereka2 yang berkata mereka itu dengan mulut2 mereka itu yang kami telah beriman pada hal tidak pernah beriman oleh Hati mereka itu, dan drpd orang2 Yahudi yang suka sangat mereka itu suka mendengar( membenar oleh hati mereka itu ) bagi kata2 dusta lagi yang suka mendengar ( membenar oleh Hati ) mereka itu bagi Kaum yang lain pada hal tidak pernah datang mereka itu akan dikau, yang suka menukar mereka itu akan kalam drpd tempatnya, yang berkata mereka itu jika diberikan akan kamu akan ini ( hukuman selain rejam bagi lelaki dan perempuan yang telah merasakan wati yang halal )maka ambil oleh kamu dan jika tidak didatangkan akan kamu akan dia ( hukuman rejam ) maka jauhilah sekelian kamu. dan sebenarnya Sesiapa yang  menghendaki Allah akan kufurnya maka tiadalah engkau boleh miliki ( memberi pertolongan ) baginya drpd Allah sedikitpun, mereka2 itulah orang2 yang tidak menghendaki Allah bahawa membersih Allah akan Hati2 mereka itu, bagi mereka itu kehidupan yang hina dina didunia dan bagi mereka itu AZAB yang Memedihkan di Akhirat.
( سماعون للكذب أكالون للسحت فإن جاءوك فاحكم بينهم أو أعرض عنهم وإن تعرض عنهم فلن يضروك شيئا وإن حكمت فاحكم بينهم بالقسط إن الله يحب المقسطين ( 42 ) ) 
Yang sangat suka mendengar bagi kata2 dusta lagi yang memakan akan yang Haram(Rasuah) maka jika mendatangi mereka itu akan dikau ( Ya Muhammad ) maka hukumlah antara mereka itu atau berpaling( tinggalkan) drpd mereka itu, dan jika engkau(Ya Muhammad ) berpaling drpd mereka itu maka tiada yang boleh memudharatkan akan dikau sedikit pun dan jika berhukum engkau (Ya Muhammad) , maka berhukumlah antara mereka itu dengan adil, kerana sesungguhnya Allah sukakan orang2 bersikap Adil.

Syarah/tafsir drpd Tafsir imam Al Bughawi as Shafei:
قوله تعالى : ( سماعون للكذب أكالون للسحت ) قرأ ابن كثير وأبو جعفر وأهل البصرة والكسائي " للسحت " بضم الحاء ، والآخرون بسكونها ، وهو الحرام ، وأصله الهلاك والشدة ، قال الله تعالى : ( فيسحتكم بعذاب ) ( طه ، 61 ) ، نزلت في حكام اليهود كعب بن الأشرف وأمثاله ، كانوا يرتشون ويقضون لمن رشاهم . 
Shukti bermakna Haram dan asal maknanya binasa dan kesempitan, berfirman Allah Taala dalam surah Taha ayat 61 ( maka membinasa Allah akan sekelian Kamu dengan Azab ) yang turun ayat ini pada Hakim2 Yahudi seperti Kaab bin AlAshraf dan seumpamanya yang adalah mereka itu menerima Rasuah dan membelakan bagi mereka yang merasuah akan mereka itu.
قال الحسن : كان الحاكم منهم إذا أتاه أحد برشوة جعلها في كمه فيريها إياه ويتكلم بحاجته فيسمع منه ولا ينظر إلى خصمه ، فيسمع الكذب ويأكل الرشوة . 
Berkata Hasan Basri: Adalah Hakim drpd Yahudi, apabila mendatangi sesaorang akan dia bersama Rasuah yang dimasukan dalam lengan bajumaka melihat ia akan dia dan berkata2 ia dengan hajatnya maka mendengar ia drpdnya dan tidak mengambil perhatian ia kepada lawannya maka mendengar ia akan yang dusta dan memakan mereka akan Rasuah.
وعنه أيضا قال : إنما ذلك في الحكم إذا رشوته ليحق لك باطلا أو يبطل عنك حقا . فأما أن يعطي الرجل الوالي يخاف ظلمه ليدرأ به عن نفسه فلا بأس ،
Dan drpdnya lagi: berkata sesungguhnya demikian itu pada hukum, apabila rasuah yang didatangkan kepada engkau bagi membenarkan kebathilan atau membathalkan kebenaran, maka adapun jika memberi oleh Lelaki akan Wali( hakim) yang ditakuti zalimnya supaya terselamat/tertolak engkau  dengan dia drpd dirinya maka tak mengapa.

فالسحت هو الرشوة في الحكم على قول الحسن ومقاتل وقتادة والضحاك ،
Maka Shukt iaitu rasuah pada bab Hukum atas kata Hasan, Muqatel, Qatadah dan Duhhak.

وقال ابن مسعود : هو الرشوة في كل شيء ، وقال ابن مسعود : من يشفع شفاعة ليرد بها حقا أو يدفع بها ظلما فأهدي له فقبل فهو سحت ، فقيل له : يا أبا عبد الرحمن ما كنا نرى ذلك إلا الأخذ على الحكم ، فقال : الأخذ على الحكم كفر قال الله تعالى : ( ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون ) " سورة المائدة ، 44 " . 
Dan berkata Ibnu Masud: Sukht iaitu dinamakan Rasuah pada setiap suatu. Dan berkata Ibnu Masud: mereka yang memberi pertolongan akan apa suatu pertolongan, supaya terdatang dengan dia akan kebenaran dan tertolak dengan dia akan kezaliman maka memberi hadiah ia baginya maka terima ia maka iaitu Rasuah. 
Maka dikatakan baginya: Wahai Aba Abdar Rahman: Apa pendapat kamu  akan demikian itu melainkan mengambil hadiah atas Hakim2 maka berkata ia: mengambil ( rasuah kpd Hakim) kufur, berfirman Allah Taala: " sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka2 itulah sekelian orang yang Kafir. Surah al Maidah ayat 44.
أخبرنا عبد الواحد بن أحمد المليحي أنا عبد الرحمن بن أبي شريح أنا أبو القاسم البغوي ثنا علي بن الجعد أنا ابن أبي ذئب عن الحارث بن عبد الرحمن عن أبي سلمة بن عبد الرحمن عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " لعن الله الراشي والمرتشي " . . 
Drpd Abdillah bin Amrin ra. Bahawa Rasulullah saw bersabda melaknat Allah akan yang memberi Rasuah dan yang memberi Rasuah.
والسحت كل كسب لا يحل . 
Dan Sukht iaitu sekelian usha yang tidak Halal.
قوله عز وجل : ( فإن جاءوك فاحكم بينهم أو أعرض عنهم وإن تعرض عنهم فلن يضروك شيئا ) خير الله تعالى رسوله صلى الله عليه وسلم في الحكم بينهم إن شاء حكم وإن شاء ترك . 
firman Allah taala: maka jika mendatangi mere itu akan dikau maka berhukumlah antara mereka itu atau berpaling (tinggal/biar))drpd mereka itu maka tiada mereka itu boleh memudharatkan dikau sedikit pun. Iaitu memberi pilih oleh Allah akan Rasulnya saw pada Berhukum antara mereka itu kafir, berhukumlah jika mereka berkehendak atau biarkan/ tinggalkan jika mereka tidak menghendaki.
واختلفوا في حكم الآية اليوم هل للحاكم الخيار في الحكم بين أهل الذمة إذا تحاكموا إلينا؟ فقال أكثر أهل العلم : هو حكم ثابت ، وليس في سورة المائدة منسوخ ، وحكام المسلمين بالخيار في الحكم بين أهل الكتاب إن شاءوا حكموا وإن شاءوا لم يحكموا ، وإن حكموا حكموا بحكم الإسلام ، وهو قول النخعي والشعبي وعطاء وقتادة . 
dan bersalahan Ulama pada hukum ayat pada hari( zaman pengaran 500h)
Adakah harus bagi Hakim membuat pilihan pada hukuman antara Ahli Zimmah apabila meminta hukum mereka itu dengan hukuman islam kepada kita?
Maka berkata kebanyakan drpd Ahli Ilmu : iaitu Hukum yang Thabit dan tidak ada dalam surah al Maidah hukum yang di nashakkan dan Para Hakim Muslimin di beri pilihan bagi hukuman antara Ahli Kitab, jika menghendaki sekelian kamu( hukam muslimin ) nescaya hukumlah sekelian kamu dan jika menghendaki sekelian kamu nescaya tidak menghukum sekelian kamu dan jika berhukum sekelian kamu, berhukumlah dengan hukum islam, iaitu kata an Nakhaei, Syaabi, Atho dan Qatadah.
وقال قوم : يجب على حاكم المسلمين أن يحكم بينهم ،
berkata satu kaum: wajib atas Hakim muslimin bahawa berhukum anatara mereka itu.
 والآية منسوخة نسخها قوله تعالى : وأن احكم بينهم بما أنزل الله ( سورة المائدة ، 49 ) ، وهو قول مجاهد وعكرمة ،
Ayat " jika datang mereka itu akan dikau...... " dinashakkan yang menashakan dia  oleh firman Allah taala " dan berhukum oleh Muhammad antara mereka itu dengan apa yang diturun Allah..... Iaitu kata Mujahid dan Ekrimah.

 وروي ذلك عن ابن عباس وقال : لم ينسخ من المائدة إلا آيتان ، قوله تعالى : لا تحلوا شعائر الله نسخها قوله تعالى : فاقتلوا المشركين وقوله : فإن جاءوك فاحكم بينهم أو أعرض عنهم " نسخها قوله تعالى : وأن احكم بينهم بما أنزل الله "
 Dan diriwayatkan demikian itu drpd Ibni Abbas ra. Dan berkata ia : tidak dinashakan drpd Al Maidah melainkan dua ayat iaitu firman Allah taala: jangan merungkai sekelian kamu akan syiar Allah..... Menashakan dia oleh firman Allah " maka bunuhi sekelian kamu akan musyrikin......." dan firman Allah " jika mendatangi mereka itu akan dikau...... Menashakan ayat ini oleh firman Allah taala: dan hendakalah berhukum oleh sekelian kamu dengan barang yang diturunkan.......

فأما إذا تحاكم إلينا مسلم وذمي فيجب علينا الحكم بينهما لا يختلف القول فيه ، لأنه لا يجوز للمسلم الانقياد لحكم أهل الذمة قوله ( وإن حكمت فاحكم بينهم بالقسط ) أي : بالعدل ، ( إن الله يحب المقسطين ) أي : العادلين ، روينا عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : " المقسطون عند الله على منابر من نور " . 
Maka adapun apabila minta berhukum kepada kita( islam) oleh Muslim dan Zimmi maka wajib atas kita berhukum antara mereka berdua yang tidak berlaku ikhtilaf perkataan padanya, kerana tidak harus bagi MUSLIM mematuhi bagi hukum Ahli Zimmah, firman Allah  " dan jika berhukum engkau( Muhammad saw) .maka berhukumlah antara mereka itu dengan adil, kerana sesungguhnya Allah sukakan orang2 bersikap Adil.
Telah meriwayat kami drpd Nabi saw : Orang yang adil itu disisi Allah atas  Mimbar2 yang di buat drpd NUR.....



Sent from my iPad