Bab Lidah m/s 15 drpd kitab Penawar Bagi Hati.
Di Masjid Al Munawwarah pada 17 jun 2012.
Sabda Nabi saw:
كم من قائم ليس من قيامه الا الشهر وكم من صائم ليس له من صيامه الا الجوع والظماء
Ertinya berapa banyak( Ramai ) drpd yang sembahyang Malam tiada ada baginya drpd sembahyangnya melainkan berjaga dan berapa banyak (Ramai ) drpd yang berpuasa tiada ada baginya drpd puasanya melainkan lapar dan Dahaga.
Hadis riwayat Imam Darimi, Nasaei, kitab zuhud bagi Imam Ahmad dan banyak lagi.
Dan pada bab ini ada riwayat drpd Abi hurairah, Abdullam bin Umar dan Jabir bin Abdullah.
Diceritakan dari Ibni Abbas ra.:
لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام.
Ertinya tidak menerima oleh Allah akan sembahyang sesaorang yang ada didalam perut yang haram.
@@@@@@@@
<<< berdalil Oleh Ibnu Abbas dengan kata beliau demikian, akan hadis Nabi saw:
روى مسلم وغيره عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "أيها الناس: إن الله طيِّب لا يقبل إلّا طيباً. وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال: )يأيها الرسل كُلُوا من الطيّبات واعملوا صالحاً إني بما تعملون عليم(.المؤمنون: 51.وقال:)يأيها الذين آمنوا كُلُوا من طيّبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون( البقرة: 172. ثم ذكر الرجلَ يُطيل السفر أشعث أغبر، يمدّ يديه إلى السماء: ياربّ ياربّ، ومَطْعَمُه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغُذّي بالحرام، فأنّى يُستجاب لذلك".
Wahai manusia: bahawa sa Allah itu Baik yang tidak menerima ia melainkan yang Baik sahaja. Dan bahawa Allah Menyuruh ia akan orang mukmin dengan apa yang telah menyuruh Allah dengan dia akan sekelian Rasul yang diutuskan maka berfirman Allah taala: wahai Rasul makan oleh sekelian kamu drpd makanan yang baik2 dan beramal sekelian kamu dengan Amalan yang soleh, sesungguhnya Aku sangat mengetahuikan apa yang kalian kerjakan. Dan berfirman Allah taala : wahai sekelian yang beriman makan sekelian kamu drpd makanaan yang baik2, barang yang merezki kami akan kamu dan bersyukurlah kalian bagi Allah, jika adalah kalian orang yang menyembah akan dia.
Kemudian menyebut Nabi saw akan seorang lelaki yang jauh safarnya lagi kusut masai rambutnya lagi berdebu debu ia, pada hal mengangkat ia akan tangannya kearah langit sambil berdoa. Ya Tuhan ku Ya Tuhan ku, wal hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dia dengan haram, maka betapa di perkenankan akan dia. Hadis riwayat Imam Muslim.>>>>
@@@@@@@@@@@
Adapun bersangatan kenyang maka hanya sanya dituntut drpd menjauhkannya kerana beberapa perkara.
Pertamanya : kerana bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi keras Hati.
Keduanya : bahawa sanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada buat kerja yang sia sia dan pada kejahatan, dan
Ketiga : ada pada membanyakan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan, dan
Keempat : bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah kerana bahawa sanya manusia itu apabila membanyakan ia akan makan nescaya beratlah badannya dan mengantuk matanya, dan
Keliama: bahawa sanya membanyakan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadah, dan
Yang ke enam: bahawa sanya membanyakan makan itu Di takuti jatuh kepada yang haram dan yang subahat, dan
yang Ketujuhnya : bahawa sanya membanyakan makan itu Menyusahkan Hati dan mempenatkan badan dan mencarinya dan mensediakannya dan memakannya qdan melepaskan drpd mudharatnya, dan
Ke Delapannya : bahawa sanya membanyakan makan itu Sebab bagi bersangatan sakit mati kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedepan dunia, dan
Kesembilannya:bahawa sanya membanyakan makan itu mengurankan pahala akhirat, dan
Kesepuluhnya : bahawa sanya membanyakan makan itu Padanya hisab pada hari kiamat.
Telah menyebut akan sepuloh perkara ini oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin. Telah datang beberapa Hadis Nabi saw pada mencelakan akan kenyang setengah drpd nya:
bersambung
Sent from my iPad
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete