Monday, 30 July 2012

المستصفى

المستصفى
محمد بن محمد الغزالي
دار الكتب العلمية

باب ادلة الاحكام.
Bab bicara sekelian dalil2 hukum.
القطب الثاني : في أدلة الأحكام وهي أربعة : الكتاب ، والسنة ، والإجماع ، ودليل العقل المقرر على النفي الأصلي . فأما قول الصحابي وشريعة ما قبلنا فمختلف فيه .

Bahagian kedua:
Pada menyatakan dalil2 hukum dan iaitu ada empat: 
1- al Kitab.
2- as sunnah.
3- al Ijmak.
4- dalil aqli yang di tetapkan atas nafi asli, maka adapun perkataan Sahabat dan Syariat mereka sebelum kita maka di perselisihkan padanya.

الأصل الأول من أصول الأدلة : كتاب الله تعالى
Asal yang pertama drpd beberapa usul dalil iaitulah kitabullah taala.

واعلم أنا إذا حققنا النظر بان أن أصل الأحكام واحد ، وهو قول الله تعالى ،
Dan ketahui oleh mu, kami apabila kami sebenarkan tilik, ternyata bahawa asal bagi hukum itu iaitu satu jua dan iaitu firman Allah taala.

 إذ قول الرسول صلى الله عليه وسلم ليس بحكم ولا ملزم ، بل هو مخبر عن الله تعالى أنه حكم بكذا وكذا فالحكم لله تعالى وحده .
Kerana perkataan Nabi saw bukan ianya hukum dan bukan yang mesti bahkan ialah yang mengkhobar drpd Allah taala bahawa sa ia hukum dengan demikian dan demikian maka bermula Hukum itu hanya Bagi Allah taala wahdah.
والإجماع يدل على السنة ، والسنة على حكم الله تعالى .
Dan ijmak pula menunjuk atas Sunnah dan Sunnah atas hukum Allah taala.

 وأما العقل فلا يدل على الأحكام الشرعية بل يدل على نفي الأحكام عند انتفاء السمع ، فتسمية العقل أصلا من أصول الأدلة تجوز على ما يأتي تحقيقه . إلا أنا إذا نظرنا إلى ظهور الحكم في حقنا فلا يظهر إلا بقول الرسول عليه السلام ;
Dan adapun aqal maka tidak menunjuk atas sekelian hukum syariat bahkan menunjuk ia atas nafi hukum disisi ternafi dengar, maka mempernamakan aqal satu asal drpd beberapa asal dalil melampaui atas barang yang lagi akan datang keterangannya, melainkan kami apabila kami perhaluskan tilikan kepada kenyataan hukum disisi kami maka tidak nyata  melainkan dengan perkataan Rasul alaihis salam.

لأنا لا نسمع الكلام من الله تعالى ولا من جبريل فالكتاب يظهر لنا بقول الرسول صلى الله عليه وسلم فإذن إن اعتبرنا المظهر لهذه الأحكام فهو قول الرسول فقط ، إذ الإجماع يدل على أنهم استندوا إلى قوله . وإن اعتبرنا السبب الملزم فهو واحد وهو حكم الله تعالى ، لكن إذا لم نجرد النظر وجمعنا المدارك صارت الأصول التي يجب النظر فيها أربعة كما سبق . 
Kerana bahawa sa kami, kami tidak pernah mendengarkan kalam drpd Allah dan tidak drpd Jibrail, maka kitab jadi nyata ia bagi kami dengan perkataan Nabi saw, maka tiba2 jika kami ambil tuturan yang nyata bagi ini hukum maka iaitu hanya perkataan Rasul sahaja, kerana ijmak menunjuk ia atas bahawa mereka itu bersandar mereka itu kepada perkataannya, dan jika kami ambil tuturan akan sebab yang lazim maka iaitu satu dan iaitulah hukum Allah taala. Akan tetapi apabila tidak kami sunyikan tilikan dan kami himpunkan sekelian pendapatan nescaya terjadi  usul yang wajib kita nazhar padanya ada empat seperti mana di sebut sebelumnya.

@@@@@@@@@
Bahagian 02

فَلْنَبْدَأْ بِالْكِتَابِ وَالنَّظَرِ فِي حَقِيقَتِهِ ، ثُمَّ فِي حَدِّهِ الْمُمَيِّزِ لَهُ عَمَّا لَيْسَ بِكِتَابٍ ، ثُمَّ فِي أَلْفَاظِهِ ، ثُمَّ فِي أَحْكَامِهِ . 
Maka kami nak mulakan dengan kitab dan Nazhar pada Hakikatnya. Kemudian pada Had( taarif ) yang boleh membezakan baginya drpd barang yang tidak ada di kitab kemudian pada segala lafaznya kemudian pada segala ahkamnya.

النَّظَرُ الْأَوَّلُ : فِي حَقِيقَتِهِ . وَمَعْنَاهُ هُوَ الْكَلَامُ الْقَائِمُ بِذَاتِ اللَّهِ تَعَالَى ، وَهُوَ صِفَةٌ قَدِيمَةٌ مِنْ صِفَاتِهِ . وَالْكَلَامُ اسْمٌ مُشْتَرَكٌ
Perhatian Pertama: 
Bicara Hakikat kalam dan Maknanya iaitu kalam Yang berdiri( yang ada ) di zat Allah taala yang iaitu sifat yang sedia drpd segala sifat2nya.
Dan kalam itu ism Mustarak.

قَدْ يُطْلَقُ عَلَى الْأَلْفَاظِ الدَّالَّةِ عَلَى مَا فِي النَّفْسِ ، تَقُولُ : سَمِعْتُ كَلَامَ فُلَانٍ وَفَصَاحَتَهُ .
Yang terkadang di sebut/ dipanggil atas lafaz2 yang menunjuk atas barang yang ada dalam diri, engkau kata conton: aku dengar akan kalam fulan dan kefasihannya.

 وَقَدْ يُطْلَقُ عَلَى مَدْلُولِ الْعِبَارَاتِ وَهِيَ الْمَعَانِي الَّتِي فِي النَّفْسِ ، كَمَا قِيلَ : 
إنَّ الْكَلَامَ لَفِي الْفُؤَادِ وَإِنَّمَا جُعِلَ اللِّسَانُ عَلَى الْفُؤَادِ دَلِيلَا
Dan terkadang di panggil/disebut atas madlul ibarat yang iaitulah segala maani yang ada pada diri seperti dikatakan setengah Ulama : bahawa kalam itu sengguhnya di dalam hati dan sungguhnya di jadikan lidah itu dalil atas yang di hati.

وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى : { وَيَقُولُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللَّهُ بِمَا نَقُولُ } وَقَالَ تَعَالَى : { وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوْ اجْهَرُوا بِهِ } فَلَا سَبِيلَ إلَى إنْكَارِ كَوْنِ هَذَا الِاسْمِ مُشْتَرَكًا .
Firman Allah taala: dan berkata mereka itu dalam diri mereka itu jikalau tidak bahawa mengazab akan kami oleh Allah dengan apa yang telah  kami  perkatakan.
Dan firman Allah taala: dan perlahankan sekelian kamu akan perkataan kamu atau perkuatkan dengan dia.
Maka tidak ada jalan kepada mengingkarkan keadaan ini isim mushtarak.

وَقَدْ قَالَ قَوْمٌ : وُضِعَ فِي الْأَصْلِ لِلْعِبَارَاتِ وَهُوَ مَجَازٌ فِي مَدْلُولِهَا ، وَقِيلَ عَكْسُهُ ، وَلَا يَتَعَلَّقُ بِهِ غَرَضٌ بَعْدَ ثُبُوتِ الِاشْتِرَاكِ 
dan sungguhnya berkata satu Kaum. Dihantarkan kalam pada asal bagi beberapa ibarat dan iaitu majaz pada madlulnya dan kata setengahnya: sebaliknya dan tidak bergantung dengan dia oleh tujuan kemudian drpd thubut ishtirak.

وَكَلَامُ النَّفْسِ يَنْقَسِمُ إلَى خَبَرٍ وَاسْتِخْبَارٍ وَأَمْرٍ وَنَهْيٍ وَتَنْبِيهٍ ، وَهِيَ مَعَانٍ تُخَالِفُ بِجِنْسِهَا الْإِرَادَاتِ وَالْعُلُومَ ، وَهِيَ مُتَعَلِّقَةٌ بِمُتَعَلِّقَاتِهَا لِذَاتِهَا كَمَا تَتَعَلَّقُ الْقُدْرَةُ وَالْإِرَادَةُ وَالْعِلْمُ . وَزَعَمَ قَوْمٌ أَنَّهُ يَرْجِعُ إلَى الْعُلُومِ وَالْإِرَادَاتِ وَلَيْسَ جِنْسًا بِرَأْسِهِ وَإِثْبَاتُ ذَلِكَ عَلَى الْمُتَكَلِّمِ لَا عَلَى الْأُصُولِيِّ . 
Dan kalam nafsi terbahagi kepada khobar dan istikhbar dan amrun dan nahyin dan tanbih dan iaitu beberpa makna yang bersalahan2 dengan jenisnya akan segala kehendak dan segala ilmu dan iaitu bergantung dengan tempat pergantungannya bagi zatnya seperti mana bergantung oleh qudrat dan iradat dan ilmu.
Dan menyangka oleh satu kaum bahawa ia kembali kepada beberapa ilmu dan kehendak dan bukan ia jenis sama sekali dan ithbat demikian itu atas orang mutakkalim tidak atas orang usul fekh.











Sent from my iPad