Saturday, 25 May 2013

Hukum Hudud

Sedikit Peringatan buat diri yang lupa.

Dengan Nama Allah Tuhan yang Pemurah lagi pengasih.

Hukum Hudud

setengah drpd hukum Jenayah Islam.

Hukum hudud dalam Islam terbahagi kpd 6:
1. Had Zina.
2. Had Qazaf.
3. Had Perompak/Penyamun/Lanun dan umpamanya.
4. Had Bugha/pengganas/penentang kerajaan Islam.
5. Had Pencuri.
6. Had Minum Arak.
Setiap satu drpd had tersebut telah di tentukan oleh Allah.

HIKMAH PENSYARIATAN HUDUD.

Telah menyuruh Allah taala dengan mengibadahkan Dia dan mentaatikan Dia dan perbuat Barang yang disuruh dengan dia dan menjauhi barang yang dilarang dan telah membuat undang2 oleh Allah akan Hukum hudud bagi kebaikan hambaNya dan telah berjanji Allah akan mereka yang mentaatiNya dengan bertuah hidup di dunia dan syruga di Akhirat dan telah menjanji Allah akan mereka yang menderhakaiNya dengan celaka di dunia dan Neraka di Akhirat.

Maka barang siapa memperbuat dosa sesungguhnya Allah membuka baginya pintu Taubat dan istihgfar maka jika mengekali ia atas menderhakai Allah dan takkabur melainkan menyelubungi akan dia oleh kemurkaan Allah.

Dan mereka yang melampaui hokum Allah( tidak menghukum dengan hokum Allah) dengan buat jahat atas kemanusian manusia dan harta manusia dan diri manusia maka ini tak dapat tidak drpd menarik kebencian dengan perlaksanaan hokum Allah yang menegahkan dia dan menegahkan orang lain dan memelihara manusia drpd kejahatan dan kerosakan di bumi Allah.

Hukum Hudud sekeliannya satu rahmat dan satu nikmat bagi semua.

Bagi yang di hududkan maka iaitu penyucian drpd dosa maksiat dan kafarah/penebus drpd seksaan di akhirat dan hudud satu penegahan bagi dirinya dan orang lain drpd jatuh dalam maksiat..

Dan Hudud satu Jaminan dan keamanan bagi sekelian manusia atas darah mereka dan harta mereka dan keperibadian mereka dan dengan sebab perlaksanaan hokum Hudud maka baik segala manusia dan meratai keamanan dan keadilan dan hasil ketenteraman dalam sesebuah Negara dengan izin Allah.

Firman Allah dalam surah Taha ayat 123-128.

Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. (123)

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124)

Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? (125)

Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (126)

Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. (127)

Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: Berapa banyak Kami telah binasakan dari kaum-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. (128)

Wallahuaalam.

Adakah kita masih ragu setelah datang kebenaran drpd Allah???

Ya Allah jadikan kami drpd mereka yang benar2 percaya dengan Mu dan jauhkan kami drpd segala jalan2 kesesatan

Agama iaitu

Sedikit tazkirah  buat diri yang selalu lupakan tanggung Jawab  kepada Tuhan Azza wa Jalla.

Dengan nama Allah yang sangat Pemurah dan Pengasih.

>>>Agama iaitu

SEGALA HUKUM yang menghantarkan dia oleh Allah taala bagi setiap mukalaf melalui Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.

Dikehendaki dengan segala hukum iaitu: Hukum Ibadah, Muammalat, Munakahat dan Jenayah Islam dan lainnya.

>>>Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah Zahir dan Bathin:

Ibadah Zahir terbahagi dua iaitu ibadah Badaniah dan Maliyah.

Badaniah iaitu ibadah yang kembali kepada badan seperti wajib solat dan wajib Puasa dan lain nya.

Maliyah iaitu Ibadah yang kembali kepada harta seperti Wajib Zakat dan sunat wakaf dan sedekah dan lainnya.

Berhimpun ibadah Badaniah dan Maliyah dalam satu ibadah iaitu Wajib Haji.

>>> Muamalat terbahagi kepada beberapa bahagian.

Jual Beli seperti halal Belian dan Haram Riba dan haram Judi dan haram menipu dan umpamanya.

Sewa menyewa dan gadai mengadai, Upah mengupah dan lainnya.

>>> Munakahat:
Halal Nikah dan Haram Zina dan lainnya.

>>> Jenayah Islam:
Hukum Hudud dan hukum Qisas dan hukum Diat dan Takzir dan umpamanya.

Firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208 - 210:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208)

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (209)

(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka) dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (210)

>Tanda Agama itu ada empat:

>>> Sah Iktikad dengan iktikad Ahli Sunnah dan Jamaah.
>>> Benar qasad yakni Ikhlas dalam segala perbuatan.
>>> Mengerjakan segala tuntutan.
>>> Meninggalkan segala Larangan.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 19 dan 20.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (19)

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (20).

Wallahuaalam.

Tuesday, 7 May 2013

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj.

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj.

Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak yang dengan dia telah bersabda Nabi sallallahu alaihi wa salam:

 

Ertinya berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawa sanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat dan sabda Nabi sallallahu alaihi wa salam:

قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Ertinya apabila mati manusia nescaya putus oleh amalnya melainkan daripada tiga perkara:

1.       Pertama  wakaf

2.       Keduanya Ilmu yang di ambil manfaat dengan dia.

3.       Ketiganya anak yang beriman yang mendoa baginya.

Berkata ibnu Hajar rahimahullah taala: di tulis baginya seumpama segala amal yang baik yang mengerjakan dia oleh anaknya tiada segala amalnya yang jahat-jahat. Intaha…

Demikian lagi menjadi oleh Allah taala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia iaitu bersedap-sedap dengan jimak dan bersuka-suka dengan sekelian anak yang dapat dengan jimak itu yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman Allah taala:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Ertinya bermula harta benda dan sekelian anak itu perhiasan hidup dunia dan firmannya:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ

Ertinya dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak.

Bermula mensyukurkan ini anggota iaitu dengan memelihara daripada yang diharamkan seperti zina dan liwat dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan Isterinya dan Jariahnya dan*

*memelihara daripada yang subhah seperti jimak pada nikah yang bathil jika taklid ia akan yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada nescaya adalah ia haram bukan subhah telah berfirman Allah taala pada ketika memuji akan orang yang beriman yang mendapat kemenangan

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Ertinya dan sekelian yang memelihara mereka itu akan segala faraj kecuali atas sekelian isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan maka bahawa sa mereka itu tiada dicela.

Dan ketahui oleh mu tiada sempurna memelihara faraj itu melainkan dengan memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram di lihat dan memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang subhah dan daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar segala dosa besar  dengan ijmak kemudian daripada kufur dan membunuh orang, telah berfirman Allah taala:

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا  يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا  إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ

Ertinya

Dan mereka yang mengibadahkan mereka itu serta Allah taala akan tuhan yang lain dan tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah taala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu nescaya berjumpa ia akan seksa ( atau akan telaga di dalam api neraka jahannam) di gandakan baginya akan seksa pada hari kiamat dan berkekalan ia padanya dihinakan dia melainkan mereka yang taubat,

dan firman Allah taala:

 

ertinya dan jangan menghampiri kamu akan zina kerana bahawa sanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ertinya sejahat-jahat pekerjaan.

Telah mencerita oleh Imam Bukhari dan imam Muslim daripada ibnul Masuud radiallahu anh berkata ia : bertanya aku akan Rasulullah saw apa dosa yang lebih besar disisi Allah? bersabda ia bahawa engkau jadikan bagi Allah taala akan yang menyengutui dan Allah jua yang menjadikan akan dikau, bersembah Aku : kemudian apa? Bersabda ia bahawa engkau bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau. Bersembah Aku: kemudian apa? Bersabda Nabi saw  bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang hamper dengan rumah engkau.

Wallahuaalam.

Kitab penawar bagi hati bagi Sheikh Abdul kadir al Mandili..

FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN LIDAH

FASAL YANG KETIGA PADA MENYATAKAN LIDAH

 

Ketahui oleh mu bahawa sanya Allah taala menjadikan ia akan lidah bagi engkau supaya membaca engkau dengan dia akan Quran dan Haids Nabi sallallahu alaihi wassalam dan segala zikir dan pengetahuan yang memberi manfaat dan supaya mengajar engkau dengan dia akan ilmu yang memberi manfaat dan menyuruh engkau dengan kebajikan dan melarang daripada kelahatan dan memberi nasihat engkau akan orang islam dan menunaikan engkau akan hajat mereka itu dan mendamaikan engkau akan mereka itu dan barang sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah seperti menjadikan Allah taala akan lidah engkau itu kerana maslahat dunia seperti mencari harta dengan segala akad seperti akad jual beli dan akad akad sewa.

Dan Hendaklah syukur engkau atas nikmat lidah ini dengan memeliharanya daripada barang yang tiada di jadikan dia kerananya daripada berkata-kata dengan yang dilarang seperti berdusta* yang menyakiti akan orang lain maka iaitu dosa besar, bersalahan berdusta yang tidak menyakiti maka iaitu dosa kecil kecuali kerana hajat maka tiada ada ia dosa seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

                                                                    لَيْسَ الكَذَّابُ مَنْ يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ

Ertinya tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta.

Bahkan terkadang wajib berdusta seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh yang bersembunyi daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya maka wajib berdusta kerana melepaskannyadaripada di bunuh oleh orang yang zalim itu.

*Dan seperti mengumpat iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika di dengarnya maka iaitu haram dengan ijmak Ulama bahkanberkata kebanyakan mereka itu bahawa sanya mengumpat itu Dosa besar kerana barang yang dating padanya daripada beberapa janji seksa yang bersangatan seperti firman Allah taala:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنْ الظَّنِّ إنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Ertinya Wahai sekelian mereka yang beriman jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka iaitu sangka yang jahat kerana bahawa sanya setengah daripada sangka itu dosa dan jangan kamu mencari dan memereksa aib manusia dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah, adakah suka seorang kamubahawa makan ia akan daging saudaranya pada ketika mati, maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah taala, bahawa sanya Allah taala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang.

Dan teleh menceritakan oleh Imam Baihaqi dan Imam Tabrani dan Abu Sheikh dan Ibni Abi Dunya daripada Jabir dan Abu Saed Radiallahu anhuma telah berkata keduanya bersabda Nabi sallallahu alaihi wassalam :

إياكم والغيبة فإنها أشد من الزنا لأن الرجل يزني فيتوب، فيتوب الله عليه وإن صاحب الغيبة لا يغفر له إلا إذا غفرها صاحبها

Ertinya jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat kerana bahawa sanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina dikatakan bagi Nabi sallallahu alaihi wassalam : betapa ada mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina? Bersabda Nabi sallallahu alaihi wassalam bahawa sanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah taala akan taubatnya dan bahawa sanya yang mengumpat itu tiada di ampunibaginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya.

*Dan  seperti menyalahi janji yang adalah ia salah satu daripada segala alamat munafik, sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Ertinya tanda munafik itu tiga apabila bercerita ia nescaya dusta ia dan apabila menjanjikan ia akan kebaikan nescaya menyalahi ia akan janjinya dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang dipercayai ia padanya itu.

*Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang tiada memberi faedah sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Ertinya setengah daripada keelokan islam sesaorang itu iaitu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat akan dia pada dunia atau akhirat.

*Dan seperti mengadu-ngadu sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

لاَ يَدْخُلُ الجُنَّةَ نَمَّامٌ

Ertinya tidak masuk ke dalam syurga orang yang mengadu-ngadu.

Menceritakan dia oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah radiallahuanh dan sesungguhnya telah ittifak Ulama atas bahawa sanya mengadu-ngadu itu dosa besar iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah yang lain dengan tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi, ada pun memindahkan perkataan dengan tujuan nasihat bagi mereka yang dipindahkan perkataan kepadanya maka wajib ia yang tiada termasuk ia dalam mengadu-ngadu yang dilarang.

Dan ketahui oleh mu bahawa sanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan oleh mu akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya melainkan mengasingkan diri daripada manusia dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat, bersembah oleh Muaz bin Jabal radiallahuanh: wahai Rasulullah berpesan oleh mu akan daku maka mengeluar oleh Nabi sallahu alaihi wa salam akan lidahnya yang mulia dan bersabda ia : tahan oleh mu akan ini, ertinya lidah engkau yang seperti lidah aku ini hendaklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang.

Dan adalah saidina Abu Bakar as Siddiq radiallahuanh memegang ia akan lidahnya dan berkata ia inilah yang mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan.

Berkata oleh Syair ( tukang syair) luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah * tetapi tiada sembuh yang di lukakan lidah.

Dan hendaklah engkau ingat akan bahawanya perkataan yang baik itu mendatangkan pertunjuk bagi segala anggota dan perkataan yang jahat itu menyebabkan akan jahat segala anggota.

Telah menceritakan oleh Abu Saeid Al Khudri radiallahu anh bahawa sanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah dan berkata semuanya baginya: menuntut oleh kami akan diaku dengan nama Allah bahawa engkau betul atas pertunjukkan kerana bahawa sanya engkau jika engkau lurus nescaya kami lurus dan jika engkau bengkuk nescaya kami bengkuk.

Dan berkata oleh Malik bin Dinnar rahimahullah taala apabila melihat engkau akan keras hati pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tertegah rezki engkau maka ketahui oleh mu bahawa sanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada memberi manfaat akan dikau.

Dan ketahui oleh mu bahawa sanya perkataan engkau itu ada kalanya taat atau maksiat atau yang harus yang sia-sia maka jika ada ia taat seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar dan jika ada ia maksiat maka padanya seksa yang tiada kuasa menanggungnya.

Sabda Nabi sallahu alaihi wa salam:

يَا مُعَاذُ ! وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ - إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ ؟

 " رَوَاهُ أَحْمَدُ ، وَالتِّرْمِذِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ

Ertinya Wahai Muaz tiada menyembamkan akan manusia atas muka mereka itu atau atas hidung mereka itu melainkan barang yang berkata-kata mereka itudengan dia.

Dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada faedah maka padanya membuat pekerjaan bagi Malaikat kiraman katibin dengan barang yang tiada kebajikan padanya dan mengirim surat kepada Allah taala yang tertulis di dalamnya perkataan yang sia-sia dan membacanya di hadapan Allah taala pada hari kiamat pada ketika haruhara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang.

Sumber drpd kitab Penawar Bagi Hati bagi Sheikh Abdul Qader al Mandili.

Wallahuaalam.

Fasal ke empat drpd kitab Penawar Bagi Hati.

Fasal yang Ke empat pada menyatakan Perut.

 

Ketahui oleh mu bahawa sanya Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa ugama dan beberapa faedah yang bangsa dunia.

Adapun faedahnya yang bangsa ugama maka iaitu memberi oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan kepada darah dan air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia maka dengan sejahtera segala perut ( seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar) nescaya sejahteralah yang tinggal  daripada segala badan daripada segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ibadah dengan sempurna.

Adapun faedahnya yang bangsa dunia maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jimak kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sehat perut.

Dan bermula mensyukurkan nikmat perut itu iaitu dengan memeliharanya* daripada makanan yang haram dan yang subhah ertinya yang tiada di yakinkan akan halanya dan tiada di yakinkan akan haramnya,

*Dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang, maka hendaklah bersungguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada yang haram dan subhah kerana tiga perkara.

Pertamanya :

Kerana takut daripada seksa Api Neraka, telah berfirman Allah taala:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Ertinya bahawa sanya sekelian mereka yang makan mereka itu akan harta anak yatim kerana/secara zalim hanya sanya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api nereka yang bernyala-nyala.

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ حَرَامٍ

Ertinya tiada masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram,

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam

كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ

Ertinya tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka api neraka itu lebih utama dengan dia.

Dan sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Ertinya barang siapa memelihara dirinya daripada segala subhah maka sesungguhnya telah menuntut bersih ia akan ugamanya dan dirinya.

Keduanya:

Bahawa sanya yang makan akan makanan yang haram dan subhah itu tiada di beri petunjuk akan dia kepada ibadah kerana tiada patut bagi mengerjakan ibadah itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran sama ada kotoran yang dapat di lihat dengan mata seperti najis atau kekotoran yang tiada dapat di lihat seperti hadas kecil dan hadas besar dan makan yang haram dan subhah.

Ketiganya:

Bahawa sanya yang makanan yang haram dan yang subhah itu di tegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan dan jika mengerjakan ia akan dia nescaya tiada di terima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua. Sabda Nabi sallahu alaihi wassalam:

َكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ و كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الظَّمَأُ ،

Ertinya berapa banyak daripada yang sembahyang malam yang tiada ada baginya daripada sembahyangnya melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.

Diriwayatkan daripada Ibni Abbas radiallahuanhuma:

لاَ يَقْبَلُ اللهُّ صَلاَةَ امْرِئٍ فِى جًوْفِهِ حَرَامٌ

Ertinya tiada menerima Allah akan sembahyang sesaorang yang ada di dalam perutnya yang haram.

Adapun bersangatan kenyang maka hanya sanya dituntut menjauhkannya kerana beberapa perkara;

1.       Pertama kerana bahawa sanya makan itu sebab bagi keras hati.

2.       Keduanya bahawa sanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan dan

3.       Ketiganya ada pada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikkan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan. Dan

4.       Ke empatnya: bahawa sanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah kerana bahawa sanya manusia itu apabila membanyakan ia akan makan nescaya berat badannya dan mengantuk matanya dan

5.       kelimanya bahawa sanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadah dan

6.       Ke enamnya bahawa sanya pada membanyakkan makan itu di takuti jatuh kepada yang haram dan yang subhah dan

7.       Ketujuhnya bahawa sanya pada membanyakkan makan itu sebab menyusahkan hati dan mempenatkan badan pada mencarinya dan mensediakannya dan memakannya dan melepaskannya daripada mudharatnya dan

8.       Kedelapannya bahawa sanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati  kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia.

9.       Kesembilannya bahawa sanya padanya mengurangkan pahala akhirat dan

10.   Ke sepuluhnya bahawa sanya padanya hisab pada hari kiamat.

Telah menyebutkan kesepuluh perkara ini oleh Imam al Ghazali di dalam Minhajul Abidin.

Telah datang beberapa hadis Nabi sallahu alaihis salam pada mencelakan akan kenyang.

Setengah daripadanya:

الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ حَسْبُ ابْنِ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فَإِنْ كَانَ وَلَا بُدَّ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ

Ertinya bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadakan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya, jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas.


sumber: kitab Penawar Bagi Hati.bagi Sheikh Abdul kader al Mandeli

Wallahuaalam.

Wednesday, 17 April 2013

Pengajian kitab Penawar bagi hati 01.

Kitab Yang Pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh.

 

Ada padanya tujuh fasal:

 

Fasal yang pertama pada menyatakan MATA:

 

Ketahui oleh mu bahawa sa Mata  engkau itu menjadikan dia oleh Allah taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia.

Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat iaitu memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaannya dan atas kuasanya.

Dan setengah daripada faedahnya melihat akan al quran dan melihat akan jalan ke masjid dan kepada tempat menuntut ilmu.

Dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti seperti jatuh dan berlaga.

Dan bermula mensyukurkan mata itu iaitu memeliharanya daripada tiap-tiap melihat yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sahayanya dan mahramnya dan seperti melihat akan muda belia dan seperti melihat akan aurat lelaki maka lazimkan oleh mu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala:


 قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Ertinya bersabda oleh mu wahai Rasulullah  bagi sekelian yang beriman: Pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu.

Dan suruh oleh mu akan mereka itu dengan memeliharakan faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia dan yang demikian itu ( memelihara itu ) lebih baik bagi mereka itu bahawa sa Allah taala sangat mengetahui akan bathin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya dan membalas ia akan mereka itu atasnya.

Ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan.

Maka adapun mengajar adab maka firmanNya:

"bersabda oleh mu wahai Rasulullah  bagi sekelian yang beriman: Pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu."

Daripada barang yang tiada halal oleh melihatnya kepadanya dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan kelakuan yang baik iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kelakuannya daripada yang tiada halal di kerjakan dengan dia.

Maka wajib sekelian hambanya menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia di murkai dan di seksa.

Dan adapun  memberitahu maka firmanNya:

" bermula demikian memejamkan mata dan memelhara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu".

Memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawa sanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membaikkan pekerjaan kebajikan.

Dan adapun menakutkan maka firmanNya:

"bahawa sanya allah taala sangat mengetahui ia akan bathin  barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya"

Maka selagi akan membalas  Allah akan dia  jika ada ia yang baik nescaya membalas Allah dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia kejahatan maka membalas Allah dengan seksa dan api neraka.

Dan firman Allah taala:

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Ertinya; mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu akan memandang kepada yang diharamkan dan mengetahui Ia akan barang yang menyembunyi oleh segala mata daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita-cita mengerjakan kebaikkan dan

Sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

" النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومَةٌ فَمَنْ تَرَكَهَا مِنْ خَوْفِ اللَّهِ أَثَابَهُ جَلَّ وَعَزَّ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ "

Ertinya bahawa sa memendang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis(pada sangat membinasakan) maka barang siapa meninggalkan kan dia kerana takut akan Allah taala nescaya memperasakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadah yang membukakan ia akan dia. Dan menceritakan akan ini hadis oleh Hakim daripada Huzaifah radiallahu anh dan menghukumkan ia akan sanadnya dengan sahih dan

Sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ

 

Ertinya ada bagi setiap manusia itu bahagiannya daripada zina maka dua mata itu berzina keduanya dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya dan zina keduanya menampar akan yang di larang menamparnya dan kedua kaki berzina keduanya dan zina keduanya iaitu berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya iaitu mengkucup akan yang tiada hala dikucupnya dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencita-cita ia dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustakan ia akan dia ( dengan bahawa tertegah ia daripadanya).

Menceritakan akan ini hadis oleh Muslim dan Baihaqi daripada Abi Hurairah radiallahu anh dan ada pada hadis ini menunjuki atas bahawa sa asal bagi zina faraj itu dua mata.

Hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau dengan apa pekerjaan yang patut ia dan akan apa pekerjaan yang di nanti-nanti baginya. Maka memelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan pekerjaan yang di nanti baginya itu. Maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan.

Maka bermula kaki itu adalah di nanti-nanti baginya berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buahan syurga dan minumannya seperti itulah segala anggota yang lain.

Maka mata hanya sanya ia kerana memandang kepada zat Allah taala di dalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat Tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang di nanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga-hingga pelihara dan di muliakan dia sehabis-habis mulia dan bahawa tiada di kotorkan dia dengan memandang akan yang di haram.

Wallahuiaalam.

 

 

 

Pengajian kitab Penawar bagi hati.

Fasal yang Kedua pada menyatakan TELINGA

Ketahui olehmu bahawa sa Telinga itu menjadikan dia oleh Allah taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa Dunia dan beberapa faedah yang bangsa Akhirat. Maka setengah daripada segala faedah yang bangsa dunia iaitu bersedap-sedap dengan yang didengar dan menyampaikan ia kepada memahamkan segala perkataan yang didengar.

Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu iaitu mendengar ia akan al Quran dan Hadis Nabi sallalahu alaihi wassalam dan segala ilmu yang memberi manfaat dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdhal daripada penglihat kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia dan kebanyakkan faedah pendengar itu bangsa akhirat dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli.

Dan bermula mensyukurkan pendengar itu iaitu memeliharanya daripada mendengar yang di-larang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bidaah dan berbantah-bantah dan seperti mendengar suara perempuan yang ajnabi dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitnah dan seperti mendengar perkakas permainan yang di haramkan seperti serunai dan gendang dan jangan engkau tertipu di sebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu kerana perkataannya itu menyalahi ia akan quran dan hadis Nabi sallalahu alaihi wassalam, maka lazimkan oleh mu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan yang sia-sia kerana mereka yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa akan perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawa sa mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan was was ke dalam hati.

Dan ketahui oleh mu bahawa sanya perkataan yang didengar itu seperti makanan setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat dan setengahnya penawar dan setengahnya racun bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lama daripada berkekalan makanan di dalam perut kerana makanan itu hilang ia di dalam perut besar dengan tidur dan umpamanya dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari kemudian hilang ia dengan sebab makan pencair ( julab ). Adapun perkataan yang jatuh di dalam hati maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup maka jika ia perkataan yang jahat maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan was-was bahkan terkadang mensebabkan ia akan kebinasaan yang besar.

 Maka hendaklah bersungguh2 orang yang berakal pada memelihara pendengarnya dan segala anggotanya sebelum di Tanya daripadanya pada hari kiamat.

Telah berfirman Allah taala;

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Ertinya bahawa pendengar dan pelihat dan hati sekelian itu akan di Tanya daripadanya pada hari kiamat.

wallahuaalam