Monday 14 October 2013

dalil sunat korban disisi mazhab as-Shafi'i

sedikit mengenai dalil sunat korban disisi mazhab as-Shafi'i. buat diri yang selalu melopong dalil2nya.

قال الشافعي رحمه الله : " أخبرنا إسماعيل بن إبراهيم عن عبد العزيز بن صهيب عن أنس بن مالك أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان يضحي بكبشين ، وقال أنس : وأنا أضحي أيضا بكبشين ، وقال أنس في غير هذا الحديث : ضحى النبي - صلى الله عليه وسلم - بكبشين أملحين ، وذبح أبو بردة بن نيار قبل أن يذبح النبي - صلى الله عليه وسلم - يوم الأضحى ، فزعم أن النبي - صلى الله عليه وسلم - أمره أن يعود لضحية أخرى ، فقال أبو بردة : لا أجد إلا جذعا ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : إن لم تجد إلا جذعا فاذبحه ، قال الشافعي رحمه الله : فاحتمل أمره بالإعادة أنها واجبة ، واحتمل على معنى أنه إن أراد أن يضحي ، فلما قال عليه السلام : إذا دخل العشر ، فأراد أحدكم أن يضحي ، فلا يمس من شعره وبشره شيئا دل على أنها غير واجبة ، وبلغنا أن أبا بكر وعمر رضي الله عنهما كانا لا يضحيان كراهية أن يرى أنها واجبة ، وعن ابن عباس أنه اشترى بدرهمين لحما ، فقال : هذه أضحية ابن عباس .

Berkata Imam as-Shafi'I Rahimahullah: telah mengkhabarkan Kami oleh Ismail bin Ibrahim daripada Abdil al-Aziz bin Suhaib daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi saw. Adalah ia menyembelih korban dengan dua ekor kibash dan berkata Anas: dan Aku juga menyembelih korban dengan dua ekor Kibash, dan berkata Anas pada selain daripada riwayat ini : menyembelih korban Nabi saw dengan dua ekor kibash yang warnanya bercampur putih dan hitam keduanya, dan menyembelih Abu Burdah bin Niyar sebelum bahawa menyembelih oleh Nabi saw pada hari Adha, maka menyangka ia bahawa Nabi saw menyuruh ia akan dia bahawa mengulangi sembelihan korban yang lain, maka berkata Abu Burdah : tidak aku dapati melainkan seekor jaz'aa( had umur kambing yang tak cukup utk di sembelih korban), maka berkata Nabi saw, jika tidak engkau dapati selain jaz'aa maka sembelih oleh mu akan dia.

Berkata Imam as-Shafi'I: maka ditanggungkan suruhan Nabi saw dengan mengulangi sembelihan itu bahawa korban itu wajib dan di tanggung atas makna bahawa sa jika menghendaki ia bahawa menyembelih ia maka tatkala berkata Nabi saw : Apabila masuk hari kesepuluh, maka menghendaki sesaorang kamu bahawa menyembelih korban maka jangan menyentuh ia daripada rambutnya dan kulitnyaakan suatupun…. Menunjuk ia atas bahawa korban tidaklah wajib.

Dan telah sampai akan kami bahawa Aba Bakr dan Umar ra. adalah keduanya tidak menyembelih korban kerana takut bahawa di katakan bahawa korban itu wajib, dan daripada Ibni Abbs bahawa membeli ia dangan dua dirham daging maka berkata ia ini Udhiyah ibni Abbas.
Wallahuaalam.

Kalam Ulama pada pensyariatan Udhiyah/Korban.

Faslun:

Berkata al-Mawardi: bermula asal pada udhiyah/Korban iaitu Firman Allah Taala;
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ( 36 )
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

Lafaz Al-Budna (الْبُدْنَ )ada tiga perkataan ulama tentangnya.
1. Bahawa ia khusus bagi Unta dan iaitu perkataan Jamhur Ulama.
2. Bahawa ia iaitu bagi Unta dan Lembu dan iaitu perkataan Jabir dan 'Atho.
3. Bahawa ia sekelian binatang ternakan berkaki empat daripada Unta, Lembu, Kambingdan umpamanya.

Dan pada menamakan binatang tersebut Budna(الْبُدْنَ ) ada dua takwil:
1. Kerana besar badannya dan iaitu takwil daripada menjadikan dia Unta dan Lembu.
2. Kerana berbadan dengan lemak dan umpamanya dan iaitu takwil mereka yang menjadikan akan dia sekelian ternakan berkaki empat.

Dan Pada firman Allah: من شعائر الله ada dua takwil:
1. Kefardhuan Udhiyah dan iaitu takwil mereka yang mewajibkan udhiyah/korban.
2. Setengah daripada tanda-tanda Agamanya. Dan iaitu takwil mereka yang mengatakan sunat udhiyah/korban.

Dan Pada firman Allah: لكم فيها خير ada dua takwil:

1. Mendapat pahala, berkata akan dia oleh al-Suddi.
2. Mendapat manfaat, jika di berhajatkan kepada belakangnya sebagai tunggangan dan jika diperah susunya untuk di minum. Telah berkata dengan dia oleh al-Nukhoei.

Dan pada firman Allah: فاذكروا اسم الله عليها صواف dan iaitu bacaan Jamhur yang padanya dua takwil:
1. Diikatkan dia. Berkata dengan dia oleh Mujahid.
2. Dibersihkan, telah berkata akan dia oleh Ibnu Abbas.

Dan membaca al-Hasan al-Basri " صوافي" iaitu ikhlas bagi Allah yang diambil daripada kalimah: الصفوة

Dan membaca oleh Ibnu Mas'ud : " صوافن iaitu disusunkan dia dan iaitu bahawa di ikat salah satu kakinya sehingga berdiri ia di atas tiga kakinya.

Dan Pada Firman Allah: فإذا وجبت جنوبها ada dua takwli:
1. Digugurkan lambungnya kepada bumi( di baringkan dia di bumi)
2. Mengeliat lambungnya dengan sebab keluar ruh.

Dan pada firman Allah : فكلوا منها وأطعموا ada tiga wajah.
1. Bahawa makan dan memberi makan wajib keduanya.
2. Bahawa makan dan memberi makan sunat keduanya.
3. Bahawa makan sunat dan memberi makan wajib.

Dan pada firman Allah: ada tiga wajah.

1. Bahawa al-qani' iaitu yang meminta dan yang tidak meminta( yang tidak mengendeng dan tidak pula meminta), berkata akan dia oleh al-Hasan al-Basri.
2. Bahawa al-Qani' iaitu mereka yang qanaah dan tidak meminta dan almu'tar iaitu mereka yang tidak mengendeng maka meminta, berkata akan dia oleh Qatada
3. Bahawa al-Qani' iaitu tawaf dan al-mu'tar iaitu sahabat yang ziarah, berkata akan dia oleh Zaid bin Aslam.

Dan pada firman Allah: لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم ada dua takwil:
1. Tidak menerima Allah akan darah, sesungguhnya menerima Allah akan taqwa.
2. Tidak naik kepada Allah sekelian dagingnya dan tidak darahnya, dan sesungguhnya naik kepada Allah iaitu taqwa dan amal saleh, kerana mereka semasa zaman jahiliah apabila menyembelih mereka itu akan unta, mempersembah mereka itu akan kaabah dengan dia dan menumpah mereka itu akan darah atas kaabah, maka menghendaki mereka itu bahawa memperbuatnya dalam islam seumpama demikian itu maka ditegahkan mereka itu.

Dan pada firman Allah: كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ ada dua Takwil.
1. Melemahkan dia sehingga menguasai kamu akan dia.
2. Buat mudah akan dia sehingga hampir kamu dengan dia.

Dan pada firman Allah: لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ ada dua takwil.
1. Bahawa membaca bismillah semasa menyembelihnya.
2. Takbir selepas tahalul kerana gentian daripada talbiah pada masa ihram.

Dan pada firman Allah: وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ada dua takwil.
1. Diterima amalan.
2. Dimasukkan ke dalam syurga.

Dan Firman Allah Taala:
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28)

Dan pada Firman Allah: وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ada dua perkataan Ulama.
1. Suruhan Allah dengan menyembelih korban pada hari-hari yang di tentukan.
2. Membaca bismillah dengan menyebut Allah sewaktu menyembelihnya pada hari-hari yang ditentukan.

Dan pada Hari2 yang di tentukan ini ada dua perkataan Ulama.
1. Hari kesepuluh daripada zul Hijjah.
2. Bahawa sa ianya beberapa hari tasyrik.

Dan pada firman Allah: عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ada dua takwil.
1. Barang yang telah menjadi milik kamu.
2. Barang yang tetap bagi kamu.

Dan pada firman Allah taala: ، وَفِي الْبَائِسِ الْفَقِيرِ ada tiga takwil.
1. Fakir semasa.
2. Mereka yang laparnya memudharatkan.
3. Mereka yang menghulurkan tangannya dengan meminta dan mengharap-harap dengan menuntut.

Dan pada firman Allah:
إنا أعطيناك الكوثر فصل لربك وانحر
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2)

Dan pada ayat di atas ada 6 takwil:
1. Kenabian, berkata akan dia oleh Ekrimah.
2. Al-Quran, berkata akan dia oleh al-Hasan al-Basri.
3. Islam, berkata akan dia oleh al-Mughirah.
4. Kebajikan yang banyak, berkata akan dia oleh Ibnu Abbas.
5. Banyak Umat Nabi saw. Berkata akan dia oleh Abu Bakr bin 'Aiyash.
6. Telaga dalam syurga yang banyak manusia atasnya pada hari kiamat, berkata akan dia oleh 'Atho dan iaitu Fa eil daripada Kauthar.

Dan pada firman Allah taala: فصل لربك وانحر ada tiga Takwil.
1. Solat raya adha dan sembelihan korban. Berkata akan dia oleh Saeid bin Jubair dan Ekrimah dan Mujahid dan Qatada.
2. Solat fardhu dan menghadap kiblat pada ketika sembelih korban, berkata akan dia oleh Abu –al-Ahwas.
3. Solat iaitu doa dan sembelihan dan syukur, berkata akan dia oleh al-muta'akhirin dan yang pertama terlebih azhar/nyatanya.

Maka empat(4) ayat daripada kitab Allah taala yang menunjuk atas suruhan dengan sembelihan korban dan hadaya.

Adapun al-Sunnah maka hadith yang meriwayatkan dia oleh imam as-Shafi'I seperti di atas drpd Anas bin malik bahawa Rasulullah saw : كان يضحي بكبشين أملحين
adalah ia menyembelih korban dengan dua ekor kibash yang warnanya bercampur putih dan hitam..

dan pada lafaz tanduk/al-amlahain ada tiga takwil:

Putih yang bersangatan putih(tiada campuran warna lain). Dan ini perkataan al-Tha'lab.

Mukanya hitam dan kakinya hitam dan selainnya warna putih dan ini perkataan 'Aishah.

Warna putihnya terlebih banyak daripada hitam dan ini perkataan Abi Ubaid.

Dan pada udhiyah dengan al-amlah ada dua wajah:
1. Dipandang elok.
2. Berisi badan dan baik dagingnya kerana ia satu nau' yang berbeza daripada jenisnya.

Dan riwayat daripada Abu Saeid al-Zaraqi bahawa Nabi saw:
ضحى بكبش أدغم
Berkata ibnu Qutaibah al-adgham iaitu setengah daripada jenis kibash yang tidak ada ekor/tidak panjang ekor dan ditengkoknya bewarna hitam dan selainnya putih.

Dan riwayat daripada Abu Ramlah daripada Mihgnaf bin Sulaim berkata ia, Aku dengar Rasulullah saw berkata: على كل مسلم في كل عام أضحاة وعتيرة
atas setiap Muslim pada setiap tahun sembelih korban dan 'atirah.

Al-'atirah iaitu Sembelihan yang dilakukan pada bulan rejab seperti mana disembelihkan udhiyah pada bulan zul hijjah maka di nasakhkan 'atirah dan kekal udhiyah.

Dan meriwayat Imam as-Shafi'I daripada sufyan daripada al-Zuhri daripada abni al-Musaib daripada Abi Hurairah berkata Rasulullah saw: : لا فرعة ولا عتيرة
Tidak ada fir'ah dan tidak juga 'atirah.

Berkata Imam as-Shafi'I al-Fir'ah pada kalam Arab anak pertama unta pada hal berkata mereka itu, tidak kami milikinya dan disembelihkan dia kerana harapkan bertambah-tambah pada susunya dan banyak keturunannya.

Bicara Hukum Udhiyah/sembelihan Korban:

Apabila telah thabit udhiyah/sembelihan korban iaitu suatu yang disuruh dengan dia maka bersalahan Ulama pada wajibnya atas tiga mazhab:

1. Mazhab as-Shafei bahawa udhiyah/sembelihan korban sunat muakkad buka ia wajib atas orang yang mukim dan tidak juga wajib atas orang yang musafir dan iaitulah perkataan kebenyakan Sahabat dan Tabiin. Dan dengan dia juga berkata Imam Ahmad bin Hambal dan Abu Yusuf dan Muhammad.

2. Mazhab yang kedua iaitu Imam Malik, bahawa Udhiyah/sembelihan korban wajib atas mukim dan musafir dan dengan dia berkata rabiah dan al-Auzaei dan al-Laith bin Saeid.

3. Mazhab yang ketiga iaitu Imam Abi Hanifah, bahawa udhiyah/sembelihan korban wajib atas mukim dan tidak pula atas musafir diberhujjah dengan firman Allah:
: فصل لربك وانحر الكوثر : 2
Maka solat oleh mu dan sembelihlah.

Dan ini perkataan/khitab suruh. ( dimana dalam kitab usul menetapkan perkataan suruh memberi faham kata wajib)

Dan dengan hadith Abi Ramlah daripada Mikhnaf bin Sulaim daripada Nabi saw:
على كل مسلم في كل عام أضحاة وعتيرة
wajib atas setiap muslim pada setiap tahun iaitu sembekihan korban

Dan hadith riwayat Abi Hurairah daripada Nabi saw:
من لم يضح فلا يشهد مصلانا
Barang siapa tidak sembelih korban maka jangan hadir ia akan tempat solat kami.

Ini hadith menjanji seksa menunjuk/jadi dalil atas wajib.
يسار أن أبا بردة بن نيار ذبح أضحية قبل الصلاة ، فأمره النبي - صلى الله عليه وسلم - أن يعيد
Dan dengan riwayat Bisyr bin Yasar bahawa Aba Burdah bin Niyar telah menyembelih korban sebelum solat raya adha maka menyuruh akan dia oleh Nabi saw bahawa mengulangi sembelihan.

Maka menunjuk oleh suruhan dengan mengulangi sembelihan atas wajib.
Berkata mereka yang mewajibkan udhiyah:

sekelian hak-hak yang bergantung dengan harta apabila di khususkan dengan raya nescaya wajib ia seperti fitrah.

Berkata mereka itu: kerana barang yang wajib dengan sebab nazar adalah baginya asal kewajiban pada syara' seperti pemerdekaan.
Dan kerana memperwaktukan masa sembelihan dan tegahan daripada yang aib-aibnya jadi dalil atas wajibnya seperti zakat.

Dan dalil kita(as-Shafeiyah) atas sunat udhiyah iaitu hadith riwayat Mindal daripada ibni Khabab daripada Ibni Abbas daripada Nabi saw:
الأضاحي علي فريضة وعليكم سنة
Bersabda nabi saw: Sembelihan Korban wajib atas Ku(Nabi saw) dan atas sekelian kamu Sunat.

Dan ini NAS.

Dan meriwayat oleh Ekrimah daripada Ibni Abbas daripada Nabi saw:

Tiga perkara yang diwajibkan atas Ku(Nabi saw) dan tidak diwajibkan atas sekelian kamu iaitu solat Witir dan Se,belihan Korban dan Bersugi.
Dan meriwayat oleh Saeid bin al-Musaib daripada Ummu Salama bahawa Nabi saw bersabda:
إذا دخل العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره ولا بشره شيئا

Apabila masuk sepuluh zulhijjah dan menghendaki sesaorang kamu bahawa menyembelih korban maka jangan mengambil ia sesuatu daripada rambutnya dan tidak kulitnya. Maka menggantung Nabi saw akan udhiyah dengan kehendak dan jikalau wajib nescaya mewajib oleh Nabi akan dia. Maka jika dikata: sesungguhnya bersabda nabi saw:

Barang siapa daripada kamu menghendaki datang Jumaat maka hendaklah ia mandi. Maka tidak menunjuk penggantungan Jumaat atas kehendak atas bahawa ia bukan wajib seperti mana Udhiyah.
Kami kata: sesungguhnya digantungkan mandi dengan kehendak tidak jumaat dan mandi tidak ia wajib maka seperti demikian itu udhiyah.
Dan diriwayatkan daripada sahabat ra. tidak terjadi dengan dia ijmak atas berlaku kewajiban.

Dan telah sampai akan kami bahawa Aba Bakr dan Umar ra. adalah keduanya tidak menyembelih korban kerana takut bahawa di katakana bahawa korban itu wajib.

Diriwayatakan daripada Abi Mas'ud al-Badri, bahawa berkata ia; tidak aku menyembelih korban wal hal aku kaya supaya tidak menghukum oleh jiran ku bahawa menyembelih korban Wajib atas ku.

Dan diriwayat daripada Ibni Abbas bahawa sesungguhnya dia memberi ia akan Ekrimah dua dirham dan menyuruh ia akan dia bahawa membeli dengan dia akan daging dan berkata ia, barang siapa bertanya akan dikau daripada ini maka katakan: ini Udhiyah Ibni Abbas.

Maka jika dikata: jangan-jangan dia tak da duit, katakan sesungguhnya diriwayatkan daripada Ibni Abbas bahawa ia berkata: disisi aku nafakaf delapan puluh tahun yang pada setiap hari satu ribu dirham.

Dan setengah daripada dalil kias:

Bahawa korban iaitu menumpahkan darah yang tidak wajib ia atas musafir maka tidak wajib atas hadir seperti aqiqah, dan kerana mereka yang tidak wajib atasnya Akikah nescaya tidak wajib atasnya udhiyah seperti musafir.
Dan kerana udhiyah tidak wajib atas musafir maka tidak wajib atas hadir seperti mereka yang mendapati nisab zakatnya kurang sedikit daripada nisab yang wajibnya.

Dan kerana barang yang gugur oleh wajibnya dengan keluputan waktunya serta termumkin mengqhadanya nescaya gugur wajibnya pada waktunya serta memang mampu menunaikannya seperti sekelian ibadah sunat.

Dan kerana setiap sembelihan yang halal makan daripadanya iaitu tidak wajib atasnya sembelihnya seperti ibadah tathaw'u dan dam haji.

Adapun jawab daripada ayat yang zahirnya mewajibkan iaitu kami telah sebutkan beberapa ikhtilaf takwil padanya kemudian tidak tertegah oleh menanggung akan dia atas Sunat… seperti yang telah kami sebutkan.

Adapun jawab daripada sabda nabi saw:
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي كُلِّ عَامٍ أَضْحَاةٌ وَعَتِيرَةٌ
atas setiap Muslim pada setiap tahun sembelih korban dan 'atirah.

Ada padanya dua jawaban.
1. Bahawa riwayat Abi Ramlah daripada Mikhnaf bin Sulaim dan kedua-duanya Majhul disisi ashab hadith.
2. Bahawa berhimpun antara udhiyah dan 'atirah dalil atas bersamaan keduanya pada hukum. Dan 'Atirah tidak wajib maka seperti itulah Udhiyah.

Adapun jawab daripada Sabda Nabi saw:
مَنْ لَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَشْهَدْ مُصَلَّانَا
Barang siapa tidak sembelih korban maka jangan hadir ia akan tempat solat kami

Ada padanya dua wajah:
Berhimpun pada tinggal antara udhiyah dan takhir daripada solat pada hal solat sunat maka seperti demikian itu udhiyah dan adalah makna hadith: barang siapa meninggalkan barang yang kami suruh daripada udhiyah maka hendaklah dia tinggalkan barang yang kami suruh akan dia daripada solat sunat hari raya.

Bahawa arahan menakutkan itu, berhadap ia kepada sunat tidak wajib seperti mana sabda Nbi saw:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ شَيْئًا ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا
Barang siapa yang makan ia daripada ini sayuran( bawang putih) maka jangan hampiri ia akan tempat solat kami.

Maka adapun sekelian yang diwajibkan maka suruhan dengan dia dan melazimkan perbuatnya dan menyungguh-nyungguh pada kewajibannya daripada ini sergahan.

Ada pun hadith Abi Burdah maka ditanggung atas salah satu daripada dua wajah:
1. Atas mengulangi itu sunat.
2. Atas mengulangi itu wajib kerana bahawa ada ia nazar.
Adapun jawab daripada kias mereka itu atas zakat fitrah maka iaitu zakat fitrah tatkala bersamaan padanya hadir dan musafir( wajib ke atas dua sifat itu) dan melazimkan qhadanya bila keluputan dan menyalahi daripadanya Udhiyahharus dikatakan bahawa wajib zakat fitrah dan tidak wajib udhiyah.

Adapun jawaban daripada kias mereka bahawa barang yang wajib dengan nazar adalah baginya asal pada syara' maka iaitu bahawa baginya pada syara' asal pada dam haji maka tidak berhajat bahawa adalah udhiyah baginya asal.

Adapun jawaban daripada istidlal mereka itu dengan waktunya dan tertegah daripada aibnya maka iaitu bahawa dua perkara ini diiktibarkan pada hak musafir dan jika tidak wajib atasnya maka seperti demikian itu iktibarnya pada hak hadir yang tidak menuntut wajibnya atasnya.

Wallahuaalam.