Monday 29 August 2011

ucapan selamat Hari Raya

Saya Mashadi Masyuti dan sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada sekelian sahabat FB dan segala kesalahan dan terkasar bahasa minta maaf dan redha sahabat sekelian... Maaf Zhahir dan Bathin

Sunday 28 August 2011

sambungan kuliah Minhajul Abidin masih Bab Aqabah Ilmu

Dan sungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan, lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara:

 

Pertama:  Supaya hasil bagimu ibadat dan sejahtera ia. Maka bahawasanya pertama-tama wajib bahawa mengetahui Tuhan yang disembahnya. Kemudian maka engkau ibadatkan Dia dan betapa engkau ibadatkan mereka yang tiada engkau ketahui akan namaNya dan sifat zatNya dan barang yang wajib bagiNya dan barang yang mustahil pada hakNya. Maka terkadang barang kali engkau i'tiqad padaNya dan pada sifatNya suatu yang tiada patut bagi zatNya. Dan kami berlindung dengan nama Allah barang yang menyalahi sebenarnya. Maka jadilah ibadat kamu seperti debu yang bertaburan.

Kemudian wajib atasmu bahawa belajar barang yang lazim yakni barang yang wajib atasmu mengerjakan dia daripada segala yang wajib syar'iyyah atas barang yang umpama yang disuruh dengan dia supaya engkau mengerjakan dia yang demikian itu dan barang yang lazim engkau meninggal akan dia daripada segala yang ditegah supaya engkau tinggalkan dia yang demikian itu. Dan jika tiada, maka betapa engkau mengerjakan dengan taat yang tiada engkau ketahui akan dia apa ia dan betapa ia. Maka betapa wajib bahawa engkau perbuat atau betapa engkau menjauhkan ma'ashi yang tiada engkau ketahui bahawasanya ia maksiat hingga jangan jatuh dirimu di dalamnya. Maka ibadat yang pada syara' itu seperti bersuci dan sembahyang dan puasa dan yang lain daripadanya, wajib bahawa engkau berlajar akan dia dengan segala hukumnya dan segala syaratnya hingga engkau dirikan dia. Maka terkadang engkau mengekalkan atas suatu beberapa tahun dan beberapa masa daripada barang yang membinasakan dia atasmu air sembahyang kamu dan sembahyang kamu dan yang mengeluar keduanya itu, jatuh keduanya atas yang berbetulan sunat dan engkau tiada mengetahui dengan yang demikian itu. Dan terkadang melintangi bagimu sesuatu yang kesamaran dan tiada engkau dapat akan tempat bertanya akan dia daripada yang demikian itu dan tiada engkau mengetahui dan tiada engkau berlajar akan dia.

Kemudian maka adalah edaran kelakuan ini sekalian pula atas ibadat yang batin yang iaitu tempat perjalan hati. Wajib bahawa berlajar engkau akan dia daripada tawakkal dan tafwidh, yakni menyerah diri dan redha dan sabar dan taubat dan ikhlas dan yang lain daripada yang demikian itu seperti yang lagi akan datang sebutannya, Insya' Allah Ta'ala.

Dan wajib bahawa berlajar pula akan segala manahi, yakni segala yang ditegah akan dia yang iaitu lawan bagi segala perkara ini seperti pemarah dan cita-cita yang panjang dan riya' dan kibr, supaya engkau jauhkan dia, maka bahawasanya beberapa fardhu yang sudah dinash Allah Ta'ala atas menyuruh dengan dia dan menegahkan dia daripada lawannya di dalam kitabnya yang 'Aziz di atas lidah NabiNya Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam seperti firman Allah:

 وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Dan atas Allah, maka berserah kamu jika ada kamu mukminin.  (Surah al-Ma'idah: Ayat 23)

Dan lagi firmanNya:

 

 وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ

 

Dan syukur kamu bagi Allah jika ada kamu akan dia menyembah kamu.   (Surah al-Baqarah: Ayat 172)

 

Dan lagi firmanNya:

 

Dan sabar kamu, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala serta orang yang sabar.

 

Dan lagi firmanNya:

..... وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬

Dan putuskan olehmu kepadaNya akan sebagai putus.  (Surah al-Muzzammil: Ayat 8)

 

Yakni ikhlas olehmu kepada Allah akan sebagai ikhlas. Dan umpama yang demikian itu daripada beberapa ayat, seperti yang disebutkan atas menyuruh dengan sembahyang dan puasa. Maka apa hal engkau berhadap kamu atas sembahyang dan puasa dan engkau tinggalkan segala fardhu itu. Dan disuruh dengan keduanya daripada Tuhan yang Esa di dalam kitab yang satu, tetapi engkau lupa daripadanya. Maka tiada engkau ketahui sesuatu daripadanya melainkan dengan fatwa orang yang berpakai ia dengan bersegera bahagiannya itu hal keadaannya sangatlah kasih hingga jadilah segala makruf itu munkar dan yang munkar itu jadi makruf dan orang yang mensia-sia akan 'ulum yang dinamakan dia Allah Ta'ala di dalam kitabnya Nur dan Huda dan Hikmah.

 

Dan berhadap atas barang yang dengan dia berusaha yang haram dan adalah ia memukat bagiحِطَامُ الدُّنْيَا  yakni kurang-kurang mata benda dunia. Tiadakah takut hai orang yang menunjukkan orang bahawa adalah kamu mensia-sia dengan sesuatu daripada segala yang wajibat ini tetapi kebanyakannya dan engkau masyghulkan dengan sembahyang sunat dan puasa sunat. Maka adalah ia daripada orang yang tiada suatu dan terkadang ada kamu mengekalkan atas maksiat daripada segala ma'ashi yang mewajibkan dengan dia api neraka dan kamu meninggalkan yang mubah daripada makanan atau minuman atau tidur engkau menuntut dengan dia qurbah kepada Allah Ta'ala. Maka adalah ia daripada orang yang tiada suatu perolehannya dan yang bersangat daripada yang demikian sekaliannya adalah kamu jatuh di dalam cita-cita dan mencita-cita itu maksiat yang semata-mata. Maka kamu menyangka niat kebajikan dengan sebab jahil kamu dengan perceraian antara keduanya atau dengan sebab hampir keduanya daripada setengah kelakuannya. Dan demikian lagi terkadang ada kamu di dalam gopoh dan marah, maka kamu sangka akan dia merendahkan diri dan bersungguh minta kepada Allah Ta'ala. Atau ada kamu di dalam riya' semata-mata dan kamu menyangkakan memuji akan Allah atau menyeru akan manusia kepada kebajikan, maka mengambil kamu membilang-bilang atas Allah Ta'ala ma'ashi dengan taat dan menyangka pahala yang amat besar pada tempat siksa, maka adalah kamu di dalam tipu daya yang amat besar dan lalai yang amat jahat. Maka inilah demi Allah bala yang memutuskan bagi orang yang mengerjakan amal dengan ketiadaan ilmu. Kemudian serta yang demikian sekaliannya bahawasanya bagi segala amal yang zahir tergantung dengan daripada perjalanan amal batin yang membaikkan dia dan yang membinasakan dia seperti ikhlas dan riya' dan 'ujub dan menyebutkan nikmat dan yang lain daripadanya. Maka barang siapa tiada mengetahui akan perjalanan ini yang batin dan jalan memberi  bekasnya di dalam segala ibadat yang zahir dan kaifiat memeliharakan daripadanya dan memeliharakan amal daripadanya, maka sedikit baginya barang yang sejahteranya amal yang zahir pula, maka luput zahir dan batinnya. Dan tiada tinggal di dalam tangannya melainkan payah dan penat. Dan inilah kerugian yang amat nyata

Saturday 27 August 2011

kuliah tasauf kitab Minhajul Abidin aqabah yang pertama

'AQABAH PERTAMA: 'AQABAH ILMU

 

Kata Imam al-Ghazali Radhiyallahu 'anhu wa ardhahu:

الْعَقَبَةُ الأُوْلَى وَهِيَ عَقَبَةُ الْعِلْمِ.

Bermula 'aqabah yang pertama itu iaitu dinamakan 'aqabah al-Ilmi.

 

Kata Mu'allif Radhiyallahu 'anhu, maka aku berkata: Dan dengan Allah memberi taufik, hai orang yang menuntut ilmu dan ibadat, lazimkan olehmu pertama-tama telah memberi taufik akan dikau Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ilmu. Maka bahawasanya ia قُطْبٌ yakni paku dan di atasnya tempat edaran. Dan ketahui olehmu, bahawasanya ilmu dan ibadat itu dua permata kerana keduanya adalah tiap-tiap barang yang engkau lihat dan engkau dengar daripada karangan segala orang yang mengarang dan pengajar segala orang yang mengajar dan berwa'adz oleh segala orang yang وَاعِظِيْنَ dan tilik orang yang menilik. Tetapi kerana keduanya diturunkan segala kutub dan disuruh segala pesuruh. Tetapi kerana keduanya dijadikan bumi dan segala langit dan barang yang antara keduanya daripada segala kejadian. Maka tilik olehmu akan dua ayat di dalam kitab Allah Ta'ala, salah suatu daripada keduanya firman Allah Ta'ala:

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا (١٢)

 

Tuhan yang menjadikan tujuh petala langit dan daripada bumi seumpama jua diturunkan pekerjaanNya antaranya supaya kamu ketahui, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala itu atas tiap-tiap suatu amat kuasa dan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala sanya telah meliputi dengan tiap-tiap suatu ilmuNya.   (Surah al-Thalaq: Ayat 12)

 

Dan memadalah dengan ayat ini akan dalil atas kemuliaan ilmu, istimewa pula ilmu tauhid.

Dan ayat yang keduanya firman Allah Ta'ala:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

 

Dan tiada kami jadikan jin dan إِنْسٌ  (manusia) melainkan kerana menyembah mereka itu. (Surah al-Dzariyat: Ayat 56)

 

Yakni mengerjakan ibadat akan Kami. Dan memadalah dengan ayat ini menunjukkan atas kemuliaan ibadat dan melazimkan berhadap atasNya. Maka besarkan olehmu dengan dua pekerjaan ini. Keduanya yang dimaksudkan daripada menjadikan dua negeri.

 

Dunia tempat usaha dan akhirat tempat mengambil hasil:

Adapun dunia kerana tempat berusaha dengan dia dan adapun akhirat kerana tempat mengambil buahnya. Maka sebenarnya bagi hamba itu bahawa jangan membimbangkan melainkan dengan keduanya dan dipayahkan melainkan bagi keduanya dan jangan ditilik melainkan pada keduanya.

 

Maka ketahui bahawasanya barang yang lain daripada keduanya daripada pekerjaan itu batil, tiada kebajikan padanya dan sia-sia yang tiada hasil baginya, maka apabila engkau ketahui yang demikian, maka ketahui olehmu bahawasanya ilmu itu yang terlebih mulia daripada dua permata dan yang terlebih afdhal daripada keduanya dan kerana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ أَفْضَلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَى رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي

Bahawasanya kelebihan orang yang alim atas orang abid seperti kelebihanku atas sekurang-kurang daripada umatku.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

نَظْرَةٌ إِلَى الْعَالِمِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ عِبَادَةِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا

Satu tilik kepada orang alim terlebih kasih kepada aku daripada ibadat setahun puasanya dan berdiri sembahyangnya.

 

Dan lagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَشْرَفِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، قَالُوْا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، قَالَ: هُمْ عُلَمَاءُ أُمَّتِي 

Tiadakah aku tunjukkan kamu atas yang terlebih mulia isi syurga. Sembah mereka itu: Bahkan, ya Rasulullah. Sabdanya: Mereka itulah ulama umatku.

 

Maka nyatalah bagimu bahawasanya ilmu itu terlebih mulia permata daripada ibadat dan tetapi tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat serta ilmu. Dan jika tiada, adalah ilmunya itu seperti debu yang bertaburan. Maka bahawasanya ilmu itu menempati pohon kayu dan ibadat menempati buahnya. Maka mulia itu bagi pohonnya yang berbuah kerana ia asal, tetapi manfaatnya itu, sungguhnya hasillah dengan buahnya.  Maka tiba-tiba tak dapat tiada bagi hamba daripada ibadat supaya sempurna baginya kemuliaan ilmu dan tak dapat bagi hamba itu bahawa ada ia daripada kedua perkara itu bahagiannya dan perolehannya dan kerana inilah berkata Hasan Basri Rahimahullahu Ta'ala: Tuntut olehmu akan ilmu tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ibadat dan tuntut olehmu akan ibadat ini tuntut yang tiada memberi mudharat dengan ilmu. Dan tatkala tetaplah bahawasanya tak dapat tiada bagi hamba itu daripada keduanya sekaliannya, maka ilmu itu terlebih utama dengan mendahulukan dia tak dapat tiada kerana bahawasanya ia asalnya. Dan dalil yang demikian itu, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

الْعِلْمُ إِمَامُ الْعَمَلِ وَالْعَمَلُ تَابِعُهُ

Bermula ilmu itu ikutan amal dan amal itu mengikut akan dia.

 

Dan sungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan, lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara: